Thursday, February 14, 2013

Review Breastfeeding Set Shaklee/ Set Penyusuan Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Apa khabar semua? Saya baik dan sihat tapi mood utk bekerja ke laut akibat cuti lama raya cina ni hehehe. Hari ini nak share atau review pasal set penyusuan shaklee. Ni kira nya testimoni dari saya sendiri :)

Mari mulakan dengan macamana saya mula mengamalkan shaklee ni. Pertengahan Disember 2012, saya dah berkira-kira nk membuat EBM stok buat si kecil maryam. Masa pantang daku bersenang lenang, langsung tak mengepam susu. Haha. Kurang ilmu dan miss malas jgk sket2 kot hehehe. bila lagi 2mggu nak mula keje, barulah kelam kabut nk pam susu. Alhamdulillah semenjak bersalinkan Maryam, saya mmg tiada masalah pengeluaran susu tapi yelah bila masa pantang susu melimpah2 buang gitu jer, automatic otak kita fikir baby perlukan sket jer susu. Jadinya bila saya mengepam utk buat stok, dapat 2 oz jer, kadang2 dptlah 3 oz dan ibu saya kata susu saya kelihatan cair.. masa tuh rasa frust sgt. Jadinya mula lah google sana sini mencari penyelesaian.

Alhamdulillah saya bertemu dengan SHAKLEE (senyummmm lebar) hehehe.Saya mencuba shaklee lepas byk baca positif feedback dari pengguna lain. Pada saya, apa salahnya mencuba produk ni sbb selain niat saya utk perbanyakkan stok susu Maryam mungkin saya juga boleh dpt tubuh badan yg sihat dengan mengamalkan Shaklee. Sbb bila ada baby, jadual tidur terganggu, cepat letih, emosi pon mudah terganggu.

Bila set penyusuan tuh sampai je rumah, mmg saya terus cuba hahahaha. Masa tuh rasa terdesak sgt nk buat stok. Pada saya, biarlah saya mencuab apa yg saya mampu lakukan demi nk menyusukan maryam dengan susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Doakan saya berjaya ye kwn2..

Syukur ke hadrat ilahi, tak berapa lama selepas mengamalkan set penyusuan ni saya berjaya mengepam 5oz sekali pam, dan semakin hari semakin meningkat ke 6 oz, 7 oz, 10 oz dan penah jgk dpt 13 oz, dan susu juga bertambah pekat!.Dalam sehari saya boleh dapat lebih 20 oz..Mungkin ada yang pernah dpt lebih banyak dari ni, tp bagi saya ini dah cukup menggembirakan saya. Yeayyyy!


Badan pon rasa lebih sihat, lebih bertenaga.stress pon dpt dikurangkan sebab dalam set penyusuan ni terkandung B-complex.. B complex ni terkenal sebagai anti-depress. Xdelah ibu2 lepas bersalin meroyan hihihi. Nanti next entry saya akan ceritakan fungsi setiap vitamin yang saya makan..

Terus jadi ahli shaklee. Sebab saya jadi ahli memulanya adalah utk mendapatkan harga ahli sebab saya sendiri nak guna kan :) tapi sambil2 tuh saya ingin menambah pendapatan sendiri dan keluarga. Mudah-mudahan :)

Jadi pada sesiapa yang berminat nak mencuba set penyusuan shaklee ni boleh la hubungi saya. Saya akan cuba bantu sedaya upaya dan cuba bagi pendapat set yang mana yang sesuai buat anda. Nak set basic ke, nak set 3M yang macam saya guna ke, nak trial pack ke. In sha ALLAH semua ada hehehe. Macamana nak hubungi :

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




2 comments:

safurara said...

wow bangga sgt dgn bazi =)

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam bazi..
ermm..bagus ni.. :)

 

Template by BloggerCandy.com