Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Debaran 38 Minggu 3 Hari.


Alhamdulillah, umur kandungan menghampiri ke 39 minggu. Baby masih lena, masih selesa di dalam. Takpe baby, selesakan diri mu :). Ummi, abi dan kakak Maryam akan tunggu dengan sabar.

Semalam ada satu cerita, konon macam berdebar sikit tapi takde apa lah sebenarnye haha. Gimik je. Gimik sampai ummi sendiri terperanjat haha.


Nak dijadikan cerita semalam kami 3 beranak pergi ke Giant membeli barang-barang rumah. Agak lama jugak kot di Giant, selepas ke Giant menyinggah plak kedai Syed Maju sebab ummi mengidam MI GORENG MAMAK. Ya ALLAH, makin nak bersalin makin mengada-ngada kan? Hahaha. padahal sebelum ni bukan lah suka sangat makan kedai mamak -__-

Lepas makan, laju2 balik rumah sebab nak mengemas barang suami (suami nak pulang ke Kelantan hari ni inshaa ALLAH). Ummi mcm biasa pangku kakak Maryam sebab kakak Maryam mmg suka duduk kt pangkuan ummi sambil tolak2 perut ummi huhu. Keluar je dari kereta terasa kain basah, basah yang banyak.

Tunjuk dengan abi. Air ketuban ke ni? Eh pelik. Nape saya tak rasa pape. Air ketuban kan panas, pastu ‘spender’ tak basah pon hahahahahaha. Eh termangu-mangu plak kt situ. Maryam dh buat muka PELIK.

Terus pandang Maryam. “MARYAM KENCINGGGGG YE?? “ hahahaha

Rupanye Maryam kencing wehhhh. Pampers dia dah penuh sebab ktorg keluar rumah lama sangat n xde bawak pampers spare dlm kereta hahaha.

Ceh Maryam, saja nak buat ummi dan abi suspen hihihi.


Nota kaki : Baby jgn keluar sekarang k. Kita tunggu abi balik dari Kelantan ok :)

Friday, November 21, 2014

Rasa nak pergi bercuti….


Cuti sekolah dah bermula, rasa nak pergi bercuti je bawak Maryam jalan-jalan..wah wahhh cakap macam Maryam dah bersekolah jer hihihi. Ummi nye yg lebih-lebih nak pegi bercuti sebenarnya. At least kalau ada rezeki nak pergi bercuti sebelum bersalin. Weeewuuu!


Suka tidur hotel. Lagi-lagi kalau bilik tu ada king size katil. Wahhhh heaven! Haha. Ada bath tub pon best.

Mana nak pergi ye? Hujung-hujung tahun macam ni musim hujan pon dah tiba, plan nak ke pantai kita tunda dulu. Nak pergi ke Cameron risau jugak kang banjir sana.

Survey mode on! :)

Selamat bercuti sekolah pada semua guru-guru dan budak-budak sekolah :)

Wednesday, October 1, 2014

Mengenang Memori Zaman Bercinta Di PKNS Shah Alam


Wah, kemain panjang tajuk hahaha. Padahal nak cerita pasal kami suami isteri berjalan-jalan di PKNS Shah Alam ahad lepas. Ambil peluang sekali sekala datang Shah Alam utk mengenang memori indah weeehuuu. Lagi plak Cik Maryam kita tak ikut bersama, lagi lah ummi abi macam org baru berkahwin hihi.

Kami saja jalan-jalan di PKNS, nak tgk apa yang masih kekal, apa yang dah berubah. Dah banyak perubahan sejak 2010 saya meninggalkan Shah Alam. Dolu 4 tahun belajar di UiTM Shah Alam, memang PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC tu mmg kawasan saya la tuh. Kemain kawasan kannn haha. Situ lah tmpt shopping makanan minuman dan sekali tok nenek lain. Itu tempat DATING kami jgk hahaha.

Jalan-jalan aritu tgk PKNS dah ada ayam penyet, dah ada Subway (fuiyooooo). Kedai komik kami masih ada lagi.. Eh pasaraya Sri Kota tu dah tutup ke? Ke masa kami pergi je tutup hahaha.

