Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Atasi Masalah HB Rendah Dengan Vita-lea


Selamat hari Wanita Semua!

Nah sila reward diri sendiri dengan VITA-LEA !

Vita-lea adalah super killer product yg telah menarik minat ramai wanita hamil, wanita menyusu, wanita berpantang, atau sesiapa sahaja. Kerana apa? Kerana khasiatnya yang memang best!

Wanita hamil  yang sering mengalami tekanan darah rendah, HB rendah memang digalakkan memakan Vita-lea. Ini kerana Vita-lea mengandungi zat besi yang diperlukan oleh badan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Wanita berpantang memerlukan vita-lea kerana kita kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran si kecil :)

Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan. Penggunaan Vitalea secara konsisten boleh meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi, memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Antara mineral dan vitamin yang terdapat di dalam vita-lea adalah kalsium, vitamin D, vitamin E, beta karotena dan pelbagai lagi. Makan satu pil dapat bermacam-macam khasiat. Best kan??

Meh la hubungi bazi kalau nak tahu lebih lanjut. Setiap botol mengandungi 120 tablet, penggunaan selama 4 bulan! Berbaloi-baloi kan !

Nah tepek testimoni sket :)






FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, March 7, 2013

Cara Mudah Nak Tidurkan Bayi Anda

Assalamualaikum dan hi semua :) apa khabar semua? Bazi selsema plak arini, duk bersin jer dari smlm. Smlm terbersin sampai terkejut si tecit Maryam tuh. Terus menangis dia hihihi..


Arini nak sharing tips mudah utk tidurkan anak. Macam skrg ni Maryam asyik tidur lmbt jer, merengek2. kdg2 dia nak main, kdg2 nak tgk tv, 2-3 pagi baru nk tidur. Kesian ummi abi hihihi..Thanks to asz miza! :) bazi tgk miza sharing kt FB dia hehehe

So smlm bazi try lah dekat si tecit tuh. Bazi lap2 sket bdn die, urut2 tapak kaki die.. memang menjadi! Alhamdulillah :) hopefully lepas ni menjadi jgk lah hehehe. korang pon boleh jgk ada berhadapan mslh mcm ktorg ni ye 

===========================
TIPS : Cara Mudah Nak tidurkan Bayi Anda
===========================

1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda. 

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.

demokkk tapak kaki ni,sama mcm kaki Maryam huhu


Have a nice day u olllss (^^,)




Monday, March 4, 2013

Ketahui Fungsi Vitamin Set Pantang Shaklee



Sebelum share tentang fungsi setiap vitamin dalam set berpantang shaklee ni, meh kite tgk sikit testimoni-testimoni pengguna set berpantang shaklee




Dalam setiap set pantang shaklee mengandungi Vita-lea, Vitamin C, Zinc dan juga B-Complex..Jemput baca ye :)

Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Dari pengalaman bazi sendiri, bazi kurang minat nk makan jamu-jamu ni. Itu sebab vitamin shaklee menjadi pilihan bazi, anda pula bagaimana???

Berminat? Ingin kan trial pack? Hubungi bazi k, inshaALLAH bazi cuba bantu utk cadangkan sesuatu yang bersesuaian dengan budget anda :)

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Thursday, February 14, 2013

Review Breastfeeding Set Shaklee/ Set Penyusuan Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Apa khabar semua? Saya baik dan sihat tapi mood utk bekerja ke laut akibat cuti lama raya cina ni hehehe. Hari ini nak share atau review pasal set penyusuan shaklee. Ni kira nya testimoni dari saya sendiri :)

Mari mulakan dengan macamana saya mula mengamalkan shaklee ni. Pertengahan Disember 2012, saya dah berkira-kira nk membuat EBM stok buat si kecil maryam. Masa pantang daku bersenang lenang, langsung tak mengepam susu. Haha. Kurang ilmu dan miss malas jgk sket2 kot hehehe. bila lagi 2mggu nak mula keje, barulah kelam kabut nk pam susu. Alhamdulillah semenjak bersalinkan Maryam, saya mmg tiada masalah pengeluaran susu tapi yelah bila masa pantang susu melimpah2 buang gitu jer, automatic otak kita fikir baby perlukan sket jer susu. Jadinya bila saya mengepam utk buat stok, dapat 2 oz jer, kadang2 dptlah 3 oz dan ibu saya kata susu saya kelihatan cair.. masa tuh rasa frust sgt. Jadinya mula lah google sana sini mencari penyelesaian.

