Friday, December 27, 2013

Demand vs Supply dan apa kaitan nya dengan set penyusuan Shaklee


Assalamualaikum..lama dah tak bersiaran. :) Arini nak sharing pasal penyusuan ibu sikit..


Alhamdulillah, maryam dah hampir setahun 2 bulan dan bermakna dah setahun dua bulan jugaklah saya consume SET PENYUSUAN SHAKLEE ni. Kalau sesiapa yang betul2 kenal diri saya, saya bukan lah jenis yang suka makan pil2 ni bagai tapi demi si kecil tuh saya gagahkan jugak :) Skrg mmg jatuh cinta gila dengan shaklee hehehe



Ramai yang tanya " betul ke lepas makan set menyusu shaklee ni susu badan akan bertambah?" Apa2 pon berbalik kepada prinsip asas penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY. Takde 'demand', 'supply' pon takde. 'demand' kurang 'supply' pon kurang..Dalam erti kata lain

1. Lagi banyak permintaan susu ibu, lagi banyak penghasilannya                                                                               
2. Lagi kerap 'stok lama' di keluarkan, lagi kerap 'stok baru' dihasilkan (bukan stok ebm ye, stok di badan kita ni)

Saya tertarik dengan satu artikel yang saya baca di intenet. Mengikut artikel tersebut :       
           
" Sistem penghasilan susu ibu oleh badan kita sebenarnya seperti satu operasi di kilang. Semasa permulaan operasi (di awal kelahiran), kilang tadi dalam fasa memerhati keperluan dan kehendak pasaran.Jadi masa inilah si ibu perlu menyusukan anak dengan kerap demi utk memberitahu kumpulan ‘marketing’ bahawa “pasaran dan keperluan utk susu ada, jadi automatiok badan kita akan menghasilkan susu bersesuaian dengan kehendak ‘pasaran’.

Semakin kerap penyusuan berlaku, makin banyaklah penghasilan susu ibu. Tapi kalau ibu sendiri tak gemar nak susukan anak dengan kerap n selalu biarkan ‘miss b’ penuh dengan susu, kadar penghasilan akan berkurang sebab kilang susu tadi dah kurang tempat penyimpanan susu. Akhirnya badan kita terima maklumat utk kurangkan penghasilan susu sebab demand dah kurang.

Jadi, para ibu penting ye untuk jaga konsep DEMAND vs SUPPLY ni :)

Jadi, bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu dalam penyusuan?

Pengambilan vitamin seperti vitamin C, b-complex, vitalea bertujuan untuk membantu si ibu kurang stress dan kurang letih kerana vitamin seperti b-complex membantu badan untuk mengekalkan tahap hormone kortisol dengan sihat. Hasilnya, si ibu masih mampu untuk cergas selepas bekerja seharian dan ini secara tak langsung bantu ibu-ibu untuk mengekalkan penghasilan susu buat si kecil tersayang :)

Berminat nak cuba set penyusuan? Meh contact bazi k. kita borak2 :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

Email : bazilahramly@gmail.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.           

Monday, October 7, 2013

The Internship


Semenjak Nur Maryam Safiyya lahir ke dunia, ummi abi tgk wayang di rumah aje hehehe. nak tgk wayang kt cinema kena tggu maryam besar sikit... eh ada sekali ktorg g tgk kt wayang. tgk IRON MAN.. anak tinggal umah uwan nye kejap hahaha.. Tapi itu sekali je lah, sbb asyik terigt anak je masa tgk wayang -_-

Latest cerita yang kitorg tengok ialah THE INTERNSHIP. Cerita ni mengenai dua org sahabat yang dah di berhentikan kerja sebab company dorg bankrup. Pastu dorang apply utk wat internship kt GOOGLE dan di terima! Cite ni memang lawak dan best lah. Cite xde lah komplikated sgt. Cuba lah korang download and tengok. Dalam ramai2 interns dorang ni lah yg paling tua hihihi.



G lah download skrg huhuhu (^^,)



Friday, September 20, 2013

Set Kuruskan Badan Shaklee Yang Laris Macam Pisang Goreng Panas



Assalamualakum dan salam sejahtera kawan-kawan,

Dah lama tak bersiaran. Ada yg tertanya-tanya ke mana saya menghilang? hahah bajet retis ko ni bazilah! Alhamdulillah saya, suami dan cinonet maryam safiyya sihat hendaknya :)

Arini nak share pasal slimming set/set kurus dari shaklee. Alhamdulillah set ni mmg mendapat sambutan hangat. Kenapa hangat? Sebab pertama adalah kerana keberkesanannya inshaa Allah dan yang kedua kerana harganya yang menarik hati de boommm kebabbom (^^,) Okey meh kita tahu serba sedikit pasal set kurus ni ye.

