Thursday, June 27, 2013

Kenapa wanita hamil/wanita menyusukan anak perlu pilih Omega Guard Shaklee?


KENAPA?

Siapa nak jawab?

Hehe

Takpe2 meh bazi sendiri jawab sbb ni blog haku tapi pendapat-pendapat kawan2 luar sana sgt2 di galakkan. Bertukar pendapat tu kan bagus :)

Memula haruslah tahu apa itu OMEGA GUARD.



Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia, ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Sumber: Shaklee Malaysia


Ok apa pulak kaitan Omega Guard dengan wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak?

DHA yg terkandung di dalam Omega Guard Shaklee akan menyingkirkan lemak2 yang tidak di ingini oleh empunya badan. Jadi inshaa ALLAH ibu menyusu akan kekal langsing semasa tempoh penyusuan anak. Pernah dengar tak org kata kalau menyusukan anak badan kita akan cepat langsing? Haaa betul tuh sbb nya semasa penyusuan, pembakaran lemak akan terjadi dengan aktifnya.. Jadi ibu-ibu akan dapat bonus berganda, badan langsing, dapat menyusukan anak, sihat dan cergas lagi. Bukan berganda malahan berganda-ganda-ganda-ganda kebaikan hehehe.

Omega Guard yang mengandungi DHA ini akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. Jadi susu yang di salurkan kepada bayi yang sememangnya tidak dapat dinafikan khasiatnya akan bertambah khasiatnya dengan Omega Guard Shaklee ni. Semua ibu bapa pon nak anak memasing pintar kan. Kita sebagai ibu apa sentiasa berdoa agar anak akan sentiasa sihat, cergas dan cerdas. Tapi doa sahaja tak mencukupi ibu ibu bapa bapa sekalian. Doa haruslah di iringi dengan usaha. Dan usaha nya adalah dengan membeli Omega Guard Shaklee :)

Mengikut satu kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik. Kalau pergi klinik untuk mendapatkan rawatan ketika hamil pon mesti doctor akan cadangkan para ibu makan minyak ikan ni.

Ibu hamil akan mendapat pelbagai kebaikan dengan pengambilan Omega Guard Shaklee secara konsisten antaranya ialah :

# Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
# Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang
# Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
# Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
# Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan (kejang di waktu malam)
# Mengelakkan rasa sakit pada sendi

Bagi ibu menyusukan anak pula Omega Guard Shaklee akan dapat membekalkan khasiat untuk system imunisasi kepada anak dan membantu mengoptimumkan perkembangan otak anak.. Selain khasiat yang dapat di salurkan kepada anak, Omega Guard Shaklee juga dapat membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penghasilan dan pengeluaran susu.

Jadi ? Tak perlu fikir dua tiga kali untuk membeli Omega Guard Shaklee. Tak terkata kebaikan nya. Harga yg di tawarkan pon menarik. Sebotol Omega Guard mengandungi 90 kapsul dan boleh di gunakan selama 3 bulan.

Sekiranya berminat untuk membuat pembelian atau nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni boleh lah contact bazi k :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, June 12, 2013

Azam Baru


Walaaaawehhh dah masuk 2nd quarter 2013 baru nak cerita pasal azam hihi. Takpelah, biar lah lambat asal ada jgk :D

# Nak update resume. (update resume pon memerlukan azam ke? Hahaha. Perlu okehhh sbb bab2 nk update ni bazi memang malas)

# Next step kalau berjaya update resume adalah survey2 tempat kerja baru. Alamakkkk,ada ke org opis baca blog ni? Hahahaa. Kalau ada senyap2 sudeyy. Kerja sini seronok, orang2 nya pon friendly n gila2, kerja tak stress tapi ntah rasa nak perubahan. Nak rasa new environment. 3 tahun kat sini rasa nya dah cukup lama.

# Nak rajin masak untuk suami. Bukan hanya rajin untuk Maryam. Suami dah jeles sbb asyik buat makanan Maryam je hihihi. Inshaa Allah incik suami, demi mu walau letih puan isteri akan cuba jugak masak. (Aritu masak terlampau pedas smpi diri sendiri nk mkn byk pon tak mampu tapi incik suami makan byk jgk….terharu (bergenang air mata plakk sob sob sob)

# Nak rajin lipat baju. Baju kering sumbat dalam bakul terus, sampai menggunung dalam bakul. Tak tahu lah nape malas di tahap gorgonnn. Mood melipat hanya datang dengan bantuan/suntikan semangat dari suami.. Suami puji sikit, peluk sikit, cium sikit baru nk lipat baju ! hahaha. Tah ape lah penyakit ni. Hormon kawan kawan. Hormon. Salahkan hormon

# Hujung tahun ni nak target income 4 angka dari Shaklee.Wah, DREAM BIG! Hehehe..TIADA YANG MUSTAHIL

# Nak jadi isteri, ummi, anak yang terbaik.

Hmmmm, cukuplah 6 jer dulu. Oklah have a nice day korang. Oh Please doakan azam bazi ni terlaksana oke . thanks!