Anyway, takde gambar nk tunjuk, sebab teruja berdating hahaha. Sekali sekala berjalan macam orang baru kawen ni BEST. Tapi teringat jugak kat anak huhu. Cita-cita nak makan ABC kat Seksyen 2 tak kesampaian sebab dah rindu anak hahaha. next time maybe :)

Korang pergi berjalan dengan suami di mana? hehehe

Monday, October 7, 2013

The Internship


Semenjak Nur Maryam Safiyya lahir ke dunia, ummi abi tgk wayang di rumah aje hehehe. nak tgk wayang kt cinema kena tggu maryam besar sikit... eh ada sekali ktorg g tgk kt wayang. tgk IRON MAN.. anak tinggal umah uwan nye kejap hahaha.. Tapi itu sekali je lah, sbb asyik terigt anak je masa tgk wayang -_-

Latest cerita yang kitorg tengok ialah THE INTERNSHIP. Cerita ni mengenai dua org sahabat yang dah di berhentikan kerja sebab company dorg bankrup. Pastu dorang apply utk wat internship kt GOOGLE dan di terima! Cite ni memang lawak dan best lah. Cite xde lah komplikated sgt. Cuba lah korang download and tengok. Dalam ramai2 interns dorang ni lah yg paling tua hihihi.



G lah download skrg huhuhu (^^,)



Wednesday, June 12, 2013

Azam Baru


Walaaaawehhh dah masuk 2nd quarter 2013 baru nak cerita pasal azam hihi. Takpelah, biar lah lambat asal ada jgk :D

# Nak update resume. (update resume pon memerlukan azam ke? Hahaha. Perlu okehhh sbb bab2 nk update ni bazi memang malas)

# Next step kalau berjaya update resume adalah survey2 tempat kerja baru. Alamakkkk,ada ke org opis baca blog ni? Hahahaa. Kalau ada senyap2 sudeyy. Kerja sini seronok, orang2 nya pon friendly n gila2, kerja tak stress tapi ntah rasa nak perubahan. Nak rasa new environment. 3 tahun kat sini rasa nya dah cukup lama.

# Nak rajin masak untuk suami. Bukan hanya rajin untuk Maryam. Suami dah jeles sbb asyik buat makanan Maryam je hihihi. Inshaa Allah incik suami, demi mu walau letih puan isteri akan cuba jugak masak. (Aritu masak terlampau pedas smpi diri sendiri nk mkn byk pon tak mampu tapi incik suami makan byk jgk….terharu (bergenang air mata plakk sob sob sob)

# Nak rajin lipat baju. Baju kering sumbat dalam bakul terus, sampai menggunung dalam bakul. Tak tahu lah nape malas di tahap gorgonnn. Mood melipat hanya datang dengan bantuan/suntikan semangat dari suami.. Suami puji sikit, peluk sikit, cium sikit baru nk lipat baju ! hahaha. Tah ape lah penyakit ni. Hormon kawan kawan. Hormon. Salahkan hormon

# Hujung tahun ni nak target income 4 angka dari Shaklee.Wah, DREAM BIG! Hehehe..TIADA YANG MUSTAHIL

# Nak jadi isteri, ummi, anak yang terbaik.

Hmmmm, cukuplah 6 jer dulu. Oklah have a nice day korang. Oh Please doakan azam bazi ni terlaksana oke . thanks!

Thursday, February 7, 2013

NeuroGain ke Omega Guard Dari Shaklee Untuk Ibu Mengandung/Menyusu?


Mana satu pilihan anda?
Pilihan saya semasa mengandungkan si kecil Maryam Safiyya adalah NeuroGain PB
Masa tuh x tahu menahu langsung pasal Shaklee
NeuroGain pulak nasib baik lah ada biras n mak mertua yang cadangkan hehehe

Apa penting sangat neurogain atau omega guard dari Shaklee ni kepada ibu megandung/ ibu yang menyusukan anak? Meh story mori sket.

