Showing posts with label Breastfeeding Set Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding Set Shaklee. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Minyak Ikan Bantu Turunkan Berat Badan


Korang tak salah baca. Mmg betul minyak ikan memang boleh membantu sesiapa yang nak turunkan berat badan tu.

Ianya adalah sebab kandungan asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa kita bersenam. Asid lemak Omega 3 ni turut membantu dalam meransang enzim yang berperanan dalam PENYINGKIRAN LEMAK agar lemak ni dapat dimanfaatkan untuk tenaga.


Suplemen minyak ikan OMEGA 3 menjadi salah satu suplemen semulajadi yang efektif untuk membantu penurunan berat badan jika digabungkan dengan senaman. Jangan lah melantak makan macam berpuluh hari tak makan ok. Cover-cover sikit keMACHOAN dan keJELITAAN tu hehe


Ok, mana nak dapat minyak ikan ni? Tentulah dari SHAKLEE!

Mesti korang nak kata banyak lagi minyak ikan jenama lain kan? Kan? Ok jom tengok gambar bawah ni kenapa korang PATUT memilih minyak ikan a.k.a OMEGA GUARD keluaran Shaklee.




Dah nampak kan perbezaan nya? Yer, kandungan DHA dan EPA di dalam omega guard Shaklee adalah lebih banyak berbanding minyak ikan keluaran jenama lain.

Jadi, jadilah PENGGUNA YANG BIJAK. Bukan setakat buat perbandingan harga, bandingkan juga kualiti sesuatu produk dan kuantiti nya.

Nak tahu harga yang saya tawarkan untuk sebotol Omega Guard ini? Jemput whatsapp saya segera :)


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, December 27, 2013

Demand vs Supply dan apa kaitan nya dengan set penyusuan Shaklee


Assalamualaikum..lama dah tak bersiaran. :) Arini nak sharing pasal penyusuan ibu sikit..


Alhamdulillah, maryam dah hampir setahun 2 bulan dan bermakna dah setahun dua bulan jugaklah saya consume SET PENYUSUAN SHAKLEE ni. Kalau sesiapa yang betul2 kenal diri saya, saya bukan lah jenis yang suka makan pil2 ni bagai tapi demi si kecil tuh saya gagahkan jugak :) Skrg mmg jatuh cinta gila dengan shaklee hehehe



Ramai yang tanya " betul ke lepas makan set menyusu shaklee ni susu badan akan bertambah?" Apa2 pon berbalik kepada prinsip asas penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY. Takde 'demand', 'supply' pon takde. 'demand' kurang 'supply' pon kurang..Dalam erti kata lain

1. Lagi banyak permintaan susu ibu, lagi banyak penghasilannya                                                                               
2. Lagi kerap 'stok lama' di keluarkan, lagi kerap 'stok baru' dihasilkan (bukan stok ebm ye, stok di badan kita ni)

Saya tertarik dengan satu artikel yang saya baca di intenet. Mengikut artikel tersebut :       
           
" Sistem penghasilan susu ibu oleh badan kita sebenarnya seperti satu operasi di kilang. Semasa permulaan operasi (di awal kelahiran), kilang tadi dalam fasa memerhati keperluan dan kehendak pasaran.Jadi masa inilah si ibu perlu menyusukan anak dengan kerap demi utk memberitahu kumpulan ‘marketing’ bahawa “pasaran dan keperluan utk susu ada, jadi automatiok badan kita akan menghasilkan susu bersesuaian dengan kehendak ‘pasaran’.

Semakin kerap penyusuan berlaku, makin banyaklah penghasilan susu ibu. Tapi kalau ibu sendiri tak gemar nak susukan anak dengan kerap n selalu biarkan ‘miss b’ penuh dengan susu, kadar penghasilan akan berkurang sebab kilang susu tadi dah kurang tempat penyimpanan susu. Akhirnya badan kita terima maklumat utk kurangkan penghasilan susu sebab demand dah kurang.

Jadi, para ibu penting ye untuk jaga konsep DEMAND vs SUPPLY ni :)

Jadi, bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu dalam penyusuan?

Pengambilan vitamin seperti vitamin C, b-complex, vitalea bertujuan untuk membantu si ibu kurang stress dan kurang letih kerana vitamin seperti b-complex membantu badan untuk mengekalkan tahap hormone kortisol dengan sihat. Hasilnya, si ibu masih mampu untuk cergas selepas bekerja seharian dan ini secara tak langsung bantu ibu-ibu untuk mengekalkan penghasilan susu buat si kecil tersayang :)

Berminat nak cuba set penyusuan? Meh contact bazi k. kita borak2 :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

Email : bazilahramly@gmail.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.           