Alhamdulillah saya bertemu dengan SHAKLEE (senyummmm lebar) hehehe.Saya mencuba shaklee lepas byk baca positif feedback dari pengguna lain. Pada saya, apa salahnya mencuba produk ni sbb selain niat saya utk perbanyakkan stok susu Maryam mungkin saya juga boleh dpt tubuh badan yg sihat dengan mengamalkan Shaklee. Sbb bila ada baby, jadual tidur terganggu, cepat letih, emosi pon mudah terganggu.

Bila set penyusuan tuh sampai je rumah, mmg saya terus cuba hahahaha. Masa tuh rasa terdesak sgt nk buat stok. Pada saya, biarlah saya mencuab apa yg saya mampu lakukan demi nk menyusukan maryam dengan susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Doakan saya berjaya ye kwn2..

Syukur ke hadrat ilahi, tak berapa lama selepas mengamalkan set penyusuan ni saya berjaya mengepam 5oz sekali pam, dan semakin hari semakin meningkat ke 6 oz, 7 oz, 10 oz dan penah jgk dpt 13 oz, dan susu juga bertambah pekat!.Dalam sehari saya boleh dapat lebih 20 oz..Mungkin ada yang pernah dpt lebih banyak dari ni, tp bagi saya ini dah cukup menggembirakan saya. Yeayyyy!


Badan pon rasa lebih sihat, lebih bertenaga.stress pon dpt dikurangkan sebab dalam set penyusuan ni terkandung B-complex.. B complex ni terkenal sebagai anti-depress. Xdelah ibu2 lepas bersalin meroyan hihihi. Nanti next entry saya akan ceritakan fungsi setiap vitamin yang saya makan..

Terus jadi ahli shaklee. Sebab saya jadi ahli memulanya adalah utk mendapatkan harga ahli sebab saya sendiri nak guna kan :) tapi sambil2 tuh saya ingin menambah pendapatan sendiri dan keluarga. Mudah-mudahan :)

Jadi pada sesiapa yang berminat nak mencuba set penyusuan shaklee ni boleh la hubungi saya. Saya akan cuba bantu sedaya upaya dan cuba bagi pendapat set yang mana yang sesuai buat anda. Nak set basic ke, nak set 3M yang macam saya guna ke, nak trial pack ke. In sha ALLAH semua ada hehehe. Macamana nak hubungi :

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sunday, February 10, 2013

SET PANTANG SHAKLEE BESERTA TESTIMONI


Assalamualaikum bakal-bakal ibu dan bakal-bakal ayah :)

Buat ibu-ibu mengandung, perkara yang paling di titik beratkan semasa mengandung dan yang di survey berpuluh-puluh kali tentunya set untuk berpantang. kenapa saya ckp begini, sbb daku berpengalaman men-survey semasa mengandungkan si tecit maryam hehehe. Setelah di survey-survey, set pantang shaklee adalah yang paling ekonomi, dan juga di sertakan trial pack utk kegunaan 40 hari.. haaaaa, menarik kan! :) Bagi para-para ibu dan ayah di luar sana, barangan shaklee tidaklah mahal seperti yang di sangka. Beg LV lagi mahal hihihi. bak kata omputih, value for money. apalah salahnya melabur sedikit wang utk kesihatan diri sendiri dan kesihatan insan tersayang. Buat para suami, hadiahkan set berpantang buat isteri tersayang yang mengandungkan zuriat buat kalian :)

Testimoni penggunaan SET BERPANTANG DAN SET PENYUSUAN


Kenapa set berpantang shaklee sangat laris dan popular? kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat berpuas hati dengan hasilnya. Luka cepat sembuh, tenaga cepat pulih, emosi lebih ceria, penyusuan lancar,
berat pon in sha ALLAH cepat turun :)