1. Alfalfa Complex


Fungsi Alfalfa ialah :
  1. Mencuci hati, darah dan usus. Ia boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, dan mencantikkan kulit.
  2. Melawan alahan. Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  3. Baik untuk patologi di dalam usus dan perut. Memperbaiki saluran penghadaman seperti kembung perut, ulser gastrik, hepatitisw, sembelit dan hyperacidity.
  4. Melawan tumor. InshaAllah dengan pengambilan berterusan sehingga 30-50 tablet, ia mampu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  5. Menyingkirkan lemak dan kolestrol. Mampu menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
  6. Melegakan keletihan. Bertindak sebagai rawatan kepada pelbagai penyakit.
  7. Mencegah/merawat atritis. 
Jadi secara ringkas nya utk kuruskan badan ni alfalfa kerja nya utk detoks segala toksin di dalam badan. Tapi selain detoks, banyak kelebihan lain kan?


2. Lecithin


Fungsi Lecithin ialah :
  1. Menyerap vitamin yang larut-lemak. Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut-lemak.
  2. Melindungi hati. Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.
  3. Pemecahan lemak dan kolestrol. Bertindak sebagai pembersih salurdarah, juga membantu mengelmusi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.
  4. Pelangsingan. Menghalang obesiti.
  5. Mencantikkan otot dan kulit. Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  6. Memperbaiki alergi. 
  7. Menghalang kejadian batu karang. 90% dari batu karang terjadi daripada kolestrol. Ia mengemulsi kolestrol berlebihan.
  8. Menghalang tekanan darah tinggi. Memperbaiki tekanan darah dengan menghalang arteriosklerosis.
  9. Meringankan sembelit. Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ia melembabpkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
Secara ringkas nya, lecithin memecahkan lemak dan Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


3. Cinch 


Fungsi Cinch ialah :
  1.     Menjaga nafsu makan (mengenyangkan perut)
  2.     Membantu proses pembakaran lemak
  3.     Memelihara otot ketika proses pengurangan berat badan
  4.     Mengelakkan tubuh menajdi kembali gemuk
  5.     Mengelakkan tubuh menjadi menggelebeh ketika proses slimming
  6.     Memejalkan otot
  7.     Meningkat sistem imunisasi
  8.     Membekalkan tenaga
  9.  Meningkatkan metabolism badan.
Cinch Inch Loss Plan ni memang dah di uji secara klinikal oleh Shaklee untuk dapat mengurangkan berat badan sebanyak 15.4 pound (around 7 kg), mengurangkan saiz pinggang sehingga 4.1 inci dan pada masa yang sama mengekalkan jisim otot


Meh tengok testimoni pengguna sikit ye (^^,)





Best kan? Kita kurus bkan utk cantik sahaja tapi utk sihat. Jadi jom sihat bersama saya dan Shaklee.


Hubungi bazi sekarang untuk harga yang terbaik (^^,). Harga kengkawan je utk semua :)

FB Page : House of Vitamins
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

Thursday, August 29, 2013

Get Clean Water Pitcher Shaklee Sistem Penuras Jag Air Pertama


Hari ni nak perkenalkan penuras air dari Shaklee. Penuras air ni lain daripada yang lain sebab ianya ringan, boleh di bawa ke mana sahaja, x perlu nak guna elektrik bagai, dan air hasil turasan water pitcher ni memang bersih dan manis bak kata pengguna. Tak guna elektrik dah jimat di situ. Selain tuh harga nya pon sangatlah berpatutan, xde ribu riban macam produk lain dan kalau korang nak tahu harga satu set water pitcher ni tak sampai RM500 pon. Tak percaya? Percayaaaaaalah hehe



Tadaaaa perkenalkan Get Clean Water Pitcher Shaklee





Meh baca lebih lanjut mengenai jag penuras air yang best ni..Sumber Shaklee

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak


KEISTIMEWAAN SHAKLEE BERBANDING PRODUK LAIN

SELAMAT

“Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain. Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.


PILIHAN BIJAK

Menjimatkan Kos. Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


HANDAL

Lebih banyak air bersih pada setiap masa. Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.


