Showing posts with label b-complex. Show all posts
Showing posts with label b-complex. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Anda terlalu ringan, terlalu kurus, atau kekurangan berat badan? Jom tambah berat badan dengan sihat di sini.


Kita sering kali di momokkan dengan masalah berat badan melampau akan membawa pelbagai masalah besar pada diri dan kesihatan kita tapi tanpa kita sedari masalah kekurangan berat badan juga boleh membawa kesan yang buruk atau tidak baik pada diri kita. Antara kesan buruk akibat terlalu kurus atau kekurangan berat badan ialah :

1. Tulang rapuh – boleh akibatkan patah tulang
2. Arthritis dan masalah jantung
3. Keguguran janin
4. Depresi atau tekanan perasaan
5. Radang paru-paru
6. Kualiti sperma berkurangan
7. Mudah letih


Jadi apa yang anda perlukan? Mudah saja, anda hanya perlukan MEAL SHAKES, B-COMPLEX dan VITALEA



Apa yang ada pada ketiga-tiga supplement ini? Jemput baca.


Meal Shakes – membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Ianya sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Protein amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protein boleh mengisi keperluan tubuh sebab protein adalah asas kepada pemakanan tubuh badan tak kira lah orang tu nak cantik ke nak kurus ke nak tambah berat ke. semuanya perlukan protein dan yang paling penting protein membantu penyerapan lebih baik ke atas supplemen yang kita ambil.


B-Complex – mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Ia dapat mengawal kadar metabolisma badan, mempertingkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


# Vitalea – membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Ia banyak membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut yang kuat dari akarnya. Dari dalaman, ia membantu mencegah penyakit tiroid atau kita orang melayu kenal sebagai beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vitalea kita). Supplemen penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan Vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


** Jadual pemakanan esklusif dan tips lain akan saya berikan pada mereka yang membeli set ini dari saya :)


Antara tips lain utk menaikkan berat badan ialah :


# Makan secara kerap. Jika sekarang anda selalu makan 3 kali sehari, tingkatkan kekerapan itu kepada 5 kali sehari. Lagi kerap lagi bagus

# Jangan amalkan makan makanan merepek, berminyak dan berlemak. Sesungguhnya makanan-makanan tu takkan membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal dengan sihat. Pastikan diet seimbang, mesti ada protein, mesti ada karbohidrat dan lemak juga perlu dalam kuantiti sedikit

# Makan makanan berprotein (dalam cadangan saya ada meal shakes atau ESP Shaklee). Ingat protein adalah makanan asas kepada segalanya.

# Wajib bersenam. Selalu orang kata kalau nak tambah berat badan, lepas makan korang kena tidur atau berehat je.SALAH ye! Kita perlu bersenam. Senaman yang dicadangkan oleh Kevin Zahri ialah angkat berat ataupun senaman yang ada rintangan.


Sekian tips dari saya, tips lain akan dikongsikan kemudian.

Jadi pada mereka yang nak naikkan berat badan dengan sihat bersama saya sila whatsapp atau hubungi saya sekarang ye :)


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, September 12, 2014

Apa yang di makan ketika hamil?


Kita adalah apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Jadi penting nya utk memastikan kita makan dari sumber yang halal (halal dari segi syarie dan halal dari segi wang yang di gunakan utk membeli makanan) dan pentingnya dalam memastikan apa yang di makan mencukupi nutrisi harian kita.

Bagi ibu-ibu hamil ni lagi lah penting utk jaga pemakanan. Sebabnya kita kena pastikan nutrisi buat kita sebagai ibu menckupi dan utk anak didalam perut pon mencukupi. Yelah kita mmg tak boleh pasti apa yang kita makan cukup ke nutrisi, terlebih ke, terkurang ke tapi sekurang-kurangnya kita kena fikirkan cara utk pastikan nutrisi ni di cukupkan.

Jadi apa yang ibu-ibu yang comel buat? Saya share apa yang saya lakukan ye :)

Untuk kehamilan pertama dulu (masa mengandungkan si comel Maryam safiyya), saya memang tak tinggal ubat-ubatan yang klinik bekalkan, folic acid, kalsium, iron tablet, vitamin c semua saya telan. Dah masuk 3rd trimester saya ambil pulak neurogain pb seperti yang dicadangkan oleh mak mertua saya . Walaupun tak suka menelan ubat2 tapi demi anak yang dikandung, telan jugak laaaaa hehe. Alhamdulillah memang tiada masalah pada kesihatan cuma masalah HB rendah sangat menghantui. Nurse suruh makan iron tablet dengan juice orange saya buat. Suruh makan kacang kuda saya makan. Suruh banyakkan makan bayam saya makan. Tapi HB tetap di bawah 11. STRESS mak masa tuh hahaha..Tapi setiap org ada bahagian masing-masing kan?