Ibu yang mengandung dan menyusukan anak pastinya mahukan yang terbaik buat anak. Kita mahukan anak yang sempurna sifatnya, baik budi pekertinya, serta cerdas pemikirannya. Ibu mengandung di sarankan memberi bekalan rohani kepada anak di dalam kandungan dengan sentiasa mengalunkan bacaan-bacaan ayat Al-Quran. Selain bekalan rohani, ibu hamil juga ingin melengkapkan nutrien bagi membantu perkembangan otak bayi. Bab pemakanan memang di titik beratkan. Ibu zaman sekarang semua nya bijak2 belaka, semua sudah tahu kepentingan Omega-3. Ibu-ibu bijak sudah tahu kepentingan Omega bagi membekalkan DHA bagi membantu perkembangan otak bayi.

Jadi, ramai ibu-ibu hamil/ menyusukan anak yang mengambil supplement bagi mencukupkan nutrien buat si kecil. Kerana apa? Kerana semua mahukan anak-anak mereka cerdas dan pintar. Masa terbaik untuk consume Omega ini adalah pada trimester ketiga bagi ibu hamil.

Omega-3 memang baik untuk perkembangan otak bayi dan ia juga bagus buat si ibu. Kenapa bagus buat ibu? Sebabbbbb, omega-3 merupakan asid lemak yang di perlukan oleh badan. Asid lemak dari omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah dan mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal..


Melalui pemerhatian saya yang mengamalkan neurogain semasa hamil : Maryam memang nmpk bijak. Saya bukan nk puji anak sendiri ok, tp ramai yg kata begitu. Semoga maryam cerdas dan bijak sampai bila-bila. Aminnn.

Maryam dh pandai pegang botol sendiri :)


Skrg kita buat perbandingan harga Neurogain dengan Omega Guard Shaklee.

Menurut ISSFAL (International Society For The Study Of Fatty Acids & Lipids) menyarankan agar pengambilan DHA harian agi ibu hamil & menyusukan anak adalah sebanyak 300mg/hari.

Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain PB = 250mg
Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain PB+ = 320mg
Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain S = 383mg

Manakala dalam Omega Guard adalah = 360mg

Kuantiti kapsul dalam sebotol NeuroGain adalah 30 biji yg mana hanya bertahan selama 1 bulan manakala Omega Guard Shaklee mempunyai 90 kapsul dan mampu bertahan selama 3 bulan!

Harga sebotol Neurogain adalah : RM 60 ( beli masa pregnant dulu, skrg tak tahu berapa)
Harga sebotol Omega Guard : RM 136 (Harga Runcit, kalau dikira dengan harga istimewa dari saya??? Wahhhhh, lagi menarik harganya huhu)

Selepas di congak-congak, harga untuk satu kapsul Neurogain adalah RM2.00, manakala Omega Guard pula adalah RM1.50..

Kesimpulan yang dapat di buat, produk Shaklee tidaklah mahal seperti yang diperkatakan. Tak kenal maka tak cinta bak kata org melayu hehehe. Kalau saya bandingkan dengan harga istimewa yg saya berhak beri sebagai distributor Shaklee, tentu ibu-ibu bijak, bapa-bapa bijak di luar sana lagi tersenyum riang kerana dapat menjimatkan wang untuk mendapatkan produk yang sememangnya terbukti baik untuk zuriat-zuriat kita dan untuk kita sendiri..

Bulan Februari 2013, adalah bulan promotion untuk Omega Guard Shaklee. Promotion kiranya harga lagi best! Lagi harga runtuh! Meh beli untuk isteri hamil, isteri menyusukan anak, bapa, emak, anak. Seisi keluarga boleh makan Omega Guard ni.

Ehhh, panjang nya saya membebel hehe. Takpelah sekali sekala kan. Pilihan saya sekiranya ada rezeki utk mengandung semula pastinya Omega Guard dari SHAKLEE. Apa kata anda? Apa pilihan anda? Tepuk dada tanya lah selera dan poket anda hihihihi..


Sekiranya berminat boleh hubungi saya, pastinya anda akan mendapat harga istimewa dari saya.

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 0176790928
Email : bazilahramly@gmail.com

bwk maryam check 3 bulan :)








Monday, January 28, 2013

Advance Birthday Present



Tenkiuuuu incik suami!
Ni advance present tp nnti bulan 4 ade jgk hadiah lain kan?hihihi.
Walaupun x dapat iphone 5, tp still happyyyyy
Tenkiuuu bebeh! Love u more n more :)

Maryam dan abi :)

Have a good day everyone!