MESRA ALAM

Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Jadi ? Apa pendapat korang? Memang best Water Pitcher ni, boleh bawa ke mana saja. Masalah untuk mendapatkan bekalan air minuman yang bersih, terawat dan sedap tiada lagi dengan adanya dengan GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE . Jom dapatkan nya sekarang..

Hubungi bazi sekarang untuk harga yang terbaik (^^,)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

Friday, July 19, 2013

Jom Jadi Sebahagian Keluarga Jutawan Shaklee



Teruja? Bazi cukup teruja!

Nak jadi sebahagian dari keluarga Jutawan Shaklee? Nak menambah pendapatan keluarga? Nak menambah nilai baik dalam hidup sendiri, keluarga dan orang lain? Pelajar yang inginkan pendapatan sampingan tanpa mengganggu pelajaran? Nak membeli barangan Shaklee dengan diskaun sebanyak 15-20%? Nak? Tepuk dada tanya lah diri sendiri.

Bazi bgtahu macamana nak mendapatkan semua yang di atas tu.

    1. Daftar sebagai Shaklee member. Sekiranya berminat utk berbisnes memadai dengan daftar sebagai ahli. Tak perlukan modal jutaan mahupun ribuan ringgit pon utk jadi sebahagian dari keluarga besar Jutawan ni :)


Mudah kan? Macamana pulak nak daftar jadi ahli? Ok, ada 2 cara utk menjadi Shaklee Member

    1. Bayaran RM75 (memberkit dan bayaran pos)
    2. Pembelian barangan bernilai RM680 (200 UV), dan automatik korang layak mendapatkan keahlian percuma dan bonus sebanyak RM31.

Mudah kan nak jadi ahli? Dalam bisnes Shaklee anda yang pilih nak pendapatan 2 angka? 3 angka? 4 angka? 5 angka? 6 angka? Semua nya di tangan korang. Takkan ada org yg nak paksa korang. Kita nak kita yang kena usaha kan. Nak banyak usaha kena lebih.

Kalau berminat boleh contact bazi k. Boleh juga baca sini

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


Thursday, July 11, 2013

Kaler Tema Raya 2013


Ramadhan sudah tiba. Alhamdulillah arini dah masuk hari kedua berpuasa. Moga kita pergunakan bulan ramadhan ni sebaiknya

Eh tajuk post kaler tema utk raya laaaa haha. Baru dua hari puasa dah sibuk ckp psl raya :D actually kaler tema utk family kecil daku ni dah di decide lama dah hehehe.Dah ada si kecik ni lagi omak eh semangat nak raya. Siap ckp ngan abi Maryam nk beli handbag besar utk letak duit raya Maryam hahaha. Beriye sgt tu :D Maryam kecik lg, ummi simpankan duit Maryam huhuhu


Ohh kaler tema kami sekeluarga kali ni di pilih sempena kaler tema hari perkahwinan maklang Maryam yg bakal berlangsung November nanti. Abi Maryam tanak buat baju banyak2 jadi nye pilih kaler yg sama saja. Senang cerita, xyah susah2 pikir! Hehehe


Nanti raya ummi ngan Maryam ada baju sedondon utk raya pertama hihi. Abi jgn jeles k :)

Apa kaler tema korang? Manalah tahu tersama pulak kite nnti hehehe.

Ok selamat berpuasa korang.



Tuesday, July 9, 2013

Supplement Penting Buat Wanita Hamil, Wanita Menyusukan Anak Dan Buat Segenap Lapisan Masyarakat Di Bulan Ramadan




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua

Bagi semua kaum muslimin muslimat sekalian, bazi ingin memohon jutaan kemaafan andai ada tersalah kata terguris hati sepanjang mengenali anda semua di alam maya ini dan selamat menjalankan ibadah puasa untuk tahun ni. 

Pejam celik pejam celik dah tahun kedua menyambut puasa suami isteri. Tahun lepas berpuasa dengan mengendong maryam dalam perut jadi nye dapatlah berpuasa penuh hihihihi. Cabaran berpuasa ketika hamil amat hebat tetapi alhamdulillah berjaya di harungi dengan jaya nya. Di permudahkan urusan oleh ALLAH s.w.t... Tahun ni berpuasa dengan cabaran untuk menyusukan maryam. Risau jgk di hati ni. Yelah orang kata kuantiti susu akan drop, kalau susu tak drop kita sendiri pon keletihan.. Jadi apa agaknye persediaan ummi maryam ni ye? hehehe. 

