Showing posts with label happy moments. Show all posts
Showing posts with label happy moments. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Mengenang Memori Zaman Bercinta Di PKNS Shah Alam


Wah, kemain panjang tajuk hahaha. Padahal nak cerita pasal kami suami isteri berjalan-jalan di PKNS Shah Alam ahad lepas. Ambil peluang sekali sekala datang Shah Alam utk mengenang memori indah weeehuuu. Lagi plak Cik Maryam kita tak ikut bersama, lagi lah ummi abi macam org baru berkahwin hihi.

Kami saja jalan-jalan di PKNS, nak tgk apa yang masih kekal, apa yang dah berubah. Dah banyak perubahan sejak 2010 saya meninggalkan Shah Alam. Dolu 4 tahun belajar di UiTM Shah Alam, memang PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC tu mmg kawasan saya la tuh. Kemain kawasan kannn haha. Situ lah tmpt shopping makanan minuman dan sekali tok nenek lain. Itu tempat DATING kami jgk hahaha.

Jalan-jalan aritu tgk PKNS dah ada ayam penyet, dah ada Subway (fuiyooooo). Kedai komik kami masih ada lagi.. Eh pasaraya Sri Kota tu dah tutup ke? Ke masa kami pergi je tutup hahaha.

Anyway, takde gambar nk tunjuk, sebab teruja berdating hahaha. Sekali sekala berjalan macam orang baru kawen ni BEST. Tapi teringat jugak kat anak huhu. Cita-cita nak makan ABC kat Seksyen 2 tak kesampaian sebab dah rindu anak hahaha. next time maybe :)

Korang pergi berjalan dengan suami di mana? hehehe

Tuesday, February 26, 2013

Baby Maryam Dah Meniarap! Yeayyy



Perkembangan baby maryam yang terbaru ialah meniarap! Yeayyyy. Alhamdulillah anak ummi abi dah boleh meniarap ketika umurnya 3 bulan 2 minggu :)

I’m a happy mother! Hihihihi. Tapi kelakar sgt tgk si tecit ni meniarap. Masa memula tak dapat keluarkan tgn dari bwh bdn nye, dia punya marah smpi menjerit-jerit hahahah.Nak tolong tp biarlah dia usaha sendiri :)

Tak sabar nak tgk perkembangan seterusnya. Sabtu ni baby Maryam dah 4 bulan. Whoaaaa, cptnya masa berlalu.Semoga hanya yang terbaik untuk mu sayang..




Thursday, February 7, 2013

NeuroGain ke Omega Guard Dari Shaklee Untuk Ibu Mengandung/Menyusu?


Mana satu pilihan anda?
Pilihan saya semasa mengandungkan si kecil Maryam Safiyya adalah NeuroGain PB
Masa tuh x tahu menahu langsung pasal Shaklee
NeuroGain pulak nasib baik lah ada biras n mak mertua yang cadangkan hehehe

Apa penting sangat neurogain atau omega guard dari Shaklee ni kepada ibu megandung/ ibu yang menyusukan anak? Meh story mori sket.

Ibu yang mengandung dan menyusukan anak pastinya mahukan yang terbaik buat anak. Kita mahukan anak yang sempurna sifatnya, baik budi pekertinya, serta cerdas pemikirannya. Ibu mengandung di sarankan memberi bekalan rohani kepada anak di dalam kandungan dengan sentiasa mengalunkan bacaan-bacaan ayat Al-Quran. Selain bekalan rohani, ibu hamil juga ingin melengkapkan nutrien bagi membantu perkembangan otak bayi. Bab pemakanan memang di titik beratkan. Ibu zaman sekarang semua nya bijak2 belaka, semua sudah tahu kepentingan Omega-3. Ibu-ibu bijak sudah tahu kepentingan Omega bagi membekalkan DHA bagi membantu perkembangan otak bayi.