SET PANTANG SHAKLEE

Set berpantang ini mampu bertahan selama 4 bulan. Set ini bukan sahaja boleh di gunakan ketika pantang sahaja, lepas habis pantang pon boleh makan untuk kesihatan badan yg optimum. haaaa, kan bagus tuh :)

Harga jangan risau, harga istimewa menanti para-para ibu ayah di luar sana. Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut. ooooooo, trial pack jugak di sediakan ;)

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
Email : bazilahramly@gmail.com

Akhir kata, selamat bercuti dan pada bakal-bakal mommy daddy sila enjoy ur journey to the parenthood world...

Monday, October 22, 2012

Lumiglow Membantu Kehamilan



Saya terbaca pasal lumiglow ni dari belog Dr.Zubaidi, beliau ada beri sedikit sebanyak pandangan beliau tentang LumiGlow nih, kata nya boleh membantu kehamilan
kalau sesape nak baca pasal Lumiglow yang boleh membantu kehamilan ni dengan lebih banyak dan detail bolehlah klik link ni
sebelum ni saya pon tak pernah dengar pasal lumiglow ni
cuma lepas dah kawen n peknen ni saya banyak baca kt page Dr.Zubaidi ni
mmg seronok baca blog Dr.Zubaidi nih, sbb byk info yg dia kongsikan dengan kita :)



p/s : mungkin pada sesiapa yg dah lama berkawen n belum di kurniakan zuriat bolehlah cuba produk ni,
apa salahnya mencuba kan :)

USAHA. DOA. TAWAKAL

Friday, October 12, 2012

Percubaan Pakai Kain Batik



Pengakuan hari ini : saya tak pandai pakai kain batik (maluuuu) hahaha
bila dah nak dekat due date, ibu selalu je pesan " belajar2 ngah pakai kain batik, kang bising nurse kt hospital tuh nnti..erm,saya xdelah risau pasal nurse tuh nk bising ke ape nnti sebenarnya apa yg saya takutkan sgt sbnrnye "TAKUT KAIN BATIK TU TERLOCOT JER NNTI! KANG SAYA KE MANA, KAIN BATIK TERTINGGAL KT BELAKANG " hahaha

Jadinya incik suami dengan semangatnya tolong google kan utk isteri nya cara-cara pakai kain batik. semangat suami ku! hehehe. tenkiu bebeh :) Antara tutorial yg kitorang tgk yg kt bawah ni laa, korang boleh lah klik jugak kalau korang pon termasuk dalam golongan 'cerdik pandai' ni hihihihi..Jangan malu segan, klik aje. Kang malu2 kucen skrg, kang takut ade kejadian termalu-malu kt hospital hehe

Kain Batik 1

Kain Batik 2 


Cehhhhh, saya ni ckp jer pandai. pas dah tgk tutorial nih, xdelah praktik kan pon hahaha. cuma ada satu weekend aritu jer saya try pakai kain batik. itu pon tak sampai setengah jam kot! rimas kt bahagian perut yg dah besar nih, rasa cm tak bernafas perut (ada jer alasan kan :D)

Doalah, kain batik saya terletak elok jer nnti ek :) ohhhh, kain batik tak penting mana pon, doakan saya dan baby selamat semuanya..less than one month to go, INSYAALLAH.........

Tuesday, October 2, 2012

Maternity Bra


agak malu dengan tajuk entry
maaflah saya suka betul malu ngan mende2 cmni haha
tp xpelah tebalkan muka hehe

mommy-to-be, mommies kt luar sana dah beli ke maternity bra?
saya dah beli! yeayyyy! hehe
tapi lom dapat lagi lah tapinye :D
semangat makcik ni membeli tau
pastu tamak haloba plak tuh beli sekali 5 terus hahaha
dah beli banyak2 pastu guna alasan xpe pasni boleh guna hihihi
sedap sket ati sendiri dan yg penting hati suami turut ceria hikhikhik :D

