Thursday, June 6, 2013

Baby Chair Pilihan Hati


Bila maryam dah mula makan, ummi nye ni mula lah beriye-iye survey kerusi untuk si kenit duduk. Kunun nye lagi selesa dan praktikal dan beradap duduk di kerusi (hahaaktuihhh). Yelah takdelah anak dara bazi tuh terkangkang2 duduk kt simen kan (alasan nk sedapkan hati sendiri hahahha) Padahal boleh jer bg Maryam mkn sambil pegang dia atau duduk kan die kat fisher price rocker tuh. Ini semua nafsu ummi utk membeli, abi iyooo kana je lahh hihihi..Xpelah bila dah beli ummi akan pastikan baby chair tuh akan di guna kan sebaik mungkin, semaksima yg mungkin! Yezzzaaaa~

Jadi bulan lepas bersurvey-survey lah kami suami isteri mencari baby chair yg sesuai. Yg sesuai bagi kami mksdnye mesra poket kami, mesra pengguna (boleh di guna pakai lama), dan praktikal. Cari punya cari memang banyak rupanye baby seat/baby chair/ booster seat utk baby ni. Apa yang penting duit jelah kena ado.


BUMBO SEAT


Bumbo seat ni memang comey. Boleh beli dengan tray jugak. Warna pon menarik, memang warna yg ceria2 sesuai utk si kecil..Bumbo seat ni boleh di gunakan bila mana baby dah boleh control their own head. Takdelah kepala anak tuh terkulai2 je nnti kan. Tapi org2 tua ckp x baik dudukkan anak selagi die x boleh duduk dengan sendiri nye. Sbb tulang die tak kuat lagi. Maybe ada benarnya. Tapi sekejap xpelah, utk train die hehehe. Kelebihan bumbo seat ni adalah mudah di bersihkan,portable, ringan, cantik, menarik dan debomm. Tapi kekurangan nya tak boleh guna kt high surface (tanpa pengawasan org dewasa lah k), rasa nya baby x boleh duduk lama dlm tuh, dan kekurangan yang paling ketara bagi kami suami isteri adalah harganya yg mahal hahaha. Kalau ikut yg kami survey harga memang RM190 ke atas. Hmmmmm~

ANBEBE BABY SEAT



Lebih kurang sama je ngan Bumbo seat Cuma slightly cheaper tapi still mahal bagi kami wahahaha (siapa kata engineer gaji besar? Hahaha. Engineer pon kuli juge mihmihmih)


FISHER PRICE BOOSTER SEAT


Booster seat ni pon ok, boleh guna lama. Ada tray, ada seat belt lagi hihihi. Kelebihan lain adalah warna menarik juga ada combination color biru hijau krim. Dan ada juga color maroon tp rsnye kebykkan yg dijual kt mesia ni adalah color biru hijau tuh. Booster seat ni foldable jadi boleh bwk ke mana saja yg korang suka :) boleh guna di high surface, ada height adjustment, ada adjustment ikut kegemukan perut baby hihihi. Kelebihan lain adalah ringan dan harganya adalah ada mahal ada murah. Maknanya korang kena rajin survey. Kalau kt giant atau jusco booster seat ni boleh cecah RM200.. Maximum weight adalah 23 kg (mcm berat ummi Maryam masa sekolah rendah jer hihihi)

Ok, byk lg seat di luar sana. Ada yg jenis high chair punya. Tapi bazi tak survey sebab taknak guna yg high chair tu konon nya makan space hehehhe n susah nk bwk ke mana-mana..

Rasa2 korang mana yg Maryam dapat? Yg mahal tu ke? Hihihi.
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaaa, Maryam bergaya di kerusi baru hehehe. Kitorng belikan Fisher Price Booster Seat utk Nur Maryam Safiyya. Kami dapat harga yg berpatutan. Dapatlah jumpa yg harga RM160.. sorry ye, bukan nak show off harga ye tapi nak sharing saja k. siapa yang berminat nak tahu bazi beli dari siap boleh lah msg bazi  :)

Ok, cukuplah utk hari ni hehehe.

Have a nice day korang.

Wednesday, June 5, 2013

Set Wanita Hamil Shaklee





[Fungsi Setiap Vitamin]

 Vita-lea Iron Formula: Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan sel darah merah jadi inshaa ALLAH boleh membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


 B complex: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein. Bertindak sebagai anti stress, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


 Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh


 Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.


 Energizing Soy Protein: Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sgt penting dalam pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi tenaga.


 Omega Guard : Wanita mengandung dianjurkan untuk mengambil sekurang2nya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan untuk proses melihat dan berfikir).