Tuesday, July 9, 2013

Supplement Penting Buat Wanita Hamil, Wanita Menyusukan Anak Dan Buat Segenap Lapisan Masyarakat Di Bulan Ramadan




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua

Bagi semua kaum muslimin muslimat sekalian, bazi ingin memohon jutaan kemaafan andai ada tersalah kata terguris hati sepanjang mengenali anda semua di alam maya ini dan selamat menjalankan ibadah puasa untuk tahun ni. 

Pejam celik pejam celik dah tahun kedua menyambut puasa suami isteri. Tahun lepas berpuasa dengan mengendong maryam dalam perut jadi nye dapatlah berpuasa penuh hihihihi. Cabaran berpuasa ketika hamil amat hebat tetapi alhamdulillah berjaya di harungi dengan jaya nya. Di permudahkan urusan oleh ALLAH s.w.t... Tahun ni berpuasa dengan cabaran untuk menyusukan maryam. Risau jgk di hati ni. Yelah orang kata kuantiti susu akan drop, kalau susu tak drop kita sendiri pon keletihan.. Jadi apa agaknye persediaan ummi maryam ni ye? hehehe. 

Persediaan dari segi rohani inshaa ALLAH dah bersedia untuk menerima kehadiran ramadan bulan yg mulia. Moga bulan ramadan tahun ni dapat di manfaatkan dengan lebih banyak amalan rohani. Persediaan dari segi mental ? dari segi mental dah bersediaaaaa. Kena sentiasa berfikiran positif yang kita mampu menjalankan ibadah puasa tahun ni. Walaupun bazi di kategorikan dalam golongan wanita menyusukan anak yang di bolehkan berbuka puasa sekiranya risaukan anak, diri sendiri tak larat, risau susu kering tapi tentu lah nak juga dapat bertahan puasa hingga ke waktu berbuka kan. Jadi persediaan dari segi fizikal yang akan membantu persediaan mental adalah ini

............................................................................................................
............................................................................................................
............................................................................................................

Jeng Jeng Jeng

Set Mighty 3 Gems Shaklee

Yeayyyy, berpuasa dengan Shaklee tahun ni. Dalam set mighty 3 gems ni ada 3 produk iaitu Energizing Soy Protein, Mealshakes dan juga Performance Drink. Kena beli tiga-tiga ke bazi?? haaaaa, nak beli tiga-tiga lagi best hahaha. tapi kalau nak beli satu-satu ikut budget korang pon boleh. Tade masalah la semua tu hihi..

Jom baca apa yang produk-produk ni boleh bantu ketika puasa. Haruslah di ingatkan buakan bantu masa bulan puasa je ye, bulan-bulan tak puasa pon boleyyyy..


Performance drink 
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


Energizing Soy Protein (ESP) 
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga.
  • Memberikan rasa kenyang. 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.


MealShakes
  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Dalam bahasa rakyat yang mudah di fahami adalah, set mighty 3 gems ni membantu mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa, membantu meningkatkan tahap kepekaan dan tumpuan, memelihara kesihatan secara menyeluruh dan buat pesakit gastrik ini adalah berita baik buat korang! hehehe. ESP memang sangat2 membantu korang deal dengan gastrik..

Jom tengok sikit testimoni pengguna shaklee yang sangat sangat berpuas hati dengan apa yang mereka amalkan









Jadi apa persediaan korang? 


Berminat nak mencuba produk2 ni boleh contact bazi k.


SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Akhir kata SELAMAT BERPUASA KAWAN_KAWAN :)


Saturday, March 23, 2013

Set Penyusuan Shaklee : Kelebihan dan kebaikan Set Penyusuan Shaklee


Alhamdulillah perjalanan penyusuan Maryam masih di permudahkan. Maryam masih kenyang dengan susu umi :) Rezeki maryam, berkat doa usaha, usaha dan usaha. Tak usaha mana nak dapat hasil ye dak? :)

Ok, seperti yang semua sedia maklum bazi mengambil supplemet shaklee dengan niat untuk memperbanyakkan susu, memperkayakan susu ibu yang sememangnya kaya dengan khasiat, dan untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Badan kita ni nak pakai lama kan. nak berkhidmat untuk suami lagi, nak jaga anak lagi, kerja kt office lagi. Jadi supplement shaklee ni sangat membantu. Apa yang bazi amalkan setiap hari ialah alfalfa, bcomplex, vitalea, ostematrix, lecithin, ESP dan omega..

