Wednesday, September 2, 2015

Pengalaman Bersalin Irfan Part 2


Anak dah nak 8 bulan baru hapdate, ape kes hahaha.
Maapkan lah kemalasan tuan punye belog beserta kebizian yang teramat skrg ni
Eh ada ke yang nak baca pengalaman bersalin ni? Hahaha
Xpelah xde yang nak baca pon xpe, mmg nak tulis utk kenangan di hari tua.

Utk Pengalaman bersalin Part 1 boleh scroll entry sebelum-sebelum ni. Xpe jangan risau, x yah scroll lelama sbb x banyak update blog pon since tulis Part 1 tu hahahaha.

Ok , mana nak sambung eh.

Ok dalam 10.45, suami dtg ambil kt opis. Balik rumah dulu, suami nak tukar baju. Sempat ajak suami singgah kedai mamak, sbb nk mkn roti canai dengan minum teh o AIS. Mengenangkan nnti akan berpantang AIS kan haha. Tapi x dan nk pergi kedai mamak sbb rasa contraction makin kerap. Risau jgk kang terberanak kt kedai mamak plak -__-

Terus pergi Hospital. Husband drop dkt emergency. Dia pergi park kereta. Tggu husband sesambil rekod contraction dlm fon. Dlm pukul 12 masuk screening room. Prosedur biasa, register, check air kencing sume. Nurse check contraction pastu bgtahu ni dh kuat sangat contraction ni puan. Huhuhu, mampu senyum2 sumbing je. Tggu punye tggu, doctor pon dtg utk buat VE. Check baru 2cm kata. Doktor suruh baring katanya nk scan, lamaaaaaaaaaaaaa sgt tggu then kata x payah scan. Ehhhh sabarrrr je lah -___-

Sejam lebih dlm screening room, akhirnya doctor kata masuk wad dulu lah ye puan. Besok baru bersalin ni, sbb baru 2-3 cm. Moh ler kita masuk wad sambil duduk atas wheel chair ditolak dgn baik dan perlahan oleh nurse. Saya ckp dgn nurse, tak perlu wheel chair, saya boleh jalan. Tapi nurse bekeras suruh duduk atas wheel chair sbb dia ckp puan dah sakit sgt tu . hahaha terima kasih nurse :)

Sampai wad, nurse explain pasal waktu melawat, psl waktu makan, mak buyung masa tum mg x boleh nk concentrate dah n saya ckp explain kt suami saya ye. Saya rasa nak ke tandas. Nurse dah muka cuak haha. Siap tanya nak buang AIR BESAR KE AIR KECIL hahaha. mcm tnya budak2 :D Nurse pesan suruh guna toilet duduk. Baiklah saya ikut nasihat. Duduk dalam toilet tak boleh nak buat apa pon, takde apa yang keluar hahaha. sbnrnye tu lebih pada rasa sakit.

Eh lupa sy smpi2 je kt wad, saya mintak panggil kan doctor utk check laluan sekali lagi.. baru sampai dh panggil doctor haha. Tapi doctor kata baru 3 cm puan. Hahaha sabar je lahhhhh.

Tukar baju, duduk kat katil sekejap, selawat, zikir, doa nabi yunus tu je saya duk ulang2. Tak sampai 5 minit saya mntk suami jumpa nurse mntk nurse panggilkan doctor. Nurse dtg, saya ckp saya tak boleh tahan dah nurse. Doktor dtg n check VE dkt katil jgk hahah. Drama betul.

Check dah 6cm, terus tolak masuk LR. Kiranya check in dlm wad, dlm 10-15 gitu je hihi

Masuk LR 1.40, Alhamdulillah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sempurna sifat dan sihat adanya, pada jam 1.51 PM (Hari Jumaat) dengan berat 2.95 kg

Alhamdulillah Alhamdulillah.
Suami tak sempat nak masuk LR utk kelahiran kedua ni. Suami tgh isi borang nak masuk LR bila nurse dtg bgtahu, isteri encik dah bersalin. Terpinga-pinga suami hahahaha :D

Ermmm apa lagi eh nk cerita. Tu je kot. Jahit2 xyah cerita lah eh. Serammmm hahaha.