Persediaan dari segi rohani inshaa ALLAH dah bersedia untuk menerima kehadiran ramadan bulan yg mulia. Moga bulan ramadan tahun ni dapat di manfaatkan dengan lebih banyak amalan rohani. Persediaan dari segi mental ? dari segi mental dah bersediaaaaa. Kena sentiasa berfikiran positif yang kita mampu menjalankan ibadah puasa tahun ni. Walaupun bazi di kategorikan dalam golongan wanita menyusukan anak yang di bolehkan berbuka puasa sekiranya risaukan anak, diri sendiri tak larat, risau susu kering tapi tentu lah nak juga dapat bertahan puasa hingga ke waktu berbuka kan. Jadi persediaan dari segi fizikal yang akan membantu persediaan mental adalah ini

............................................................................................................
............................................................................................................
............................................................................................................

Jeng Jeng Jeng

Set Mighty 3 Gems Shaklee

Yeayyyy, berpuasa dengan Shaklee tahun ni. Dalam set mighty 3 gems ni ada 3 produk iaitu Energizing Soy Protein, Mealshakes dan juga Performance Drink. Kena beli tiga-tiga ke bazi?? haaaaa, nak beli tiga-tiga lagi best hahaha. tapi kalau nak beli satu-satu ikut budget korang pon boleh. Tade masalah la semua tu hihi..

Jom baca apa yang produk-produk ni boleh bantu ketika puasa. Haruslah di ingatkan buakan bantu masa bulan puasa je ye, bulan-bulan tak puasa pon boleyyyy..


Performance drink 
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


Energizing Soy Protein (ESP) 
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga.
  • Memberikan rasa kenyang. 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.


MealShakes
  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Dalam bahasa rakyat yang mudah di fahami adalah, set mighty 3 gems ni membantu mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa, membantu meningkatkan tahap kepekaan dan tumpuan, memelihara kesihatan secara menyeluruh dan buat pesakit gastrik ini adalah berita baik buat korang! hehehe. ESP memang sangat2 membantu korang deal dengan gastrik..

Jom tengok sikit testimoni pengguna shaklee yang sangat sangat berpuas hati dengan apa yang mereka amalkan









Jadi apa persediaan korang? 


Berminat nak mencuba produk2 ni boleh contact bazi k.


SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Akhir kata SELAMAT BERPUASA KAWAN_KAWAN :)


Thursday, July 4, 2013

Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


Weweeee update blog semata-mata nak join contest hihihi
Mana lah tahu ada rezeki si kenit ni :)
Ok tak mahu bebel banyak2, keje opis melambakkkk weh
Here it goes (^^,)

Penganjur Contest : Mommy Safiyyah Osman ( eh nama dah nak dekat sama dengan Maryam Safiyya – bodek2 ) hihihi




: Banner Contest :

Peraturan contest untuk yang nak join guna facebook (Copy Dari MommySafiyyah Osman)
 

1. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook.

2.Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..

3.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"

4. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).

5. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.

6. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-
1. Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog     http://barangbabymurah.blogspot com

7. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys


Jika anda nak join contest melalui entry blog :-

1.. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

2. Anda harus masukkan gambar banner contest.

3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.

4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut  " mari membeli barang baby dengan harga 
borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sekarang masanya utk letak gambar peserta yang ceria…
Oppsss perkenalkan dulu ye

NAMA PESERTA : NUR MARYAM SAFIYYA BINTI MOHAMMAD IZZAT
NAMA UMMI : NUR BAZILAH BINTI RAMLY

TAddaaaaaa perkenalkan Maryam :)


" mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1 barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

Semoga murah rezeki mu nak dengan dapat memenangi sebiji TRUNKI BAG KALER PINK (^^,). Senang nnti nak hangkut barang2 maryam balik raya kt kelate hihihi.

Ok last but not least, tarikh tutup contest ialah 7 July 2013. Beberapa hari je lagi so hurry up korang! Ecehhh padahal org lain dah lama join hahhaa.

Ok tata titi tutu. Eh doakan Maryam menang k. ok love u ols (^^,)

Thursday, June 27, 2013

Kenapa wanita hamil/wanita menyusukan anak perlu pilih Omega Guard Shaklee?


KENAPA?

Siapa nak jawab?