Friday, January 4, 2013

Rindu Pada Si kecik…



Rinduuuuuunye. Kang balik keje cik maryam tido..
Tapi pagi td dh borak, pukul 5 si tecit dh bgn.huhu
Arini Cik Maryam Safiyya dah 2 bulan 2 hari
Rasa sekejap je
Si tecit ni pandai borak dah. Sgt geram bila tengok n dengar dia borak, rasa nk cubit-cubit je pipi dia hehehe. geram ngan anak sendiri hahahah

Aunties meh tgk gmbr cik maryam safiyya botak. Dah dibotakkan awal disember aritu. Rinduuuuu dengan rambut lebat dia huhuhu

sebelum di botak kan :)



tadaaaa dah botak :)
Update checkup 2 bulan:

Berat : 4.8 kg
Tinggi : 58 cm
Injection: check!

Alhamdulillah Cik Maryam Safiyya tak demam lepas injection dan besarlah harapan abi n umi agar maryam terus sihat dan membesar menjadi anak yg solehah, sihat, cerdik belajar, lemah lembut, menawan n semua yg baik2 doa abi dan umi khas buat maryam tersayang…



Monday, November 12, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Maryam Part 2


continue entry sebelum nih hehehe. tgk gmbr baby maryam tido dulu hehehe..

Tido mengiring, kaki bersilang, tangan kt dagu, mcm org besar huhu
Sebelum masuk labor room,tak sempat pon nak bermaaf-maafan ngan incik suami..actually bukan x sempat, tapi ada sikit rasa segannnn haha..sorry incik suami (^^,). Masuk2 je labour room, doktor2 terus setup CTG, cucuk sana cucuk sini huhuhu. then check VE sekali lagi, rupa2 nya dah bukak 6cm..Saya masuk LR lebih kurang pukul 6 ptg cmtu..Untuk pengetahuan semua, saya bersalin kt Hospital Tuanku Jaafar jer, government hospital so sebelum bersalin xdelah ngada2 nak request doktor perempuan sahaja tapi tup2 masa dalam LR, nurse tanye " Puan nak request doktor perempuan sahaja ke?" terus saya jawab yer :) Alhamdulillah dipermudahkan..jadi sepanjang saya bersalin, saya di kelilingi doktor2 dan nurse perempuan sahaja :)

Dan yang paling saya bersyukur sekali, suami ada di sisi sepanjang proses meneran tuh. Nurse cakap dengan saya suami sekali meneran hahaha. Tapi seriously cakap, suami betul2 bagi semangat dlm LR tuh,suami siap ckp " syg dah nmpk rambut baby, sikit lagi, sikit lagi " huhuhu.. rasanya kalau suami xde mungkin lama lagi lah saya dalam LR tuh..Terima kasih suami. I love you :)

Oh, bila dah bukak 6cm tuh, doktor terus pecahkan air ketuban / artificial rupture of membrane (ARM), dengan keluarkan air kencing (katanya boleh membantu utk meneran). tapi masa doktor keluarkan air kencing tuh, rasa nk meneran tuh sangat kuat..bila dah pecah air ketuban, air kencing dah keluar,contraction makin rasa sgt kuat. sakittttt wooo. tapi selawat byk2, tarik nafas panjang2 insyaALLAH rasa lega sikit kesakitan tuh walaupun lega sekejap saja..bila dah pecah air ketuban, doktor kata dah bukak 8cm..

Masa dalam LR, mcm2 ragam ada. korang akan dengar org kt partition sebelah punya jerit lah, doktor punya jerit lah huhuhu. saya sempat tnye nurse lagi " nurse agak2 saya berapa lama lagi ni, sakit ni nurse " hahaha. nurse siap pandang jam, tnye anak 1st ke , then cakap mungkin 4-5 jam lagi nih. gileee lama wehhhhh...