saya xde lah g shopping complex n beli brand yg mahal2 cm audrey tu ke apa ke
saya beli yg brand biasa ade kt mana2 online shop jer
senang sket online ni, SEMUA NYA DI HUJUNG JARI :)
yang penting duit dalam akaun haruslah ada huhu

saya beli brand Fabulous Mom Kelly's 
sebab saya beli 5 ketul bra jadi dapatlah harga RM25 seketul
kalau beli kurang dari 5, setiap satu RM25.90 :)
bagi saya ni dah kira murah la dari mana2 online shop yg lain
tapi x tahu lah kan kot2 ada tp saya terlepas pandang
Design pon comey2 weeeee
Walaupun maternity bra ni letaknya kt dalam baju, still jugak nk cari hok yg comey2 haha




comel kan huhu
haaaa yang lelaki jgn nak tenung lelame, kang rabun terus mata tuh
tapi kalau niat nak beli utk isteri xpe hehe

kalau korang berminat lehlah tgk Facebook Yusra's Closet

Kat Yusra's Closet ni ada jual2 mende2 lain jgk, breastpump ada, cooler bag ada,maternity ngan nursing wear ada..eh macam2 lagi lah ada...

saya pon tengah usha2 breastpump, kt sini pon mcm murah juge huhuhu
akan di fikirkan :)


oklah, selamat bershopping semua!




Tuesday, September 25, 2012

Baby Bullet Food Blender From RM128 – Groupon Deals



Dah 5.15, dah sgt penat, takde mood nak koje.tggu masa balik je ni..bukak email, nmpk plak email dari GROUPON.. Ada deal terbaru, khas utk ibu-ibu yg tgh planning nak bagi solid foods utk babies, bakal2 ibu yg tak sabar nak beli pon boleh tgk dan beli hihihi..Mcm best je deal ni (tgk gmbr bwh ek)..try jgk cari review2 pasal Baby Bullet Blender nih tapi cm tak berapa byk ke saya yg dah malas nk google lelebih tak tahu la kan hehe. Korang boleh lah try google sendiri ok :)







Klik sini utk tgk Full Specification

Laman Web Baby Bullet

Nampak cam menarik kan :)

Tunggu apa lagi, belilah satu pastu tlg review ek hehehehe..



Friday, September 21, 2012

NeuroGain PB baik untuk ibu dan kandungan?



Hai semua. Arini nak share supplement tambahan yang saya makan semasa preggy nih. Masa saya disahkan preggy, mak mertua, biras2 suggest makan NeuroGain PB nih, tapi biasalah orang tak dengar cakap, orang degil makanya xdelah saya makan hahaha. Sebenarnya saya tak makan sbb saya igt NeuroGain PB nih sejenis susu, dengar jer NeuroGain PB saya dah terbayang susu kambing lah, susu lembu lah. Haha allergy betul kalau sebut susu sbb saya mmg tak suka susu..Maaf mummy tak ikut nasihat (Padahal MIL dah menyambut beratus-ratus baby dah mesti dia lagi tahu kan :D)


Korang semua pernah dengar dan tahu tak pasal NeuroGain PB ni?? Actually bukan susu pon, dia dalam capsules. Doktor pakar yang saya jumpa tuh ckp NeuroGain nih mcm sejenis minyak ikan laa (ke saya salah dengar masa tuh? Hihi) Tapi alhamdulillah berkesempatan jugak nak makan NeuroGain PB ni..Saya mula makan masa kandungan dah masuk 7 bulan dan dari apa yg saya baca sebenarnya NeuroGain ni mmg baik dan lagi bagus di makan masa 3 bulan terakhir sbb takut kalau makan dari awal kehamilan takut anak jd hyperactive tp saya tak tahu lah kebenaran nya, mungkin sesiapa yg dah pernah makan boleh share..

NeuroGain ni baik utk perkembangan otak baby dalam perut kita ni :) Moga anak umi dan abi jadi anak yang baik, cergas, lagi bijak pandai. Amin…Doktor pon cakap melalui kajian yg di buat, NeuroGain nih mmg bg kesan positif pada perkembangan otak bayi tp doctor pon ckp ni semua subjektif. Kita berikthiar, ALLAH yg tentukan semua :)  

Dan dan saya rasa Neurogain PB nih jgklah yg membantu HB saya naik ke 11 semula. Sbb bila baca-baca, NeuroGain PB ni pon baik utk preggy ladies yang ada unbalanced maternal diet..Mungkin NeuroGain nih sedikit sebanyak membantu lah kan..