Hehe

Takpe2 meh bazi sendiri jawab sbb ni blog haku tapi pendapat-pendapat kawan2 luar sana sgt2 di galakkan. Bertukar pendapat tu kan bagus :)

Memula haruslah tahu apa itu OMEGA GUARD.



Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia, ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Sumber: Shaklee Malaysia


Ok apa pulak kaitan Omega Guard dengan wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak?

DHA yg terkandung di dalam Omega Guard Shaklee akan menyingkirkan lemak2 yang tidak di ingini oleh empunya badan. Jadi inshaa ALLAH ibu menyusu akan kekal langsing semasa tempoh penyusuan anak. Pernah dengar tak org kata kalau menyusukan anak badan kita akan cepat langsing? Haaa betul tuh sbb nya semasa penyusuan, pembakaran lemak akan terjadi dengan aktifnya.. Jadi ibu-ibu akan dapat bonus berganda, badan langsing, dapat menyusukan anak, sihat dan cergas lagi. Bukan berganda malahan berganda-ganda-ganda-ganda kebaikan hehehe.

Omega Guard yang mengandungi DHA ini akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. Jadi susu yang di salurkan kepada bayi yang sememangnya tidak dapat dinafikan khasiatnya akan bertambah khasiatnya dengan Omega Guard Shaklee ni. Semua ibu bapa pon nak anak memasing pintar kan. Kita sebagai ibu apa sentiasa berdoa agar anak akan sentiasa sihat, cergas dan cerdas. Tapi doa sahaja tak mencukupi ibu ibu bapa bapa sekalian. Doa haruslah di iringi dengan usaha. Dan usaha nya adalah dengan membeli Omega Guard Shaklee :)

Mengikut satu kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik. Kalau pergi klinik untuk mendapatkan rawatan ketika hamil pon mesti doctor akan cadangkan para ibu makan minyak ikan ni.

Ibu hamil akan mendapat pelbagai kebaikan dengan pengambilan Omega Guard Shaklee secara konsisten antaranya ialah :

# Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
# Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang
# Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
# Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
# Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan (kejang di waktu malam)
# Mengelakkan rasa sakit pada sendi

Bagi ibu menyusukan anak pula Omega Guard Shaklee akan dapat membekalkan khasiat untuk system imunisasi kepada anak dan membantu mengoptimumkan perkembangan otak anak.. Selain khasiat yang dapat di salurkan kepada anak, Omega Guard Shaklee juga dapat membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penghasilan dan pengeluaran susu.

Jadi ? Tak perlu fikir dua tiga kali untuk membeli Omega Guard Shaklee. Tak terkata kebaikan nya. Harga yg di tawarkan pon menarik. Sebotol Omega Guard mengandungi 90 kapsul dan boleh di gunakan selama 3 bulan.

Sekiranya berminat untuk membuat pembelian atau nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni boleh lah contact bazi k :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, June 12, 2013

Azam Baru


Walaaaawehhh dah masuk 2nd quarter 2013 baru nak cerita pasal azam hihi. Takpelah, biar lah lambat asal ada jgk :D

# Nak update resume. (update resume pon memerlukan azam ke? Hahaha. Perlu okehhh sbb bab2 nk update ni bazi memang malas)

# Next step kalau berjaya update resume adalah survey2 tempat kerja baru. Alamakkkk,ada ke org opis baca blog ni? Hahahaa. Kalau ada senyap2 sudeyy. Kerja sini seronok, orang2 nya pon friendly n gila2, kerja tak stress tapi ntah rasa nak perubahan. Nak rasa new environment. 3 tahun kat sini rasa nya dah cukup lama.

# Nak rajin masak untuk suami. Bukan hanya rajin untuk Maryam. Suami dah jeles sbb asyik buat makanan Maryam je hihihi. Inshaa Allah incik suami, demi mu walau letih puan isteri akan cuba jugak masak. (Aritu masak terlampau pedas smpi diri sendiri nk mkn byk pon tak mampu tapi incik suami makan byk jgk….terharu (bergenang air mata plakk sob sob sob)

# Nak rajin lipat baju. Baju kering sumbat dalam bakul terus, sampai menggunung dalam bakul. Tak tahu lah nape malas di tahap gorgonnn. Mood melipat hanya datang dengan bantuan/suntikan semangat dari suami.. Suami puji sikit, peluk sikit, cium sikit baru nk lipat baju ! hahaha. Tah ape lah penyakit ni. Hormon kawan kawan. Hormon. Salahkan hormon

# Hujung tahun ni nak target income 4 angka dari Shaklee.Wah, DREAM BIG! Hehehe..TIADA YANG MUSTAHIL

# Nak jadi isteri, ummi, anak yang terbaik.

Hmmmm, cukuplah 6 jer dulu. Oklah have a nice day korang. Oh Please doakan azam bazi ni terlaksana oke . thanks!