Kol 7.30, memang xleh nk tahan dah. ckp ngan nurse saya nak teran..suami, nurse, doktor semua bagi semangat suruh teran. x tahu lah berapa kali saya meneran hahaha. bila rasa sangat letih, suami, doktor dan nurse bagi semangat suruh teran semula..Alhamdulillah 7.48 mlm, baby maryam selamat di lahirkan :) rasa sangatttttttttttttt lega. suami terus bisik2 " baby maryam dah keluar sayang ".. Terasa sangat nikmat masa tuh, terasa segala penat lelah 9 bulan lebih, segala penat lelah meneran sangat berbaloi :)

Alhamdulillah saya berada dalam LR x lama, saya masuk pukul 6, pukul 7.48 baby maryam selamat keluar dari zon paling selesa nya huhuhu. Alhamdulillah proses kelahiran baby maryam di permudahkan ALLAH. mungkin berkat doa suami, ibu ayah, mummy abah, keluarga, kawan2 dan anda semua yang rajin baca blog ni :) Terima kasih semua!

Lepas selamat bersalin, keluarkan uri, tibalah saat utk proses menjahit, even terasa ngilu masa proses menjahit tuh, tapi sakit untuk bersalin mengatasi proses menjahit tuh hehehe.  Dan dalam otak masa tuh, pikir nak jumpa baby maryam dengan suami secepat mungkin :)

Pengalaman yang sangat2 bernilai..Sayangi dan hargai lah ibu masing2..

Baby Nur Maryam Safiyya Masa Berusia Seminggu :)

Baby : Nur Maryam Safiyya Binti Mohammad Izzat
Berat : 3.1 kg
Panjang : 51 cm
Cara kelahiran : Normal

Baby Maryam, ummi ngan abi love u (^^,)



Wednesday, September 5, 2012

Salam Aidilfitri Dari Orang Malas :D



Hai semua! Harapnya belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua rakan taulan..fuh fuh fuhhhhh, berhabuk belog nih…Mmg malas sangat nak buat semua mende apetah lagi menhapdate belog hihihi. Harini gagahkan juga update blog sbb tak byk keje kt opis arini sbb machine down, jd arini ari buat2 sibuk sedunia….

Opppppsss,saya mohon maaf zahir dan batin kalau ada saya menyinggung perasaan sesape. Tatap lah gambar2 nih :)

Buat rendang dengan big brother. abg saya ni single lagi..eh
hehehe
with hubby :)
hubby lagi :)
menembam bersama :P


sekali lagi, salam aidilfitri buat semua :)

Monday, July 23, 2012

The Dark Knight Rises & Salam Ramadan


Salam 3 Ramadan buat semua :)

Mcmana puasa korang ek? Saya punya puasa alhamdulillah ok, masih gagah lagi dari hari pertama sampai hari ni. Baby pon baik je duduk senyap2 dalam tuh, dah petang-petang nk dekat buka baru aktif. Mcm tahu2 jer waktu berbuka dah nk masuk hehehehe

Sebenarnya nak cerita pasal latest movie yang saya dan suami tgk last week. THE DARK KNIGHT RISES..kitorang booking tiket thru online 4-5 hari awal rasa nya. Excited sgt nk tgk kan hahaha. Booking tiket utk adik beradik saya jgk, saja belanja dorg tgk movie plak kali ni..

Movie ni mmg best! Mmg awesome! si jahat pon mmg jahat gila. Batman pon masih hensem seperti biasa hehehe. tapi apa yg saya suka dari movie nih, even hero yang hebat mcm batman nip on ada kelemahan, ketakutan yg tersendiri jgk. Yelah selalu kita tgk hero mesti hebat je kan. Tapi dalam cite nih tak, batman hilang semangat lah, tapi dia bangkit semula. Memang best lerrrr hehehhe. Motor batman semarttttt wooo. Rasa mcm nak suh suami cari satu cmtu hehehehe..



Batman & his cooooollll motorbike

Dan yg lagi best ktorg dpt coupon dari TGV Seremban 2 sempena Ramadan nih. Kalau shopping dekat zalora, kt KFC, kat krispy kreme dan lain2 ada lah less sikit dengan ada nya voucher nih hehehe..