Tuesday, June 11, 2013

Shaklee Tawar Pendapatan Lumayan


Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka…(Sedikit petikan dari Utusan – 7 June 2013) .. Artikel penuh di sini ya. Klik sini

Setuju sgt dengan tajuk berita tuh “Shaklee Tawar Pendapatan Lumayan” kerana Alhamdulillah bazi dah merasai nye. Mungkin lah belum selumayan sampai tahap jutawan tapi sekurang-kurangnya modal yang di laburkan utk menjadi member dah dapat semula.. Bulan pertama join dah dapat modal balik. Suka suka suka hehehe.

Apa yang membuatkan bazi tertarik nak join Shaklee ni adalah sebab modal yang di perlukan hanyalah serendah RM75.. Excited nak join sbb modal RM75 je, otak ni pikir kalau xde mood nak berbisnes pon takdelah rasa terkilan sgt sbb modal kecil. Kalau nk join pon memerlukan modal ratus2 ribu riban mmg x mampu lah makkkk huhu

Lagipon, bila jadi member automatik setiap pembelian akan melayakkan kita medapat barangan pada harga ahli. Itu yang bazi nak sebenarnya sbb sejak pantang aritu dah menggunakan Shaklee kan..

Bestnya bila join Shaklee ni ialah dapat jana pendapatan tambahan. Nak jana pendapatan tambahan ni pon tak perlu nk keluar pergi cari customer. Semua nya hanya di hujung jari cewahhh hehe. Cthnye mcm bazi selalu sharing di facebook, instagram, dan di blog picisan ni.. Apa yang di perlukan hanyalah sekeping hati yang kuat dan kental, fikiran yang positif dan peruntukan masa utk buat entry, utk post di fb.. Tak terikat lgsg kena pergi training situ training sana. Shaklee ada buat training tapi bergantung lah korang nk pergi atau tidak. Bila dah jadi member ni kita takkan di biarkan terkontang kanting sendiri hehehe.. boleh belajar dari leader2 shaklee yg berjaya. Boleh baca semua pengalaman mereka dan segala info input di private group yang di sediakan.

Shaklee pon ada tawarkan pelbagai bonus. Yang bazi ngan suami dok aim skrg Bonus Car dengan nak dapat point utk g berholidayyyyyy weehuuuu, semoga di permudahkan buat kami. Amen….

Apa lagi yang bazi rasa best ek….ohhh sbb Shaklee berkesan buat bazi, suami, dan keluarga.. Lagipon bila jadi ahli/distributor tak smestinya kena simpan stok bebanyak kt rumah huhu. Minta saja Shaklee uruskan semua hehuhehuhehu..ohh bila jadi ahli tak semestinya anda kena jadi distributor. Ada ramai jgk yg jadi ahli semata-mata utk dptkan harga ahli utk kegunaan pembelian sendiri dan utk keluarga :)

Shaklee pon dapat menemukan bazi dengan ramai kenalan baru.. Satu Malaysia kawan ai uolls hihihi..

Kesimpulannya, bazi bersyukur di pertemukan dengan Shaklee dan semoga perjalanan kami sekeluarga dalam Shaklee di permudahkan Allah s.w.t……Nak kumpul duit bebyk (banyak keinginan nak di tunaikan)

Jadi Jika anda:

# seorang surirumah, dan ingin menjana pendapatan dari rumah

# seorang wanita bekerjaya, dan ingin mencari pendapatan sampingan

# sorang wanita bekerjaya, dan bercita-cita untuk menjadi WAHM suatu hari nanti

# seorang pelajar yang inginkan pendapatan sampingan

# atau sesiapa sahaja yang sedang mencari atau ingin memulakan online business tanpa mengeluarkan budget yang besar

Boleh hubungi bazi utk dapatkan keahlian Shaklee :).. Mari kita Berjaya bersama. Mari kekal sihat dan menawan dengan Shaklee :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