Mari ketahui perbezaan set-set penyusuan yang ada dan kelebihan supplement ini :)

Set 1










Set 1 ini ialah untuk ibu yang tiada masalah kritikal dlm penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu yang sudah semulajadi kaya dgn khasiat..dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu , juga membantu masalah keputihan,lawas,bau badan, angin.


Set 2 










Set ini lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar

Set 3









Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Jadi anda bagaimana? Perlu supplemet atau tidak?  Kalau anda rasa anda tidak perlukan supplement, anda-anda, kamu-kamu haruslah memperlengkapkan sajian harian dengan kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan keperluan tubuh kita sebagai seorang ibu dan isteri dan juga tentunya untuk anak. Jika anda rasa tidak boleh menyediakan kesemua vitamin yang di perlukan pikir-pikirkan semula ye . bak kata sahabat kak cery "kita taknaklah nnt kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang…, kulit kusam , nampak tua dari umur, tak bermaya, lesu…dan banyak lagi…"


Fikir baik2 ya :)

Berminat untuk mendapatkan full pack mahupun trial pack, ada pertanyaan? ingin konsultasi? boleh hubungi bazi ye :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Thursday, March 21, 2013

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DAN ATASINYA DENGAN OSTEMATRIX



Sembelit lepas bersalin? Pada bazi sembelit lepas bersalin memang menyeramkan.eeee tak nak pikir hahaha sbb terasa ngilu-ngilu plak :D Okeylah, scroll bawah ye :)

________________________________________________________________

Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. Fahami masalah ini lebih lanjut dalam artikel seterusnya.

Sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku. Selain daripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.

a. Jumlah progesteron yang tinggi mungkin menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.


b. Sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran. 


c. Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.


d. Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.


e. Kelahiran anak kedua dan seterusnya.


f. Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.


g. Mendapat jahitan pada luka.

Cara mengatasi sembelit?

1. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).

2. Menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.

3. Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.

4. Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.

5. Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

6. Menolak dan meneran tidak akan membantu masalah sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda.

7. Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

8. Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.


Sumber : Pa&Ma


Jadi bagi mengatasi masalah sembelit, ostematrix ada penyelesaiannya in shaa ALLAH :)

Antara kebaikan ostematrix ialah :

(1) Tidur malam lebih lena

(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan

(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas

(4) Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya

(5) Badan lebih bertenaga apabila bangun pagi



katakan bye2 pada sembelit !
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk promosi ostematrix berakhir. Hubungi bazi untuk mendapatkan harga runtuh ostematrix. Berbaloi-baloi :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Friday, February 22, 2013

SALAH FAHAM TENTANG KONSEP BREASTFEEDING & SET PENYUSUAN SHAKLEE :)





Salam semua. Salam jumaat, penghulu segala hari.

Hari ni bazi nk share dengan apa yang bazi baca di internet tentang salahfaham tentang penyusuan yang kerap kali membawa kepada punca major kegagalan dalam penyusuan susu ibu kepada anak. Mari baca. Ilmu yang bermanfaat buka para ibu, dan bakal ibu di luar sana.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu:

1- Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.

2- Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - disebabkan sakit dan badan masih lemah disebabkan ubat yg banyk,menyebabkan susu kurang dan tiada..Sepatutnye prepare vit atau set bersalin yg mampu menyegarkan badan.bile bdn sihat dan segar,penghasilan susu mnjdi mudah,bnyk dan berkualiti.

3- Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.

4- Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut.

5- Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Tiada alasan jika kite mmg niat utk susukan ank dari mula lagi.Sebelum melahirkan,boleh smpan duit sket2 utk beli brg2 penyusuan.malah sekarang ade je pam manual serendah rm100.atau boleh bljr mermet untuk 'mengepam' susu.TIADA ALASAN UTK BERJAYA.

6- Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah dan belajar cara2 mengatasinya di internet.

7- Baby tak pandai nak latching sejak kecik - practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.jgn mudah mengalah.usaha dan doa padaNya.

8- Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.

9- Anak dah biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch. Pendapat bazi : boleh try NUK nye puting sbb puting lembut dan di hasilkan mirip puting para ibu.

10- Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu.

11- Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan.

12- Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa sebab ini melibatkan ATTITUDE..

13- Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.

14- Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.ianye membantu penghasilan susu dngn cepat..namun ade je natural produk.cthnye kurma,barli,pegaga etc

15- Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la hihihihi

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Sumber : babyshop.com

Siapa nak set penyusuan shaklee? Angkat tangan tinggi2 hehehe. sambil sharing sambil promosi.ecehhh hehehe.