Tuesday, June 11, 2013

Shaklee Tawar Pendapatan Lumayan


Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka…(Sedikit petikan dari Utusan – 7 June 2013) .. Artikel penuh di sini ya. Klik sini

Setuju sgt dengan tajuk berita tuh “Shaklee Tawar Pendapatan Lumayan” kerana Alhamdulillah bazi dah merasai nye. Mungkin lah belum selumayan sampai tahap jutawan tapi sekurang-kurangnya modal yang di laburkan utk menjadi member dah dapat semula.. Bulan pertama join dah dapat modal balik. Suka suka suka hehehe.

Apa yang membuatkan bazi tertarik nak join Shaklee ni adalah sebab modal yang di perlukan hanyalah serendah RM75.. Excited nak join sbb modal RM75 je, otak ni pikir kalau xde mood nak berbisnes pon takdelah rasa terkilan sgt sbb modal kecil. Kalau nk join pon memerlukan modal ratus2 ribu riban mmg x mampu lah makkkk huhu

Lagipon, bila jadi member automatik setiap pembelian akan melayakkan kita medapat barangan pada harga ahli. Itu yang bazi nak sebenarnya sbb sejak pantang aritu dah menggunakan Shaklee kan..

Bestnya bila join Shaklee ni ialah dapat jana pendapatan tambahan. Nak jana pendapatan tambahan ni pon tak perlu nk keluar pergi cari customer. Semua nya hanya di hujung jari cewahhh hehe. Cthnye mcm bazi selalu sharing di facebook, instagram, dan di blog picisan ni.. Apa yang di perlukan hanyalah sekeping hati yang kuat dan kental, fikiran yang positif dan peruntukan masa utk buat entry, utk post di fb.. Tak terikat lgsg kena pergi training situ training sana. Shaklee ada buat training tapi bergantung lah korang nk pergi atau tidak. Bila dah jadi member ni kita takkan di biarkan terkontang kanting sendiri hehehe.. boleh belajar dari leader2 shaklee yg berjaya. Boleh baca semua pengalaman mereka dan segala info input di private group yang di sediakan.

Shaklee pon ada tawarkan pelbagai bonus. Yang bazi ngan suami dok aim skrg Bonus Car dengan nak dapat point utk g berholidayyyyyy weehuuuu, semoga di permudahkan buat kami. Amen….

Apa lagi yang bazi rasa best ek….ohhh sbb Shaklee berkesan buat bazi, suami, dan keluarga.. Lagipon bila jadi ahli/distributor tak smestinya kena simpan stok bebanyak kt rumah huhu. Minta saja Shaklee uruskan semua hehuhehuhehu..ohh bila jadi ahli tak semestinya anda kena jadi distributor. Ada ramai jgk yg jadi ahli semata-mata utk dptkan harga ahli utk kegunaan pembelian sendiri dan utk keluarga :)

Shaklee pon dapat menemukan bazi dengan ramai kenalan baru.. Satu Malaysia kawan ai uolls hihihi..

Kesimpulannya, bazi bersyukur di pertemukan dengan Shaklee dan semoga perjalanan kami sekeluarga dalam Shaklee di permudahkan Allah s.w.t……Nak kumpul duit bebyk (banyak keinginan nak di tunaikan)

Jadi Jika anda:

# seorang surirumah, dan ingin menjana pendapatan dari rumah

# seorang wanita bekerjaya, dan ingin mencari pendapatan sampingan

# sorang wanita bekerjaya, dan bercita-cita untuk menjadi WAHM suatu hari nanti

# seorang pelajar yang inginkan pendapatan sampingan

# atau sesiapa sahaja yang sedang mencari atau ingin memulakan online business tanpa mengeluarkan budget yang besar

Boleh hubungi bazi utk dapatkan keahlian Shaklee :).. Mari kita Berjaya bersama. Mari kekal sihat dan menawan dengan Shaklee :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
 

Template by BloggerCandy.com