Untuk kehamilan kali kedua ni pula dah berkenalan dengan SHAKLEE. Shaklee memang dah sebati dgn saya sejak berpantang dulu lagi. Alhamdulillah sangat serasi. Dan kali ni utk anak kedua, saya mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten setiap hari.


Apa yang saya makan adalah :

# Energizing Soy Protein : Untuk tenaga berpanjangan, kuatkan rahim dan perkembangan janin yang baik

# B-complex : B-complex Shaklee dilengkapi dengan FOLIC ACID. Kiranya 2 in 1. Dan b-complex Shaklee ni mengandungi lebih banyak kandungan b-complex nya vitamin b-complex lain. B-complex yang dilengkapi folic acid ni bagus dan sangat diperlukan utk pembentukan tulang belakang baby. B-complex ni sangat2 digalakkan utk dimakan oleh sesiapa yang merancang utk hamil. Sangat bagus utk rahim ok :)

# Vitalea : Multivitamin pertama di dunia. Mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak dari tumbuhan dan buahan. Dilengkapi dengan IRON FORMULA. Sesiapa yang ada masalah HB RENDAH sangat-sangat digalakkan makan vitalea ni. Alhamdulillah untuk anak kedua ni, tiada lagi masalah HB RENDAH buat diri ku. Bye-bye HB rendah hehe. Setiap kali check up mmg atas 11 dan nurse pon asyik puji. Bangga mak hehehehe

# Vita C Plus : Baik utk imunisasi. Baik utk kulit. Mak nak cantik hehehe. Saya amalkan makan sebiji Vita C bersama dengan Vitalea. Sebabnya Vita C membantu penyerapan IRON dlm badan dengan lebih maksimum.

# Ostematrix : Sumber kalsium harian saya! Sebabnya saya tak minum susu. Bila tak minum susu mana nak dapat sumber kalsium kan? Inilah makanan penting saya. Yelah saya perlu kalsium utk diri sendiri dan tentunya baby pon nak kalsium utk pembentukan tulang temulang dia kan. Jadi penting bagi saya utk makan 4 tablet sehari sblm tidur! Selain membantu utk penuhi tuntutan kalsium badan, ianya juga membantu saya MELAWAS dengan lebih baik. Ibu hamil selalu ada masalah SEMBELIT kan? Ini sangat membantu ok! Dan membantu utk dptkan tidur yang lena juge :)

# Omega Guard : Saya mula makan bila kandungan dah memasuki 2nd trimester. Dah tak consume NEUROGAIN PB, sbb nya bila di hitung-hitung, beli OMEGA GUARD lebih menjimatkan dan berbaloi-baloi :) Omega Guard sangat bagus utk pembentukkan sel-sel otak bayi. Saya makan dengan harapan sel-sel otak baby akan berhubung dengan baik dan menjadi anak yang bijak dan soleh solehah nanti. Ohh, baik juga utk kenaikan berat badan ibu hamil. Hihihi. Berat anda tidak akan naik melampau-lampau bila makan omega guard (berdasarkan pengalaman saya sendiri )

Haaa, ni je yang saya WAJIB ambil setiap hari disamping makanan-makanan harian lain. Makanan lain tetap makan hehehe. Supplement ni hanyalah makanan tambahan, jgn buat macam makanan ruji plak ok ibu-ibu semua.

Korang makan apa pulak semasa kehamilan?

Eh pada yang berminat utk dapatkan produ-produk Shaklee utk kegunaan hamil 9 bulan ni boleh whatsapp saya ok. Kalau vitamin tak habis semasa hamil, jgn risau masih boleh dimakan semasa BERPANTANG juga (make sure belum expired lerr) . Tapi menjimatkan kannnn?

Eh contact saya cpt-cpt ok !

UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, December 27, 2013

Demand vs Supply dan apa kaitan nya dengan set penyusuan Shaklee


Assalamualaikum..lama dah tak bersiaran. :) Arini nak sharing pasal penyusuan ibu sikit..