Jadi, ramai ibu-ibu hamil/ menyusukan anak yang mengambil supplement bagi mencukupkan nutrien buat si kecil. Kerana apa? Kerana semua mahukan anak-anak mereka cerdas dan pintar. Masa terbaik untuk consume Omega ini adalah pada trimester ketiga bagi ibu hamil.

Omega-3 memang baik untuk perkembangan otak bayi dan ia juga bagus buat si ibu. Kenapa bagus buat ibu? Sebabbbbb, omega-3 merupakan asid lemak yang di perlukan oleh badan. Asid lemak dari omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah dan mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal..


Melalui pemerhatian saya yang mengamalkan neurogain semasa hamil : Maryam memang nmpk bijak. Saya bukan nk puji anak sendiri ok, tp ramai yg kata begitu. Semoga maryam cerdas dan bijak sampai bila-bila. Aminnn.

Maryam dh pandai pegang botol sendiri :)


Skrg kita buat perbandingan harga Neurogain dengan Omega Guard Shaklee.

Menurut ISSFAL (International Society For The Study Of Fatty Acids & Lipids) menyarankan agar pengambilan DHA harian agi ibu hamil & menyusukan anak adalah sebanyak 300mg/hari.

Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain PB = 250mg
Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain PB+ = 320mg
Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain S = 383mg

Manakala dalam Omega Guard adalah = 360mg

Kuantiti kapsul dalam sebotol NeuroGain adalah 30 biji yg mana hanya bertahan selama 1 bulan manakala Omega Guard Shaklee mempunyai 90 kapsul dan mampu bertahan selama 3 bulan!

Harga sebotol Neurogain adalah : RM 60 ( beli masa pregnant dulu, skrg tak tahu berapa)
Harga sebotol Omega Guard : RM 136 (Harga Runcit, kalau dikira dengan harga istimewa dari saya??? Wahhhhh, lagi menarik harganya huhu)

Selepas di congak-congak, harga untuk satu kapsul Neurogain adalah RM2.00, manakala Omega Guard pula adalah RM1.50..

Kesimpulan yang dapat di buat, produk Shaklee tidaklah mahal seperti yang diperkatakan. Tak kenal maka tak cinta bak kata org melayu hehehe. Kalau saya bandingkan dengan harga istimewa yg saya berhak beri sebagai distributor Shaklee, tentu ibu-ibu bijak, bapa-bapa bijak di luar sana lagi tersenyum riang kerana dapat menjimatkan wang untuk mendapatkan produk yang sememangnya terbukti baik untuk zuriat-zuriat kita dan untuk kita sendiri..

Bulan Februari 2013, adalah bulan promotion untuk Omega Guard Shaklee. Promotion kiranya harga lagi best! Lagi harga runtuh! Meh beli untuk isteri hamil, isteri menyusukan anak, bapa, emak, anak. Seisi keluarga boleh makan Omega Guard ni.

Ehhh, panjang nya saya membebel hehe. Takpelah sekali sekala kan. Pilihan saya sekiranya ada rezeki utk mengandung semula pastinya Omega Guard dari SHAKLEE. Apa kata anda? Apa pilihan anda? Tepuk dada tanya lah selera dan poket anda hihihihi..


Sekiranya berminat boleh hubungi saya, pastinya anda akan mendapat harga istimewa dari saya.

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 0176790928
Email : bazilahramly@gmail.com

bwk maryam check 3 bulan :)








Monday, January 28, 2013

Advance Birthday Present



Tenkiuuuu incik suami!
Ni advance present tp nnti bulan 4 ade jgk hadiah lain kan?hihihi.
Walaupun x dapat iphone 5, tp still happyyyyy
Tenkiuuu bebeh! Love u more n more :)

Maryam dan abi :)

Have a good day everyone!

