Wednesday, September 2, 2015

Pengalaman Bersalin Irfan Part 2


Anak dah nak 8 bulan baru hapdate, ape kes hahaha.
Maapkan lah kemalasan tuan punye belog beserta kebizian yang teramat skrg ni
Eh ada ke yang nak baca pengalaman bersalin ni? Hahaha
Xpelah xde yang nak baca pon xpe, mmg nak tulis utk kenangan di hari tua.

Utk Pengalaman bersalin Part 1 boleh scroll entry sebelum-sebelum ni. Xpe jangan risau, x yah scroll lelama sbb x banyak update blog pon since tulis Part 1 tu hahahaha.

Ok , mana nak sambung eh.

Ok dalam 10.45, suami dtg ambil kt opis. Balik rumah dulu, suami nak tukar baju. Sempat ajak suami singgah kedai mamak, sbb nk mkn roti canai dengan minum teh o AIS. Mengenangkan nnti akan berpantang AIS kan haha. Tapi x dan nk pergi kedai mamak sbb rasa contraction makin kerap. Risau jgk kang terberanak kt kedai mamak plak -__-

Terus pergi Hospital. Husband drop dkt emergency. Dia pergi park kereta. Tggu husband sesambil rekod contraction dlm fon. Dlm pukul 12 masuk screening room. Prosedur biasa, register, check air kencing sume. Nurse check contraction pastu bgtahu ni dh kuat sangat contraction ni puan. Huhuhu, mampu senyum2 sumbing je. Tggu punye tggu, doctor pon dtg utk buat VE. Check baru 2cm kata. Doktor suruh baring katanya nk scan, lamaaaaaaaaaaaaa sgt tggu then kata x payah scan. Ehhhh sabarrrr je lah -___-

Sejam lebih dlm screening room, akhirnya doctor kata masuk wad dulu lah ye puan. Besok baru bersalin ni, sbb baru 2-3 cm. Moh ler kita masuk wad sambil duduk atas wheel chair ditolak dgn baik dan perlahan oleh nurse. Saya ckp dgn nurse, tak perlu wheel chair, saya boleh jalan. Tapi nurse bekeras suruh duduk atas wheel chair sbb dia ckp puan dah sakit sgt tu . hahaha terima kasih nurse :)

Sampai wad, nurse explain pasal waktu melawat, psl waktu makan, mak buyung masa tum mg x boleh nk concentrate dah n saya ckp explain kt suami saya ye. Saya rasa nak ke tandas. Nurse dah muka cuak haha. Siap tanya nak buang AIR BESAR KE AIR KECIL hahaha. mcm tnya budak2 :D Nurse pesan suruh guna toilet duduk. Baiklah saya ikut nasihat. Duduk dalam toilet tak boleh nak buat apa pon, takde apa yang keluar hahaha. sbnrnye tu lebih pada rasa sakit.

Eh lupa sy smpi2 je kt wad, saya mintak panggil kan doctor utk check laluan sekali lagi.. baru sampai dh panggil doctor haha. Tapi doctor kata baru 3 cm puan. Hahaha sabar je lahhhhh.

Tukar baju, duduk kat katil sekejap, selawat, zikir, doa nabi yunus tu je saya duk ulang2. Tak sampai 5 minit saya mntk suami jumpa nurse mntk nurse panggilkan doctor. Nurse dtg, saya ckp saya tak boleh tahan dah nurse. Doktor dtg n check VE dkt katil jgk hahah. Drama betul.

Check dah 6cm, terus tolak masuk LR. Kiranya check in dlm wad, dlm 10-15 gitu je hihi

Masuk LR 1.40, Alhamdulillah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sempurna sifat dan sihat adanya, pada jam 1.51 PM (Hari Jumaat) dengan berat 2.95 kg

Alhamdulillah Alhamdulillah.
Suami tak sempat nak masuk LR utk kelahiran kedua ni. Suami tgh isi borang nak masuk LR bila nurse dtg bgtahu, isteri encik dah bersalin. Terpinga-pinga suami hahahaha :D

Ermmm apa lagi eh nk cerita. Tu je kot. Jahit2 xyah cerita lah eh. Serammmm hahaha.


Till then~ Bababaaaaaiii
 

Template by BloggerCandy.com