Sesapa yang belum tgk, g la terjah wayang. Tapi ni bulan puasa plak kan, mlm2 mesti ni pergi tarawikh. Pegilah weekend siang ok :) memang berbaloi-baloi lah tgk :)

 p/s : harini tertinggal enset dalam kete incik suami. Pelupa betul skrg nih :|

Monday, June 4, 2012

Tips untuk berjimat-cermat


Hai semua. Arini saya nak ajar cara berjimat cermat walaupun saya sendiri bukan seorang yang penjimat cermat tetapi suami saya sgt berjimat cermat skrg! Jadi ni semua saya belajar dari my superhusben…

Bulan nih mmg banyak sangat penggunaan duit sbb kitorg renew road tax & insurance untuk kereta hampir RM 2k..ish ish, banyak betol duit pkai kete..dan adalah guna untuk lain selain kegunaan harian kitorg..jadi bulan nih mmg lah kne jimat cermat sbb kitorg nk saving for the future…

Jadi nye tips-tips jimat cermat dari saya ialah :

Yang pertama : kurangkan aktiviti hiburan di luar. Maksud saya hiburan ni mcm konsert ke,menonton wayang ke..menonton wayang tuh kadang2 satu cara merapatkan hubungan sesame keluarga jgk tp kalo dah selalu sgt menonton wayang dalam sebulan tuh,kan membazir tuhhhhhh..incik suami saya suka mendownload macam2 cerita jadinya menonton wayang bagi kami suami isteri adalah di depan kaca TV yang berskrin besar hehhee. Tgk tv sambil berbaring2, ada air oren sejuk, kipas pon laju . seronok weh!

Yang kedua : kurangkan makan luar, ataupun kurangkan makan die restoran-restoran segera mcm KFC, pizza hut, fish manhattan ke, starbucks ke, sushi king ke and etc…makan di tempat2 cmni sememang nya mahal..hmmm, kami suami isteri bukan nye x mampu nak makan di tempat2 camtu tp mahal sgt weh. Bukan lah kami kedekut, tapi beringat, duit yg di gunakan untuk makan kt tempat2 cmtu, boleh di gunakan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Tapi bukan lah x boleh langsung yer, jangan salah faham plak. Rancang lah perbelanjaan korang….skrg pon saya dan suami dah cuba makan di rumah even hari bekerja pon.. isteri terpaksa masak sob sob sob..hehe. xpe2 dapat pahala kalau ikhlas memasak untuk suami insyaALLAH..

Yang ketiga : fuel untuk kereta adalah sgt mahal skrg….jadi kalau kamu-kamu semua plan untuk keluar beli barang silalah buat list terlebih dahulu jadi x perlulah nk keluar dua-tiga kali sbb terlupa beli satu-dua barang…

Yang keempat : rekod lah setiap duit keluar masuk korang. Jadi dapatlah korang monitor mana pegi nye duit bulanan korang. Macam ape yang saya dan suami tgh buat skrg. Suami saya siap buat graf lagi! Hebat x hebat suami ku hahahaa…

Kita ni kena bersederhana dalam segala aspek..termsk lah dalam hal perbelanjaan nih. Jgn sbb orang lain ada kereta mewah, kau pon nk jugak! Jgn sbb orang lain dapat pegi holiday kt oversea or even domestic, kau pon nak jugak! Jgn sbb tgk org lain makan kt tmpt mahal2, kau pon nak jugak! Apa-apa pon semua nye berbalik pada kemampuan diri sendiri.. cermin diri sendiri dulu,nilai kemampuan diri sendiri dalam mengurus kewangan.

Ni je yang dapat saya pikirkan, kalau ada nnti lah cerita lagi…


p/s : PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK!


Wednesday, May 2, 2012

latest update

berat terbaru : 51.5 kg (gemukkkkk hahaha). pertambahan berat saya mungkin berkadar langsung ngan incik suami jgk hihihi..sbb dah gemuk nih, seluar jean mmg ketat gile kt pinggang, baju kurung pon same..

Kesihatan : Alhamdulillah sihat walafiat cuma ada allergy gatal2 tapi semakin berkurang lepas guna sabun sebamed! go gooo sebamed!