Monday, January 21, 2013

Puting Susu NUK Pilihan Baby Maryam

Lama dah nak share pasal ni tapi asyik tertangguh je hehehe

Puting pilihan kami anak beranak adalah NUK!
Saat pertama nak ajar baby maryam minum susu guna botol adalah saat paling menakutkan dan agak sedih hukhukhuk

Mestilah sedih kan, selama ni mengopek ngan ummi dia jer tp tetibe dia ada pengganti.
Ahh, ummi ni tak rock betul lah, sikit2 nak emo huhuhuhu (mesti maryam kate mcm ni dlm hati hehhe)
Takut pulak sbb takut dia taknak minum guna botol…

Ok, ni pengalaman sy bagi baby maryam minum guna botol dan puting NUK :)
Ummi nye duk cuak jer masa bagi tuh, terus sumbat dlm mulut si kecik. Dalam hati berdebar-debar
Tapi syukur ya ALLAH, si kecik ni sgt mudah. Xde nye dia tolak2 puting tuh, sedap aje dia minum hahahha. Penat ummi ngan abi risau kehkehkeh. Good girl maryam! :)

Jadi alhamdulillah, kami teruslah menggunakan puting NUK.
Puting nih mengikut apa yg saya baca, memang lembut . bila lembut senang baby nak terima dan baby akan tetap nak menyusu dengan kita sebab mungkin tahap kelembutan puting NUK sama/ lebih kurang sama dengan nipples..



ni lah botol Maryam :)

Apa pilihan ibu di luar sana pulak ??
Jom Lunch :)


Monday, November 12, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Maryam Part 2


continue entry sebelum nih hehehe. tgk gmbr baby maryam tido dulu hehehe..

Tido mengiring, kaki bersilang, tangan kt dagu, mcm org besar huhu
Sebelum masuk labor room,tak sempat pon nak bermaaf-maafan ngan incik suami..actually bukan x sempat, tapi ada sikit rasa segannnn haha..sorry incik suami (^^,). Masuk2 je labour room, doktor2 terus setup CTG, cucuk sana cucuk sini huhuhu. then check VE sekali lagi, rupa2 nya dah bukak 6cm..Saya masuk LR lebih kurang pukul 6 ptg cmtu..Untuk pengetahuan semua, saya bersalin kt Hospital Tuanku Jaafar jer, government hospital so sebelum bersalin xdelah ngada2 nak request doktor perempuan sahaja tapi tup2 masa dalam LR, nurse tanye " Puan nak request doktor perempuan sahaja ke?" terus saya jawab yer :) Alhamdulillah dipermudahkan..jadi sepanjang saya bersalin, saya di kelilingi doktor2 dan nurse perempuan sahaja :)

Dan yang paling saya bersyukur sekali, suami ada di sisi sepanjang proses meneran tuh. Nurse cakap dengan saya suami sekali meneran hahaha. Tapi seriously cakap, suami betul2 bagi semangat dlm LR tuh,suami siap ckp " syg dah nmpk rambut baby, sikit lagi, sikit lagi " huhuhu.. rasanya kalau suami xde mungkin lama lagi lah saya dalam LR tuh..Terima kasih suami. I love you :)

Oh, bila dah bukak 6cm tuh, doktor terus pecahkan air ketuban / artificial rupture of membrane (ARM), dengan keluarkan air kencing (katanya boleh membantu utk meneran). tapi masa doktor keluarkan air kencing tuh, rasa nk meneran tuh sangat kuat..bila dah pecah air ketuban, air kencing dah keluar,contraction makin rasa sgt kuat. sakittttt wooo. tapi selawat byk2, tarik nafas panjang2 insyaALLAH rasa lega sikit kesakitan tuh walaupun lega sekejap saja..bila dah pecah air ketuban, doktor kata dah bukak 8cm..

Masa dalam LR, mcm2 ragam ada. korang akan dengar org kt partition sebelah punya jerit lah, doktor punya jerit lah huhuhu. saya sempat tnye nurse lagi " nurse agak2 saya berapa lama lagi ni, sakit ni nurse " hahaha. nurse siap pandang jam, tnye anak 1st ke , then cakap mungkin 4-5 jam lagi nih. gileee lama wehhhhh...