JANGAN MENCIPTA ALASAN.ORANG YANG SUKA BAGI ALASAN TANPA MENCARI ILMU ADALAH ORANG YANG SELALU GAGAL. JANGAN MUDAH PUTUS ASA YE KAWAN-KAWAN :)


USAHA+DOA+TAWAKAL=BERJAYA.

Dalam penyusuan memang banyak cabaran. bazi sendiri pon mengalami banyak cabaran. Tapi apa yang penting kerjasama! Hehehe. apa yang penting, sabar, usaha bykkan berdoa pada-Nya insha ALLAH kita akan berjaya. Yeayyyeaayyyy

Kekurangan budget, boleh hubungi bazi untuk penyelesaiannya.


FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Thursday, February 14, 2013

Review Breastfeeding Set Shaklee/ Set Penyusuan Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Apa khabar semua? Saya baik dan sihat tapi mood utk bekerja ke laut akibat cuti lama raya cina ni hehehe. Hari ini nak share atau review pasal set penyusuan shaklee. Ni kira nya testimoni dari saya sendiri :)

Mari mulakan dengan macamana saya mula mengamalkan shaklee ni. Pertengahan Disember 2012, saya dah berkira-kira nk membuat EBM stok buat si kecil maryam. Masa pantang daku bersenang lenang, langsung tak mengepam susu. Haha. Kurang ilmu dan miss malas jgk sket2 kot hehehe. bila lagi 2mggu nak mula keje, barulah kelam kabut nk pam susu. Alhamdulillah semenjak bersalinkan Maryam, saya mmg tiada masalah pengeluaran susu tapi yelah bila masa pantang susu melimpah2 buang gitu jer, automatic otak kita fikir baby perlukan sket jer susu. Jadinya bila saya mengepam utk buat stok, dapat 2 oz jer, kadang2 dptlah 3 oz dan ibu saya kata susu saya kelihatan cair.. masa tuh rasa frust sgt. Jadinya mula lah google sana sini mencari penyelesaian.

Alhamdulillah saya bertemu dengan SHAKLEE (senyummmm lebar) hehehe.Saya mencuba shaklee lepas byk baca positif feedback dari pengguna lain. Pada saya, apa salahnya mencuba produk ni sbb selain niat saya utk perbanyakkan stok susu Maryam mungkin saya juga boleh dpt tubuh badan yg sihat dengan mengamalkan Shaklee. Sbb bila ada baby, jadual tidur terganggu, cepat letih, emosi pon mudah terganggu.

Bila set penyusuan tuh sampai je rumah, mmg saya terus cuba hahahaha. Masa tuh rasa terdesak sgt nk buat stok. Pada saya, biarlah saya mencuab apa yg saya mampu lakukan demi nk menyusukan maryam dengan susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Doakan saya berjaya ye kwn2..

Syukur ke hadrat ilahi, tak berapa lama selepas mengamalkan set penyusuan ni saya berjaya mengepam 5oz sekali pam, dan semakin hari semakin meningkat ke 6 oz, 7 oz, 10 oz dan penah jgk dpt 13 oz, dan susu juga bertambah pekat!.Dalam sehari saya boleh dapat lebih 20 oz..Mungkin ada yang pernah dpt lebih banyak dari ni, tp bagi saya ini dah cukup menggembirakan saya. Yeayyyy!


Badan pon rasa lebih sihat, lebih bertenaga.stress pon dpt dikurangkan sebab dalam set penyusuan ni terkandung B-complex.. B complex ni terkenal sebagai anti-depress. Xdelah ibu2 lepas bersalin meroyan hihihi. Nanti next entry saya akan ceritakan fungsi setiap vitamin yang saya makan..

Terus jadi ahli shaklee. Sebab saya jadi ahli memulanya adalah utk mendapatkan harga ahli sebab saya sendiri nak guna kan :) tapi sambil2 tuh saya ingin menambah pendapatan sendiri dan keluarga. Mudah-mudahan :)

Jadi pada sesiapa yang berminat nak mencuba set penyusuan shaklee ni boleh la hubungi saya. Saya akan cuba bantu sedaya upaya dan cuba bagi pendapat set yang mana yang sesuai buat anda. Nak set basic ke, nak set 3M yang macam saya guna ke, nak trial pack ke. In sha ALLAH semua ada hehehe. Macamana nak hubungi :

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




 

Template by BloggerCandy.com