Ekonomi : Bulan mei nih, saya and tuan akauntan a.k.a incik suami, dah memulakan budget bulanan.. hopefully dapat kurangkan perbelanjaan mana yg x patut, n harap2 dapatla saving seperti yg di harapkan.. semoga kami dapat membeli mahligai sendiri dengan jayanya :)

semoga semua nya akan baik-baik sahaja...







Friday, March 9, 2012

Minggu yang memenatkan


Minggu ni rasa penattttttttt sangat
Lepas abes office hour, incik suami ajak pegi kedai elektrik
Ajak pegi tesco cari barang-barang rumah
Saya ajak incik suami makan pizza hut (thn depan baru dpt pizza hut lagi incik suami ckp :p)
Survey2 tv..
Pegi survey UNIFI….
Balik rumah keluarkan hadiah2 kawen dr dlm kotak
Ermmmmm memenatkan
Ada satu malam tuh, incik suami mengaji
Si isteri ni janji nk dengar incik suami mengaji dan tggu suami abes mengaji
Incik suami siap bukak kan game kt phone suh saya men to make sure saya x tido
Tapiiiii saya tertido jgk ms tgh2 men tuh hihihi
Ampun suami… :D

Apa2 pon, pindah rumah nih memang agak memenatkan tp xpelah tu sume pengalaman hidup…kita berfikiran positif jer hihihi..

Minda yang positif merangsang kehidupan yang positif. Hindari stressssss :)

Salam Jumaat semua :)


p/s : 5hb aritu birthday bonda ku yg tercinta :)..saya nk belikan handbag tapi tkt ibu x berape berkenan yg saya pilih, so saya bg duit dan nk ibu pilih sendiri mana yg berkenan. Harap2 ibu happppy :) love u ibu…

Monday, March 5, 2012

Pindah Rumah


Hujung minggu lepas saya dan incik suami memulakan operasi memindah barang-barang ke teratak kecil kami hehehehe
Sangat lah memenatkan! Walaupun saya xdelah buat ape sgt pon tp saya rase letih gile-gile..
Luckily, saya ada family yang sanggup membanting tulang membantu saya & incik suami..tenkiuuuu sesangat pada ayah, ibu, atuk,uwan,pakndak,pakcu,makteh,makndak,my big brother…walaupun dah belanja depa semua mkn still rs x terbalas lg penat lelah dorg huhuuhu..

antara moment2 best hihihi

- incik suami pasang meja komputer dengan bantuan 3 org  hehehe.kelakar tgk dorg bersemangat psg meja comp :D

-ayah ngan ibu jd interior designer :)

- uwan n atuk monitor progress :)

- saya??? apa yg saya buat adalah rahsia kehkehkeh :P

Semoga mereka semua sentiasa di bawah lindungan Allah dan di berkati Allah :)

Love u olllssss.....

Thursday, February 16, 2012

mirip ibu :)

pagi td masa mengiringi incik suami kuar
malas nk masuk bilik amik tudung, jadi capai je lerr mana yg sempat
saya capai tudung ibu yg dh memang sedia ada kt sofa ruang tamu tuh
pastu incik suami ckp " syg pkai tudung ibu nih memang sebijik mcm ibu"
hahaha memang ramai pon ckp cmtu
incik suami duk pandang2 sambil ulang lagi ckp :D
tp tak lama pastu terus smbg dgn ayat cmni " dah berapa umur makcik ni?" haha
sesuke ati jer pggl makcik heeeeeee!

p/s : memula saya rs sy x mirip pon mcm ibu tp bila dh ramai kata muka ktorg sama. Saya percayalah hihihi. Ayah kata saya ikut muka dia :)

Monday, January 30, 2012

Mantin – Kuantan - Mantin

28 Jan 2012. ada dua jemputan kahwin kat kuantan, satu kenduri adalah sedara2 dr kedua ibu bapa saya. Satu kenduri lagi kenduri kahwin kwn sekolah incik suami.

Perjalanan pergi balik ni, sungguhhhhhh memenatkan tambah plak ngan perut yg penuh makan dkt dua kenduri. Gile senak perut hohohooo..