Best tak? hehehe. Meh tgk testimoni pengguna sikit k :)




Dapatkan badan yg sihat sepanjang tempoh kehamilan ye mommy-to-be semua :)


Bakal-bakal Ibu, bakal-bakal ayah yang berminat boleh contact bazi k..


SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, May 22, 2013

Buat Homemade Solid Food Utk Baby, Tugas Siapa?


Ibu ibu bapa bapa luar sana, siapa yg selalu buatkan solid food utk baby memasing? Mesti kebykkan nya golongan kaum mommy2 yang buat kan.


Dalam kes bazi, my superhusben yang buat hahahha. Isteri nye pemaleh! Aipppp saya sorg je boleh ckp diri sendiri pemalas, org lain a bigggggggg NO!! :D

Tapi idakler bazi lepas tangan. Cuma kebiasaannya tugas bazi dalam penyediaan solid food utk cik Maryam safiyya ni ialah bersihkan segala kekotoran buah dan sayur, potong2, cincang2, basuh dan kukus…..selesai saja kukus terus hand over kt suami a.k.a abi Maryam hehehehe..Suami mmg expert dalam hal memblender ni (puji puji sikit supaya suami akan terus rajin buat haahha)…tapi hati kecil saya berkata suami tak bagi sy yang blend sbb sy dah buat rosak baby bullet blender punya motor! Hahahha. Maybe sbb sy ganas sgt kot. Masa tuh baru guna dlm 2 atau 3 kali..memula tuh suami guna mmg ok, tapi bila ummi Maryam dah start blend kan makanan Maryam smpi kuar2 api di buatnya dekat motor baby bullet tuh uolss :) bau hangus terus masa tuh tp buat muka tak bersalah kt suami hehehe. Agknye sbb tu lah die x kasi bazi yg blend.. Boleh aje nk blend tp suami offer diri nk tolong. Thanks suami. I promise not to be singa anymore whenever I’m hungreyyyyy :D

Ohhh,motor baby bullet blender tuh dah antar semula kt tokey die utk dpt new replacement sbb still dlm warranty mihmihmihmih……

Conclusion nye, korang guna lah blender ganas2 supaya nnti suami akan risau nk benarkan korg guna blender hahaha.. Ok abaikan cadangan sgt bernas nih. Make sure hati2 ketika guna barang elektrik k :)


MODE : Tengah pikir nk bagi cik Maryam mkn apa lg ni..idea? idea?

Thursday, May 2, 2013

Puree Carrot, Solid Food Pertama Nur Maryam Safiyya



Assalamualaikum dan hello buat semua,

Panjang bebenor tajuk nye haha. saja buat panjang2 sbb tengah rajin dan tengah mengantuk kira data.phewwwww... kerja kerja kerja. bosan sebenarnya kerja. Nak sambung master. ngehngehngeh...
Ok, abaikan bebelan bazi ya. Berbalik pada topik asal, baby ku sudah makan solid food sebagai makanan tambahan yeayyyy! Dah start bagi maryam makan solid food masa umur dia 5 bulan 3 minggu 4 hari...wahhhh very the detail hahaha. haruslah bila jadi mommy mestilah tahu dan ingat semua ni haha..Awal ke bazi bagi? Ntah, sebenarnya bukan nak bagi lagi tapi sangat kasihan bila tengok maryam pandang ummi ngan abi makan. Pandangan dia tuh menusuk kalbu. Cara dia pandang macam nak cakap "ummi abi bagi lah saya makan shedap2 jugak, asyik ummi abi je melantak semua. lagi2 abi. abi makan oreo, abi makan buah epal, abi makan potato chips. abi tak bagi saya ponnnnnn" . Bazi bayangkan lah maryam nak cakap camtu hihihi. Jadi bazi n suami pon decide bagilah maryam makan.lagipon memang dia dah nak 6 bulan. beza beberapa hari apa lah sangat kan :)

Jadi, solid food pertama maryam ialah Puree Carrot di tambah dengan susu ummi yang lemak berkrim..Ummi n abi seronok prepare puree. Dengan bantuan baby bullet blender hihihi. Yesss, beli jgak baby bullet blender ni hihihi. Dapat beli dengan harga RM138. ni lah yang paling murah bazi dapat..

Apa reaksi maryam bila dapat makan? die menolak ke? ke suka? alhamdulillah, maryam safiyya sangat sukaaaa! bila nak lap mulut dia nganga2 dia macam kita nak suapkan makanan hahaha..Dan abes dia makan. alhamdulillah tak menolak rezeki dan tak membazir anak kami ni hihihi..

Nah, tataplah gambar si comot ni hihihi..