Sebelum ni saya mmg makan ubat yg doctor kt Klinik Kesihatan tu kasi jer, takde supplement2 tambahan nih.Bila pergi pakar die suggestkan ini.. Doktor lebih tahu kan, ikutlah nasihat doctor walaupon kdg2 degil nk ikut kepala sendiri jer hehehe..

Pada sesiapa yang belum cuba, saya rasa bolehlah mencuba.. tp kalau rasa nk tnye doctor dulu lagi ok kot :) saya share saja huhuhu..ohhhhh, NeuroGain ni pon baik utk Breastfeeding mommies ngan NeuroGain utk kanak2 pon ada :)

Boleh klik sini, utk baca lebih lanjutttttt…

Have a nice day :)


Thursday, September 20, 2012

Doa Untuk Anak Dalam Kandungan

Sharing is caring
p/s : asyik igt arini jumaat jer :|

Thursday, July 19, 2012

13 Cara Suami Melayan Isteri Mngikut Cara Rasulullah S.A.W

(nak feeling-feeling pengantin baru :D)


1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan..



Peribadi Rasulullah haruslah menjadi ikutan dan tauladan buat semua :)


p/s : nanti lah update pengalaman minum air gula ngan result check up 25 weeks. masih berduka dengan result regular check up (konon2 berduka) :P

Thursday, July 12, 2012

Ibadah Aqiqah


"Ramai ibu bapa yang bertungkus-lumus mengumpul wang utk bayi yang bakal lahir ( beli mcm2 pakaian etc) tapi sgt sedikit jumlahnya yang bertungkus lumus menyimpan wang untuk ibadah aqiqah" 

Saya tak igt saya terbaca dari mana kenyataan kt atas nih tapi tersentap jgk lah masa membacanya. :)
jadi peringatan buat diri sendiri dan mungkin utk org lain juga :)

meh sharing sikit :)

Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW , lalu Baginda bersabda yang maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Daging aqiqah sunat kita masak dengan masakan yang manis dan sedekah kepada orang ramai atau jiran-jiran kita.  Bukan sekadar buat kenduri jamu orang makan sahaja.


Last but not least.............................................................


hihihihi
Have a good day everyone :)






Wednesday, July 11, 2012

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Di pagi rabu yang mendung, sejuk, lagi nyaman ni nak lah kongsi sesuatu untuk kebaikan kita semua bersama :)
SHARING IS CARING (^O^)


Lihat di sekeliling kita senyum pada semua, pada suami,anak-anak, isteri, mak dan ayah tenung wajah mereka dengan penuh kasih sayang, bawa mood bahagia dan ceria ke pejabat. Ucapkan salam lemparkan senyuman pasang niat dalam hati ingin bahagiakan semua orang yang penting ingin bahagiakan diri sendiri. Buang segala aura negatif,bersangka buruk,iri hati,ego buang ke dalam tong sampah. tulis ayat-ayat yang negatif dalam satu kertas buruk dengan perasan yang kita tulis, gumpalkan dan buang ke dalam tong sampah jauh-jauh dengan niat buang segala sifat yang buruk telah di tulis tadi,ingin membuang semuanya dari dalam diri seperti membuang ke dalam tong sampah ...........(Prof Dr.Muhaya)

p/s : pagi tadi buat yg dah kahwin, senyum pada suami tak sebelum pergi kerja? yang belum kahwin, ada senyum ngan parent tak pagi tadi? saya? buat muka comel jer pagi td hihihihi :D


