Alhamdulillah, selamat melahirkan anak kedua pada 9 January
2015 (Hari Jumaat) tepat jam 1.51 tengahari . Dah 2 bulan lebih dan dah masuk
kerja pon baru nk cerita hihi. Anak dah 2 ni kebizian tu lain macam sikit haha.
Mana nak layan kerenah kakak Maryam, mana nk tgk si kecik, nk pump susu, nk
masak. Sudahnye ummi makan tengahari time sepatutnya minum petang hahaha.
takpe2 pelan-pelan kayuh, inshaa ALLAH lepas ni dah boleh handle dengan pantas
dengan bantuan dari husband :)
Ok meh dgr cerita pengalaman bersalin Muhammad Irfan Rifqi
Bin Mohammad Izzat.
Malam 8 January tu masih seperti biasa, xde sakit apa2, Cuma
penat macam biasa sebab letih di opis. Tdo awal as usual.
Pagi 9 January tu masa mandi pagi, mcm terperasan ada darah
masa buang air. Tapi mcm mamai2 lagi kan masa tu, rasa mcm darah, rasa mcm
bukan kot ehhhh haha. Tapi masa tu ikut naluri keibuan ni (ceh keibuan gitu)
heeee, rasa nye tu mmg darah tp ckp kt diri sendiri takde pape ni sbb ikut
pengalaman masa maryam, keluar tanda darah berhari-hari baru lah keluar cik Maryam
keluar dengan selamatnya. Inform husband, husband dah mcm risau dan dah mula tnye
byk kali nk g hospital atau tidak.
Decide nk pergi kerja jugak sbb 9hb tu dpt surat utk BONUS 2014 hahahaha.
Kemain kan, nk g kerja utk surat bonus je hihihi
Dalam 9 pagi dah mula rasa contraction, mild lagi lah. Tp mmg
kerap. Dalam 5 minit sekali dan 20-30 seconds contraction tu. Alhamdulillah
masa tu boleh tahan lagi. Cakap dengan officemate, dh ada contraction,
officemate suruh balik pergi hospital. Si degil ni siap ckp tggu kang tghari
la, amik half day terus.
Sebelum pukul 10 dah dapat surat untuk BONUS! Yeayyyy! Hahaha.
Kiranya daku bersalin dalam keadaan gembira sbb dpt bonus hihi. Husband cakap
dia akan ambil pukul 10.30 sbb dia dah risau. Isteri pon dah risau jgk sbnrnye
hihi.
Eh nnti sambung ye. Ada hal :)
To be continue~~
4 comments:
tahniah akk.alhamdulilah dah sepasang kan.aminnn
tak sabar nak baca kesinambungan nya..suspens pulak hihi
assalam... bila nak sambung ni,tak sabar akak nak baca
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
Post a Comment