Ok, jumpa lagi di entry yang lain \O/

Tuesday, April 23, 2013

Set Pantang Shaklee Boleh di Kongsi Bersama Suami



Set berpantang boleh kongsi dengan suami? biar betul ni? hahaha betul lah apa pula tak betulnya. kenapa boleh berkongsi? sebab set pantang shaklee bukan berasaskan jamu2 sebaliknya vitamin2 asas yang sememangnya di perlukan oleh badan. Ok ke berpantang tak guna jamu? Walaupun shaklee menawarkan set berpantang yang takde menggunakan jamu langsung tapi keberkesanan nya dalam memberi tenaga, mempercepatkan pemulihan luka sangat mengkagumkan. itulah sebabnya ramai ibu-ibu di luar sana yang memilih untuk menggunakan set berpantang shaklee ni. Memang hangat di pasaran uolls :) Jadi bakal-bakal ibu di luar sana jangan takut2 nak mencuba set pantang shaklee ni ok, jangan ketinggalan untuk mencuba set hangat ini. Meh tgk testimoni pengguna ye :)








Teruja? hehe....


Back to the topic, apa lagi kelebihan selain boleh berkongsi dengan suami tersayang. Antara kelebihan set berpantang ini ialah :
- Tiada kesan panas pada bayi
- Selamat di ambil sejurus selepas melahirkan. Keluar je labor room boleh telan terus hihihi
- Melancarkan pengeluaran susu ibu
- Boleh di ambil ibu yang bersalin normal mahupun cser
- Membantu ibu untuk lebih sihat dan cergas
- Zinc bertindak seperti ikan haruan yang mana membantu pulihkan luka luar dan dalam (siapa yang tak suka n geli2 ngan ikan haruan tu mmg baguslah amik zinc nih hehehe)
- Selepas habis pantang masih boleh consume vitamins



 Ok, meh tgk pula kelebihan setiap vitamin dalam set pantang ni..
1. Vita-lea
  • zat besi dalam vitalea membantu penghasilan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa kelahiran.
  • membekalkan 23 jenis vitamin kepada badan kerana ibu berpantang sukar mendapat vitamin dalam pemakanan 
  • Memberi tenaga kepada ibu sekaligus mengelakkan muka daripada kelihatan pucat dan tidak bermaya
2. B-complex
  • vitamin anti stress, jadi mengelakkan ibu-ibu dariapda meroyan 
  • berupaya meningkatkan penghasilan sel darah merah dan menukarkan makanan menjadi tenaga
  • memlihara kecantikan kulit kerana bcomplex boleh melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh
3. Chewable C
  • 1 bji chewable c 100mg bersamaan dengan 1 1/2 bji orange. jadi ia penting untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak 
  • vitamin c juga penting untuk pembinaan kolagen dan ekcantikan kulit
4. Zink
  • sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
  • fungsi ikan haruan yang biasa diambil oelh ibu berpantang adalah sama dengan zink, bezanya ikan haruan sedikit mahal..tapi sebotol zink (120 bji) tidak sampai rm40
  • zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas kelahiran
Dah teruja belum??? Jadikan set berpantang shaklee sesuatu yang harus di miliki sekarang :)
Berminat, boleh contact bazi k :)
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, April 19, 2013

Sarang Labah-Labah



Dah penuh sarang labah-labah blog nih hahaha. Rasa dah lama x berblogging dan berkunjung ke blog kwn2..busy ngan si kenit and kerja opis. sibuk memanjang, ahhhh dunia semua ni!......nnti kemudian bazi update cerita terbaru dan inshaa ALLAH akan menjenguk anda semua. teruskan memikat! eh tetibeeee hahah. (penangan cerita jodoh lerr ni)


Last but not least, perkenalkan ustajah Maryam hihihi



Have a nice day korang :)

Tuesday, April 2, 2013

My baby dah 5 bulan!


Little maryam dah 5 bulan arini.rasa cepat je masa berlalu.dan little maryam not so little anymore.ummi dah x larat nk dukung lelama huhuhu.sok g checkup.korang agak2 berapa berat maryam skrg?hehehe.masa 4 bulan aritu berat maryam 6.2kg,haaaa skrg berapa agknye?huhuhu.tinggi pon berapa agknye.. ;)

Dah 5 bulan ni menandakan tinggal sebulan je lagi utk maryam exclusive breastfeeding dgn ummi.pasni dah boleh mkn puree.harap2 ummi rajen buat puree heeeee :D

Ok,wish maryam happy birthday 5 bulan ye semua.ummi plak lelebih muahaahahahaa..

Have a nice day semua ♥♥

 

Template by BloggerCandy.com