Kol 7.30, memang xleh nk tahan dah. ckp ngan nurse saya nak teran..suami, nurse, doktor semua bagi semangat suruh teran. x tahu lah berapa kali saya meneran hahaha. bila rasa sangat letih, suami, doktor dan nurse bagi semangat suruh teran semula..Alhamdulillah 7.48 mlm, baby maryam selamat di lahirkan :) rasa sangatttttttttttttt lega. suami terus bisik2 " baby maryam dah keluar sayang ".. Terasa sangat nikmat masa tuh, terasa segala penat lelah 9 bulan lebih, segala penat lelah meneran sangat berbaloi :)

Alhamdulillah saya berada dalam LR x lama, saya masuk pukul 6, pukul 7.48 baby maryam selamat keluar dari zon paling selesa nya huhuhu. Alhamdulillah proses kelahiran baby maryam di permudahkan ALLAH. mungkin berkat doa suami, ibu ayah, mummy abah, keluarga, kawan2 dan anda semua yang rajin baca blog ni :) Terima kasih semua!

Lepas selamat bersalin, keluarkan uri, tibalah saat utk proses menjahit, even terasa ngilu masa proses menjahit tuh, tapi sakit untuk bersalin mengatasi proses menjahit tuh hehehe.  Dan dalam otak masa tuh, pikir nak jumpa baby maryam dengan suami secepat mungkin :)

Pengalaman yang sangat2 bernilai..Sayangi dan hargai lah ibu masing2..

Baby Nur Maryam Safiyya Masa Berusia Seminggu :)

Baby : Nur Maryam Safiyya Binti Mohammad Izzat
Berat : 3.1 kg
Panjang : 51 cm
Cara kelahiran : Normal

Baby Maryam, ummi ngan abi love u (^^,)



Monday, November 5, 2012

Alhamdulillah Selamat Bersalin :)



Hai semua, nama saya Nur Maryam Safiyya Binti Mohammad Izzat

:)

(^O^)
Alhamdulillah saya dah selamat bersalin
Selamat bersalin pada 2 Nov 2012
Selamat melahirkan seorang baby girl :)
baby girl u ollll hehehe

Pengalaman bersalin? nnti kita stori mori ok, nk cium baby hihi :)


Thursday, September 27, 2012

Home Alone


Semalam suami ada trial di tempat kerja
Maka harus pergi bekerja lah
Tinggal lah si isteri keseorangan di rumah
Apa yg si isteri buat?

Sembahyang Maghrib dan Isyak
Mengaji
Golek ke kanan ke kiri di atas katil
Merajinkan diri lipat baju
Merajinkan diri basuh baju
Surfing internet
Kacau suami di tempat kerja! Hehe…
Chatting ngan suami (bukan chatting sgt pon, suami busyyyyyyyyyyyyy)
Tapi xpe ada love, love, love tuh terus gembira hahaha




Dah puas kacau suami ngan godek2 tenet
Terus rasa mengantuk di tahap maximum
Suami ckp tido dulu, terus tutup laptop, tutup lampu
Tidurrrrr terus, x sedar suami pulang pukul berapa -__-

Monday, September 24, 2012

35 Weeks Pregnant


Your baby now weighs about 5.25 pounds / 2.4 kilograms and measures approximately 18 inches / 45 centimetres from head to toe. His elbow, foot or head may protrude from your stomach when he stretches and squirms about. Soon, as the wall of your uterus and your abdomen stretch thinner and let in more light, your baby will begin to develop daily activity cycles. 

This week, your little one is now sporting fingernails and has a fully developed pair of kidneys. His liver can also process some waste products. 