Thursday, July 5, 2012

Tips untuk atasi morning sickness


cute je gambar hehehe
arini nak kongsi beberapa tips cemane nak atasi morning sickness
saya dapat tips ni semua setelah dtg kerajinan utk membaca :D
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap (saya makan banyak dan kerap hihihi)
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yg dpt mengatasi rasa mual
  • Masa bangun tidur, jgn terburu-buru bangun. Duduk kejap then bangun perlahan-lahan. Kalau korang rasa mual masa bangun pagi, prepare siap2 apa snek atau biskut dkt dengan katil so korang boleh makan before korang bangun untuk mandi atau lain2 hal :)
  • Jangan jangan dekati makanan berlemak, berminyak dan pedas
  • Minum air yg cukup. Minum air masak atau jus. kurangkan atau kalau boleh jauhi minuman yg berkafein dan berkarbonat (saya sekali2 jer minum itu ponnnnn skit jer incik suami kasi :D)
  • Beristirehat lah dan relax selalu dalam menguruskan morning sickness ok :) stress2 nnti takut lagi teruk jer..
mungkin ada kaedah lain yang mak-mak, atau nenek-nenek masing2 kongsikan. terpulanglah pada tuan empunya badan :)

p/s : alhamdulillah, saya bersyukur sangat2 untuk kali ni saya tak mengalami morning sickness. xde muntah2, hanya muntah kalau saya terlambat makan..

p/sssss : ptg nih ada check up. hopefully semua akan bagus sebagusnye! amin..

Wednesday, July 4, 2012

sakit belakang !

seminggu dua nih asyik merengek jer dengan suami pasal sakit belakang
sakit sangat wuwwuuuuu
incik suami urut perlahan-lahan jadi lega sikit
bila datang kerja, naik kereta menjadi-jadi balik sakit
bantal kecik asyik lupa jer nak bawak pegi opis
at least bila ada bantal kt belakang nih leh la lega sikit kot

Dari apa yang saya baca dari buku yang incik suami beli dan internet
sakit belakang memang normal bagi pregnant women
ni semua sebab si kenit dalam perut makin membesar dengan jayanya jadi otot2 menegang dan postur badan pon berubah dan dan dan sebab rembesan hormon 'relaxin' (nama mcm nak merelaxkan) yang mana 'relaxin' ni di tugaskan untuk melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan backbone utk birth preparation..wondering, dulu masa belajar subjek biologi kat sekolah ada ke belajar ni semua ek..
pertambahan berat pon boleh jadi sebab sakit belakang, dulu berat 49-50 kg jer, skrg toksah ckplah.

Mcmana nak kurangkan sakit belakang ni yer
hmm, maybe kena bwk bantal kecik utk letak kt opis
kasut mmg x pkai heels dah, pkai flat jer skrg ni
Hopefully, sakit belakang nih hilang x lama lagi




Gambar hasil ihsan Mr.Google

hopefully ni dapat membantu makcik yg asyik merengek ni sobsobsob :| 






Friday, June 29, 2012

Buaian berendoi untuk cukur jambul & pakej pengantin

Penat dah melayan encik excel kt pc opis ni, sakit belakang lagi..layan la facebook sekejap sambil cuci2 mata..tgh cuci2 mata baca status kengkawan, ter’stumble’ dekat page biras kesayangan saya kt kelantan nun..duk mencuci mata ler plak tgk buaian berendoi untuk kenduri akikah atau cukur jambul. Cantik menarik tertarik…ermm comey-comey jer semua..pelamin-pelamin, set bilik tidur pon gojes2, ni yang rasa nak bersanding sekali lagi je hihihihi..meh nk bagi korang semua cuci mata sesame :) layannnnnn…









Gambar semua credit dari page Cantik Gallery

Hmmm dah cuci mata, rasa lapar plak. Haruslah ke pantry cari biskut-biskut untuk di mamam hehehe…


Friday, June 15, 2012

Pengagihan Berat Badan Semasa Hamil

Nak kongsi sikit tentang pengagihan berat badan semasa hamil..Ini semua saya baca dalam buku yang di beli oleh incik suami :)

apa yang kita semua sedia maklum, masa pregnant, berat badan kompem akan naik punya. kalau turun alkisahnya membebel lah nurse-nurse, doktor-doktor nnti..terlebih berat pn kena bebel jgk. APA PON TAK BOLEH hehehe..okeh, mari baca..

PENGAGIHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL (SECARA PURATA/AVERAGE OK :))


Baby : 3.4 kg
Placenta : 0.68 kg
Extra Fluid : 1.36 kg
Increased Blood : 1.25 kg
Amniotic Fluid : 0.8 kg
Uterus : 0.9 kg
Fat deposits : 3.18 kg (makkk aihhh beratnyaaa!)
Breasts : (0.5 kg)

Total weight gain : 12 kg


Now, everyone can fly! eh eh hehehe. now everyone dah tahu kannnn..so how much weight should all of u gained then??? Dari pembacaan saya, xde apa2 guidelines pon dalam penambahan berat badan ni cuma nya pakar-pakar kesihatan nih nak bakal-bakal mommies sekalian ada sedikit idea berapa berat badan yang patut /perlu ketika mengandung..

  • general rule of thumb (rasa mcm belajar engineering balik pulak hehehe) : most pregnant women should gain 12.5 kg (average)
  • Kalau sebelum pregnant, bakal mommies-mommies sekalian dah ada normal weight so you should expect utk gain around 11 kg semasa pregnancy (tapi kalau dah berat xleh naik, jgn memaksa diri plak yer)
  • Kalau sebelum pregnant, you were underweight so bakal2 mak haruslah aim utk gain around 16.5 kg (banyaknyeee hehe)
  • Kalau sebelum pregnant dah overweight, so you should aim to put on NO MORE THAN 6 KG :)

Okey mommies-to-be sekalian? ada paham ? heheh.. tapi ini semua, guidelines je, apa yang penting baby masing-masing sihat. mudah-mudahan, amin....

HAVE A NICE DAY :)




Thursday, June 14, 2012

Solat Sunat Dhuha Pembuka Pintu Rezeki


“ Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya”

(Riwayat At-Thabarani)

 Nak share sedikit pasal kelebihan solat sunat dhuha ni dgn semua org. Selain dapat mendekatkan diri dengan ALLAH s.w.t untuk menjadi seorang hamba yang di redhai dan di rahmati, solat sunat dhuha juga di katakan pembuka pintu rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w “ Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan “.. Tapi, kita kena lah istiqamah dalam melakukan solat sunat dhuha ni, buat kebaikan kan kenalah sentiasa istiqamah (nasihat untuk diri sendiri yg selalu lalai dgn urusan duniawi ni)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “ Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuha nya nescaya diampuni ALLAH baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan “

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Sayang nya ALLAH s.w.t pada umatnya kan..

saya still ingat lagi, suami kerap melakukan solat sunat dhuha dan kami suami isteri dapat banyak berita menggembirakan dalam satu bulan tuh.. yang pertama nya incik suami dapat pekerjaan baru di negeri sembilan dan antara berita yg paling menggembirakan ialah ktorg bakal dapat cahaya mata..insyaALLAH semoga di permudahkan segala nyaaa..semua tu rezeki dari ALLAH.

Walau apa pun ganjaran nya, elok lah kita buat sesuatu tuh dengan niat nak mendekatkan diri kita pada ALLAH :)



Monday, June 11, 2012

chiffon/cotton untuk raya !


saya dah start survey-survey baju untuk di buat raya hehehe
cehhh puasa belom lagi, dah pikir pasal raya :D
tapi betul lah kan, kang lmbt2 kompem la tailor xnk amik tempahan dah
menangis lah xde baju baru (mcm budak kecik plak hahaha)
tahun ni tahun pertama sambut raya aidilfitri ngan incik suami
jadi haruslah sedondon :)

tapi rasanya tahun ni beli baju siap je kot
kang tempah skrg, by the time raya jer tkt xleh pkai sbb little munchkin dalam perut dah membesar :)
tapi survey tetap survey
saya ada tgk kain chiffon ngan cotton yg bukan je cantik tapi glemer sgt!
mmg cantik !
harga pon cantik huhuhu

ni antara yg saya minat






cantik kan???
cantiknyaaaaaaaa....

kalau korang berminat cekidout here 

Have a nice day semua :)

 

Template by BloggerCandy.com