Alhamdulillah, maryam dah hampir setahun 2 bulan dan bermakna dah setahun dua bulan jugaklah saya consume SET PENYUSUAN SHAKLEE ni. Kalau sesiapa yang betul2 kenal diri saya, saya bukan lah jenis yang suka makan pil2 ni bagai tapi demi si kecil tuh saya gagahkan jugak :) Skrg mmg jatuh cinta gila dengan shaklee hehehe



Ramai yang tanya " betul ke lepas makan set menyusu shaklee ni susu badan akan bertambah?" Apa2 pon berbalik kepada prinsip asas penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY. Takde 'demand', 'supply' pon takde. 'demand' kurang 'supply' pon kurang..Dalam erti kata lain

1. Lagi banyak permintaan susu ibu, lagi banyak penghasilannya                                                                               
2. Lagi kerap 'stok lama' di keluarkan, lagi kerap 'stok baru' dihasilkan (bukan stok ebm ye, stok di badan kita ni)

Saya tertarik dengan satu artikel yang saya baca di intenet. Mengikut artikel tersebut :       
           
" Sistem penghasilan susu ibu oleh badan kita sebenarnya seperti satu operasi di kilang. Semasa permulaan operasi (di awal kelahiran), kilang tadi dalam fasa memerhati keperluan dan kehendak pasaran.Jadi masa inilah si ibu perlu menyusukan anak dengan kerap demi utk memberitahu kumpulan ‘marketing’ bahawa “pasaran dan keperluan utk susu ada, jadi automatiok badan kita akan menghasilkan susu bersesuaian dengan kehendak ‘pasaran’.

Semakin kerap penyusuan berlaku, makin banyaklah penghasilan susu ibu. Tapi kalau ibu sendiri tak gemar nak susukan anak dengan kerap n selalu biarkan ‘miss b’ penuh dengan susu, kadar penghasilan akan berkurang sebab kilang susu tadi dah kurang tempat penyimpanan susu. Akhirnya badan kita terima maklumat utk kurangkan penghasilan susu sebab demand dah kurang.

Jadi, para ibu penting ye untuk jaga konsep DEMAND vs SUPPLY ni :)

Jadi, bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu dalam penyusuan?

Pengambilan vitamin seperti vitamin C, b-complex, vitalea bertujuan untuk membantu si ibu kurang stress dan kurang letih kerana vitamin seperti b-complex membantu badan untuk mengekalkan tahap hormone kortisol dengan sihat. Hasilnya, si ibu masih mampu untuk cergas selepas bekerja seharian dan ini secara tak langsung bantu ibu-ibu untuk mengekalkan penghasilan susu buat si kecil tersayang :)

Berminat nak cuba set penyusuan? Meh contact bazi k. kita borak2 :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

Email : bazilahramly@gmail.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.           

Wednesday, June 5, 2013

Set Wanita Hamil Shaklee





[Fungsi Setiap Vitamin]

 Vita-lea Iron Formula: Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan sel darah merah jadi inshaa ALLAH boleh membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


 B complex: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein. Bertindak sebagai anti stress, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


 Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh


 Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.


 Energizing Soy Protein: Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sgt penting dalam pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi tenaga.


 Omega Guard : Wanita mengandung dianjurkan untuk mengambil sekurang2nya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan untuk proses melihat dan berfikir).


Best tak? hehehe. Meh tgk testimoni pengguna sikit k :)




Dapatkan badan yg sihat sepanjang tempoh kehamilan ye mommy-to-be semua :)


Bakal-bakal Ibu, bakal-bakal ayah yang berminat boleh contact bazi k..


SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, April 23, 2013

Set Pantang Shaklee Boleh di Kongsi Bersama Suami



Set berpantang boleh kongsi dengan suami? biar betul ni? hahaha betul lah apa pula tak betulnya. kenapa boleh berkongsi? sebab set pantang shaklee bukan berasaskan jamu2 sebaliknya vitamin2 asas yang sememangnya di perlukan oleh badan. Ok ke berpantang tak guna jamu? Walaupun shaklee menawarkan set berpantang yang takde menggunakan jamu langsung tapi keberkesanan nya dalam memberi tenaga, mempercepatkan pemulihan luka sangat mengkagumkan. itulah sebabnya ramai ibu-ibu di luar sana yang memilih untuk menggunakan set berpantang shaklee ni. Memang hangat di pasaran uolls :) Jadi bakal-bakal ibu di luar sana jangan takut2 nak mencuba set pantang shaklee ni ok, jangan ketinggalan untuk mencuba set hangat ini. Meh tgk testimoni pengguna ye :)








Teruja? hehe....