Tmpt kenduri sedara ktorg senang je nk cari sbb my sister yg belajar dkt UMP tuh tahu jalan, yg jadi perit nye masa mencari rumah kwn incik suami…gile berpusing-pusing ktorg.. siap tnye abg kt petronas lg sementare incik suami melawat en.tandas huhu..berkat kesabaran incik suami dan kehebatan si isteri (padahal saya dah nk putus asa hahah) dapat lah ktorg jumpe rumah kwn incik suami tuh. Dpt lah incik suami ber-reunion ngan member2 MRSM Jasin nye..

Lepas mkn? Apeee lagi pulang lah ke pangkal jalan. Igt nk g kn ikan bakar kt tanjung Lumpur tp dh kenyang n x best plak kalo g berdua jer sbb my family dah gerak balik dulu..

Hari ahad berehat dkt rumah sambil buat kueh2 sambil teman incik suami bereksesais badminton huhuuh..


Tamatlahhhhh weekend ku (^^,)

Wednesday, December 21, 2011

Dari ALLAH kita datang….

Dari ALLAH kita datang dan kepada-NYA jua kita kembali

Minggu ni dikejutkan dengan berita pemergian dua orang tersayang di pihak incik suami.
Berita pemergian pertama saya terima tepat jam 2.00 pagi hari selasa lepas. Incik suami’s grandfather passed away. Erm, di sebabkan jarak yg jauh saya hanya dapat mendoakan dari kejauhan. Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang yg beriman. Amin..

Hari ni plak di kejutkan sekali lg ngan berita pemergian Che Dah, iaitu mak saudara incik suami. Arwah Che Dah lame dah menderita breast cancer. Ermm sesame lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah…..

Tuesday, November 8, 2011

phewwiit


gambar bersama incik suami yg di snap sebelum tinggalkan suami kt kelate
ubat rindu lah kot gmbr nih hihi
gambar ni di snap kt pasar besar siti khadijah kt kota bharu nuuuun
makan2 mi sup kt sini ngan family belah kelate
sodapppppp
lagi sedap sbb orang belanja huahuahua
thanks to kak elly's hubby :P
len kali leh belanja lagi heeee

next time kite g pantai sabak sesame oraitttt.

Thursday, September 29, 2011

Dialek kelantan

Dah kawen ngan cik abe dari kelate jd kene la belajar kecek kelate. Ye dop?


Hehehe

Saya ni mmg failed lah dialek kelate nih sbb ngan incik suami ktorg ckp key ell jah haha

Tp bila dah kawen, kene lah belajar kan. Nnti jumpe sedara mara x phm plak dorg kecek ape

Ada satu tragedi sbb sy x phm loghat kelate nih. Kes nih jadi mase tgh buat mihun goreng. Nk di jadikan cite, mihun goreng yg tgh di msk oleh mak sedara incik suami tuh cm keras sket so dia suh saya yg br nk belajar2 kecek kelate nih msk kan air panas dalam kuali. Tetibe mak sedara tuh ckp “bo bazi booo bazi”… saya dgn senang hati bubuh air panas lg. then mak sedara kata “ stop bazi sambil pegang tgn saya..oh stop br bazi phm” tergelak2 mak sedara tuh, rupe nye “BO” tuh mkne nye dlm kelate stop lahhhhhh, saya igt die suh bubuh lg hahahaha :D (nsb mihun x lembik sgt hahaha)

lagi satu psl buah tembikai. Potongkan buah tembikai tk anak sedara, rayyan and danial.. rayyan tggl di kajang ngn mama elly & papa nye, denial duk kelate..

Auntie buzzy : Daniel ngan rayyan, buah ape ni?

Rayyan : watermelon

Auntie buzzy : pandai! Tembikai pon watermelon ke rayyan?

Rayyan : yes, watermelon


Daniel menyampuk


Daniel : buke (bukan) laaaaa auntie! Buke! Ni timun nih

Auntie buzzy : haaaaa timun?

Daniel : haaaaa timun lah auntie


Auntie buzzy ngan rayyan tercengang-cengang hahahaa
Org kelate pggl tembikai timun rupe nye kuikuikui….

Byk dah perkataan sy belajar..nnti lah kite smbg kelas dialek kelate



P/s : yeayyyy incik suami dtg mlm nih :D
 

Template by BloggerCandy.com