There's much less amniotic fluid and much more baby in your uterus, which has expanded to a thousand times its original size. You've probably put on between 25 and 30 pounds / 11 and 13.6 kilograms and your weight gain has hit its peak. Even your belly button has got bigger and has popped outward. You may be feeling breathless now that the top of your uterus is up under your ribs. Try getting down on all fours to take deeper breaths. Although the pressure on your bladder will make the bathroom your second home, don't drink any less water - your baby needs the fluids. But you may like to cut down on diuretic drinks such as tea and coffee, which will make you have to urinate even more often. 
sumber : babycenter



Arini 35 minggu sudah! Suami dah makin kerap cakap “ lagi sebulan sayang, lagi sebulan je, sayang takut tak? Nak baby keluar awal ke ape? “ huhuhu, tak tahu nak jawab camne. Smlm saya jwb, tanak baby keluar lg, saya masih nak rasa si tecit ni menendang, tumbuk2 perut saya :) yelah, walaupun selalu jer ngadu dgn suami pasal berat laaa, x larat nak bangun laa, kaki sakit laaa tapi bila si tecit ni aktif je dlm perut, saya sgt happy…hari-hari kena catat pergerakan baby, kalau hari bekerja, selalunya pukul 3-4 mesti dh cukup 10 pergerakan. Kalau hari minggu si tecit mls nk gerak kot, mungkin dia tahu ummi nye pon bercuti :)

Masa duk menaip entry ni pon, baby tendang-tendang, mungkin dia tahu tgh bercerita pasal dia hehehe

Ok, menjelang 35 minggu ni, apa yg saya dah buat n nak buat

-         Nama baby belum finalize lagi haha. Di sebabkan ktorg tak sure gender baby sbb tak double confirmkan dengan klinik lain jadi kitorg decide utk prepare nama baby boy and girl.. Nama utk baby girl insyaALLAH dah ada, untuk boy still blur sbb byk sgt nama best hehehe

-         Proses mendobi dah settle, tggl nak packing jer lagi :D

-         Barang2 mummy si baby byk lagi belum beli hahaha. Selamba badak jer saya ni…stokin nak cari dkt sox world nti, breast pump, maternity bra sume xde lagi kuang2..Maternity pad perlu ke ek? ke kalau saya pkai yg overnight wing nye pad dah memadai??

-         InsyaALLAH nak bersalin dekat Hospital Tunku Jaafar, Seremban..

-         Apa lagi apa lagi apa lagi..

-         Ohhhh, ibu dah suruh minum susu kambing. Haruslah cari nnti…


Tadi rasa macam byk mende nk kena buat, tp ni tetiba blur plak huhu…………

Wednesday, September 5, 2012

Salam Aidilfitri Dari Orang Malas :D



Hai semua! Harapnya belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua rakan taulan..fuh fuh fuhhhhh, berhabuk belog nih…Mmg malas sangat nak buat semua mende apetah lagi menhapdate belog hihihi. Harini gagahkan juga update blog sbb tak byk keje kt opis arini sbb machine down, jd arini ari buat2 sibuk sedunia….

Opppppsss,saya mohon maaf zahir dan batin kalau ada saya menyinggung perasaan sesape. Tatap lah gambar2 nih :)

Buat rendang dengan big brother. abg saya ni single lagi..eh
hehehe
with hubby :)
hubby lagi :)
menembam bersama :P


sekali lagi, salam aidilfitri buat semua :)

Monday, July 30, 2012

Alhamdulillah :)


Jumaat lepas memang memenatkan
Tapi masa dah nak balik keje ada happy news! Yeayyyy!
Kalau government servants dapat bonus utk raya, saya plak dapat increment lagi! Yeayyy bertambah gaji ku!
Alhamdulillah :)
Saya expecting lower increment but then got more than expected so jadi happy woman lah saya! Hehe. Hubby pon tumpang hepi :)

p/s : baju raya, kasut raya dah dalam fikiran hehehe
 

Template by BloggerCandy.com