Back to the topic, apa lagi kelebihan selain boleh berkongsi dengan suami tersayang. Antara kelebihan set berpantang ini ialah :
- Tiada kesan panas pada bayi
- Selamat di ambil sejurus selepas melahirkan. Keluar je labor room boleh telan terus hihihi
- Melancarkan pengeluaran susu ibu
- Boleh di ambil ibu yang bersalin normal mahupun cser
- Membantu ibu untuk lebih sihat dan cergas
- Zinc bertindak seperti ikan haruan yang mana membantu pulihkan luka luar dan dalam (siapa yang tak suka n geli2 ngan ikan haruan tu mmg baguslah amik zinc nih hehehe)
- Selepas habis pantang masih boleh consume vitamins



 Ok, meh tgk pula kelebihan setiap vitamin dalam set pantang ni..
1. Vita-lea
  • zat besi dalam vitalea membantu penghasilan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa kelahiran.
  • membekalkan 23 jenis vitamin kepada badan kerana ibu berpantang sukar mendapat vitamin dalam pemakanan 
  • Memberi tenaga kepada ibu sekaligus mengelakkan muka daripada kelihatan pucat dan tidak bermaya
2. B-complex
  • vitamin anti stress, jadi mengelakkan ibu-ibu dariapda meroyan 
  • berupaya meningkatkan penghasilan sel darah merah dan menukarkan makanan menjadi tenaga
  • memlihara kecantikan kulit kerana bcomplex boleh melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh
3. Chewable C
  • 1 bji chewable c 100mg bersamaan dengan 1 1/2 bji orange. jadi ia penting untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak 
  • vitamin c juga penting untuk pembinaan kolagen dan ekcantikan kulit
4. Zink
  • sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
  • fungsi ikan haruan yang biasa diambil oelh ibu berpantang adalah sama dengan zink, bezanya ikan haruan sedikit mahal..tapi sebotol zink (120 bji) tidak sampai rm40
  • zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas kelahiran
Dah teruja belum??? Jadikan set berpantang shaklee sesuatu yang harus di miliki sekarang :)
Berminat, boleh contact bazi k :)
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, March 23, 2013

Set Penyusuan Shaklee : Kelebihan dan kebaikan Set Penyusuan Shaklee


Alhamdulillah perjalanan penyusuan Maryam masih di permudahkan. Maryam masih kenyang dengan susu umi :) Rezeki maryam, berkat doa usaha, usaha dan usaha. Tak usaha mana nak dapat hasil ye dak? :)

Ok, seperti yang semua sedia maklum bazi mengambil supplemet shaklee dengan niat untuk memperbanyakkan susu, memperkayakan susu ibu yang sememangnya kaya dengan khasiat, dan untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Badan kita ni nak pakai lama kan. nak berkhidmat untuk suami lagi, nak jaga anak lagi, kerja kt office lagi. Jadi supplement shaklee ni sangat membantu. Apa yang bazi amalkan setiap hari ialah alfalfa, bcomplex, vitalea, ostematrix, lecithin, ESP dan omega..

Mari ketahui perbezaan set-set penyusuan yang ada dan kelebihan supplement ini :)

Set 1










Set 1 ini ialah untuk ibu yang tiada masalah kritikal dlm penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu yang sudah semulajadi kaya dgn khasiat..dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu , juga membantu masalah keputihan,lawas,bau badan, angin.


Set 2 










Set ini lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar

Set 3









Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactationMasalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Jadi anda bagaimana? Perlu supplemet atau tidak?  Kalau anda rasa anda tidak perlukan supplement, anda-anda, kamu-kamu haruslah memperlengkapkan sajian harian dengan kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan keperluan tubuh kita sebagai seorang ibu dan isteri dan juga tentunya untuk anak. Jika anda rasa tidak boleh menyediakan kesemua vitamin yang di perlukan pikir-pikirkan semula ye . bak kata sahabat kak cery "kita taknaklah nnt kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang…, kulit kusam , nampak tua dari umur, tak bermaya, lesu…dan banyak lagi…"


Fikir baik2 ya :)

Berminat untuk mendapatkan full pack mahupun trial pack, ada pertanyaan? ingin konsultasi? boleh hubungi bazi ye :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Monday, March 4, 2013

Ketahui Fungsi Vitamin Set Pantang Shaklee



Sebelum share tentang fungsi setiap vitamin dalam set berpantang shaklee ni, meh kite tgk sikit testimoni-testimoni pengguna set berpantang shaklee




Dalam setiap set pantang shaklee mengandungi Vita-lea, Vitamin C, Zinc dan juga B-Complex..Jemput baca ye :)

Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Dari pengalaman bazi sendiri, bazi kurang minat nk makan jamu-jamu ni. Itu sebab vitamin shaklee menjadi pilihan bazi, anda pula bagaimana???

Berminat? Ingin kan trial pack? Hubungi bazi k, inshaALLAH bazi cuba bantu utk cadangkan sesuatu yang bersesuaian dengan budget anda :)

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




 

Template by BloggerCandy.com