Monday, January 30, 2012

Mantin – Kuantan - Mantin

28 Jan 2012. ada dua jemputan kahwin kat kuantan, satu kenduri adalah sedara2 dr kedua ibu bapa saya. Satu kenduri lagi kenduri kahwin kwn sekolah incik suami.

Perjalanan pergi balik ni, sungguhhhhhh memenatkan tambah plak ngan perut yg penuh makan dkt dua kenduri. Gile senak perut hohohooo..

Tmpt kenduri sedara ktorg senang je nk cari sbb my sister yg belajar dkt UMP tuh tahu jalan, yg jadi perit nye masa mencari rumah kwn incik suami…gile berpusing-pusing ktorg.. siap tnye abg kt petronas lg sementare incik suami melawat en.tandas huhu..berkat kesabaran incik suami dan kehebatan si isteri (padahal saya dah nk putus asa hahah) dapat lah ktorg jumpe rumah kwn incik suami tuh. Dpt lah incik suami ber-reunion ngan member2 MRSM Jasin nye..

Lepas mkn? Apeee lagi pulang lah ke pangkal jalan. Igt nk g kn ikan bakar kt tanjung Lumpur tp dh kenyang n x best plak kalo g berdua jer sbb my family dah gerak balik dulu..

Hari ahad berehat dkt rumah sambil buat kueh2 sambil teman incik suami bereksesais badminton huhuuh..


Tamatlahhhhh weekend ku (^^,)

Friday, January 27, 2012

Penawar Hati


"diorang yang rugi sbb tak pilih syg"

sebaris ayat dari suami, menghilangkan rasa sedih di hati

eh jiwang pulak

terima kasih incik suami

sok kita buat kek ok :)

Tuesday, January 17, 2012

Ayat Kursi


Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Fadhilat-fadhilat ayat Kursi

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.



p/s: mari kita sama-sama mengamalkan ayat Kursi


p/s 2: suami pesan si isteri setiap kali sebelum tido baca ayat Kursi dulu..Terima kasih incik suami sbb igtkan sayang :)

Wednesday, January 4, 2012

kenek-keneklah udang vs IPhone

Kenek-keneklah udang
Lembu patah tanduk
Cik mek kenalah godam
Cik awing kena tumbuk
Oa oaaaoaaa                     

Gegak gempita gendand di palu
Kerna menyambut pengantin baru
Seri-seri cahaya hai naik ke muka
Tak ubahlah pinang di belahlah dua

 Korus : kenek-keneklah udang

Pengantin bersanding sambil menjeling
Sudah menjeling tersenyum pula
Indah-indah bukan hai lagi kepalang
Hai serba di buat hai kena belaka

Korus : kenek-keneklah udang

Pengantin bersanding atas pelamin
Di kunjung orang berduyun-duyun
Di hibur-hibur dengan tari-menari
Untuk merayakan hai raja sehari

Korus : kenek-keneklah udang

Ape kaitan lagu nih dengan iphone? Hahaha. Aritu masa menghadiri walimatulurus ex-schoolmate, sambil2 tggu pengantin smpi berkumandang lah lagu nih dalam dewan sri siantan putrajaya tuh. Automatik saya ckp pada incik suami, “syg suka sgt ngan lagu ni, kalau masa birthday syg nnti abg nyanyi full version lagu ni syg akan anggap tu birthday present utk syg, n syg xkn mntk2 dah iphone 4S ke iphone 5 ke dari abg” hahahha. Incik suami terus gelak then ckp “ xpe xpe, abg belikan syg iphone, abg xnk nyanyi” hahahaha. Saya tahu suami akan jwb mcmtuh… jeng jeng jeng iphone come to mummy please hahaha..

p/s : selamat pengantin baru kepada nisak & safiuddin.Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin :)






Tuesday, January 3, 2012

baby?

baby?
ada orang cakap usia perkahwinan kami awal lagi so x berapa sesuai nk ada baby
betul ke?
ntah.

ada jgk org ckp better ada baby masa muda dan jangan planning masa di awal perkahwinan
dah ada anak sorg baru la planning (orang ckpppp)

bagi saya
x kesah la usia perkahwinan awal ke tidak saya dan suami x kesah kalau ALLAH nk mengurniakan cahaya mata kepada kami
rezeki ALLAH tu :)

tapi di sebabkan saya dan suami yg tinggal berjauhan
yg berjumpa hanya pada hujung minggu
ataupun 2 minggu sekali baru berjumpa

maka nye kami berpikir "mungkin planning untuk sementara waktu adalah yg terbaik"
tapi kalau dalam duk planning nih mendapat jgk ALHAMDULILLAH :)
eksiden la tuh hahahaha :D

jadi kami akan gunakan masa ni sebaik nye utk honeymoon puas2 hehee
g tgk wayang byk2
g jalan2 berdua :)


oh kwn2,nnti dah ada baby saya btau la okey :)

kt tmpt keje nih ramai betul yg concern, tiap ari ade jer yg bertnye hahaha

lelaki plak tuh yg bertnye, x paham betul


saya dan suami di cameron highland :)



 

Template by BloggerCandy.com