Thursday, June 6, 2013

Baby Chair Pilihan Hati


Bila maryam dah mula makan, ummi nye ni mula lah beriye-iye survey kerusi untuk si kenit duduk. Kunun nye lagi selesa dan praktikal dan beradap duduk di kerusi (hahaaktuihhh). Yelah takdelah anak dara bazi tuh terkangkang2 duduk kt simen kan (alasan nk sedapkan hati sendiri hahahha) Padahal boleh jer bg Maryam mkn sambil pegang dia atau duduk kan die kat fisher price rocker tuh. Ini semua nafsu ummi utk membeli, abi iyooo kana je lahh hihihi..Xpelah bila dah beli ummi akan pastikan baby chair tuh akan di guna kan sebaik mungkin, semaksima yg mungkin! Yezzzaaaa~

Jadi bulan lepas bersurvey-survey lah kami suami isteri mencari baby chair yg sesuai. Yg sesuai bagi kami mksdnye mesra poket kami, mesra pengguna (boleh di guna pakai lama), dan praktikal. Cari punya cari memang banyak rupanye baby seat/baby chair/ booster seat utk baby ni. Apa yang penting duit jelah kena ado.


BUMBO SEAT


Bumbo seat ni memang comey. Boleh beli dengan tray jugak. Warna pon menarik, memang warna yg ceria2 sesuai utk si kecil..Bumbo seat ni boleh di gunakan bila mana baby dah boleh control their own head. Takdelah kepala anak tuh terkulai2 je nnti kan. Tapi org2 tua ckp x baik dudukkan anak selagi die x boleh duduk dengan sendiri nye. Sbb tulang die tak kuat lagi. Maybe ada benarnya. Tapi sekejap xpelah, utk train die hehehe. Kelebihan bumbo seat ni adalah mudah di bersihkan,portable, ringan, cantik, menarik dan debomm. Tapi kekurangan nya tak boleh guna kt high surface (tanpa pengawasan org dewasa lah k), rasa nya baby x boleh duduk lama dlm tuh, dan kekurangan yang paling ketara bagi kami suami isteri adalah harganya yg mahal hahaha. Kalau ikut yg kami survey harga memang RM190 ke atas. Hmmmmm~

ANBEBE BABY SEAT



Lebih kurang sama je ngan Bumbo seat Cuma slightly cheaper tapi still mahal bagi kami wahahaha (siapa kata engineer gaji besar? Hahaha. Engineer pon kuli juge mihmihmih)


FISHER PRICE BOOSTER SEAT


Booster seat ni pon ok, boleh guna lama. Ada tray, ada seat belt lagi hihihi. Kelebihan lain adalah warna menarik juga ada combination color biru hijau krim. Dan ada juga color maroon tp rsnye kebykkan yg dijual kt mesia ni adalah color biru hijau tuh. Booster seat ni foldable jadi boleh bwk ke mana saja yg korang suka :) boleh guna di high surface, ada height adjustment, ada adjustment ikut kegemukan perut baby hihihi. Kelebihan lain adalah ringan dan harganya adalah ada mahal ada murah. Maknanya korang kena rajin survey. Kalau kt giant atau jusco booster seat ni boleh cecah RM200.. Maximum weight adalah 23 kg (mcm berat ummi Maryam masa sekolah rendah jer hihihi)

Ok, byk lg seat di luar sana. Ada yg jenis high chair punya. Tapi bazi tak survey sebab taknak guna yg high chair tu konon nya makan space hehehhe n susah nk bwk ke mana-mana..

Rasa2 korang mana yg Maryam dapat? Yg mahal tu ke? Hihihi.
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaaa, Maryam bergaya di kerusi baru hehehe. Kitorng belikan Fisher Price Booster Seat utk Nur Maryam Safiyya. Kami dapat harga yg berpatutan. Dapatlah jumpa yg harga RM160.. sorry ye, bukan nak show off harga ye tapi nak sharing saja k. siapa yang berminat nak tahu bazi beli dari siap boleh lah msg bazi  :)

Ok, cukuplah utk hari ni hehehe.

Have a nice day korang.

Wednesday, June 5, 2013

Set Wanita Hamil Shaklee





[Fungsi Setiap Vitamin]

 Vita-lea Iron Formula: Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan sel darah merah jadi inshaa ALLAH boleh membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


 B complex: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein. Bertindak sebagai anti stress, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


 Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh


 Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.


 Energizing Soy Protein: Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sgt penting dalam pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi tenaga.


 Omega Guard : Wanita mengandung dianjurkan untuk mengambil sekurang2nya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan untuk proses melihat dan berfikir).


Best tak? hehehe. Meh tgk testimoni pengguna sikit k :)




Dapatkan badan yg sihat sepanjang tempoh kehamilan ye mommy-to-be semua :)


Bakal-bakal Ibu, bakal-bakal ayah yang berminat boleh contact bazi k..


SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

Template by BloggerCandy.com