Till then~ Bababaaaaaiii

Friday, August 28, 2015

Fuh fuh fuh


Fuh fuh fuhhhhhhh
Tiup debu habuk sarang labah-labah semua.
hahaha.
lama betul tak update blog.
stay tuned~ hiksss

Wednesday, March 25, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua


Alhamdulillah, selamat melahirkan anak kedua pada 9 January 2015 (Hari Jumaat) tepat jam 1.51 tengahari . Dah 2 bulan lebih dan dah masuk kerja pon baru nk cerita hihi. Anak dah 2 ni kebizian tu lain macam sikit haha. Mana nak layan kerenah kakak Maryam, mana nk tgk si kecik, nk pump susu, nk masak. Sudahnye ummi makan tengahari time sepatutnya minum petang hahaha. takpe2 pelan-pelan kayuh, inshaa ALLAH lepas ni dah boleh handle dengan pantas dengan bantuan dari husband :)

Ok meh dgr cerita pengalaman bersalin Muhammad Irfan Rifqi Bin Mohammad Izzat.



Malam 8 January tu masih seperti biasa, xde sakit apa2, Cuma penat macam biasa sebab letih di opis. Tdo awal as usual.

Pagi 9 January tu masa mandi pagi, mcm terperasan ada darah masa buang air. Tapi mcm mamai2 lagi kan masa tu, rasa mcm darah, rasa mcm bukan kot ehhhh haha. Tapi masa tu ikut naluri keibuan ni (ceh keibuan gitu) heeee, rasa nye tu mmg darah tp ckp kt diri sendiri takde pape ni sbb ikut pengalaman masa maryam, keluar tanda darah berhari-hari baru lah keluar cik Maryam keluar dengan selamatnya. Inform husband, husband dah mcm risau dan dah mula tnye byk kali nk g hospital atau tidak.  Decide nk pergi kerja jugak sbb 9hb tu dpt surat utk BONUS 2014 hahahaha. Kemain kan, nk g kerja utk surat bonus je hihihi

Dalam 9 pagi dah mula rasa contraction, mild lagi lah. Tp mmg kerap. Dalam 5 minit sekali dan 20-30 seconds contraction tu. Alhamdulillah masa tu boleh tahan lagi. Cakap dengan officemate, dh ada contraction, officemate suruh balik pergi hospital. Si degil ni siap ckp tggu kang tghari la, amik half day terus.

Sebelum pukul 10 dah dapat surat untuk BONUS! Yeayyyy! Hahaha. Kiranya daku bersalin dalam keadaan gembira sbb dpt bonus hihi. Husband cakap dia akan ambil pukul 10.30 sbb dia dah risau. Isteri pon dah risau jgk sbnrnye hihi.

Eh nnti sambung ye. Ada hal :)


To be continue~~

Wednesday, January 7, 2015

Not So Wordless Wednesday


7 hari menghampiri DUE DATE

Dalam dilema

Mengada sangat nak dalam dilema kan

Tak tahu nak doa pada ALLAH mntk di percepatkan bersalin (like right NOW!) 

atau

Ikut je due date ?

Sebab semata-mata nak mengelak ISO AUDIT bulan MARCH nnti.

Kalau bersalin ikut DUE kemungkinan besar terlepas ISO

Hahaha

Kalau bersalin sekarang, mcm 50-50 peluang nk terlepas tu hehehe

Tapi sejujurnya, dah tak larat nak bawak badan sendiri.

Baby, ummi dah ready, abi dah ready, kak maryam dah ready

barang-barang  baby pon dah complete

Nak keluar sekarang pon ummi sangat SUKA! 

Doakan proses bersalin anak kedua saya ni di permudahkan ye :)


 

Template by BloggerCandy.com