Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua


Alhamdulillah, selamat melahirkan anak kedua pada 9 January 2015 (Hari Jumaat) tepat jam 1.51 tengahari . Dah 2 bulan lebih dan dah masuk kerja pon baru nk cerita hihi. Anak dah 2 ni kebizian tu lain macam sikit haha. Mana nak layan kerenah kakak Maryam, mana nk tgk si kecik, nk pump susu, nk masak. Sudahnye ummi makan tengahari time sepatutnya minum petang hahaha. takpe2 pelan-pelan kayuh, inshaa ALLAH lepas ni dah boleh handle dengan pantas dengan bantuan dari husband :)

Ok meh dgr cerita pengalaman bersalin Muhammad Irfan Rifqi Bin Mohammad Izzat.



Malam 8 January tu masih seperti biasa, xde sakit apa2, Cuma penat macam biasa sebab letih di opis. Tdo awal as usual.

Pagi 9 January tu masa mandi pagi, mcm terperasan ada darah masa buang air. Tapi mcm mamai2 lagi kan masa tu, rasa mcm darah, rasa mcm bukan kot ehhhh haha. Tapi masa tu ikut naluri keibuan ni (ceh keibuan gitu) heeee, rasa nye tu mmg darah tp ckp kt diri sendiri takde pape ni sbb ikut pengalaman masa maryam, keluar tanda darah berhari-hari baru lah keluar cik Maryam keluar dengan selamatnya. Inform husband, husband dah mcm risau dan dah mula tnye byk kali nk g hospital atau tidak.  Decide nk pergi kerja jugak sbb 9hb tu dpt surat utk BONUS 2014 hahahaha. Kemain kan, nk g kerja utk surat bonus je hihihi

Dalam 9 pagi dah mula rasa contraction, mild lagi lah. Tp mmg kerap. Dalam 5 minit sekali dan 20-30 seconds contraction tu. Alhamdulillah masa tu boleh tahan lagi. Cakap dengan officemate, dh ada contraction, officemate suruh balik pergi hospital. Si degil ni siap ckp tggu kang tghari la, amik half day terus.

Sebelum pukul 10 dah dapat surat untuk BONUS! Yeayyyy! Hahaha. Kiranya daku bersalin dalam keadaan gembira sbb dpt bonus hihi. Husband cakap dia akan ambil pukul 10.30 sbb dia dah risau. Isteri pon dah risau jgk sbnrnye hihi.

Eh nnti sambung ye. Ada hal :)


To be continue~~

Wednesday, June 12, 2013

Azam Baru


Walaaaawehhh dah masuk 2nd quarter 2013 baru nak cerita pasal azam hihi. Takpelah, biar lah lambat asal ada jgk :D

# Nak update resume. (update resume pon memerlukan azam ke? Hahaha. Perlu okehhh sbb bab2 nk update ni bazi memang malas)

# Next step kalau berjaya update resume adalah survey2 tempat kerja baru. Alamakkkk,ada ke org opis baca blog ni? Hahahaa. Kalau ada senyap2 sudeyy. Kerja sini seronok, orang2 nya pon friendly n gila2, kerja tak stress tapi ntah rasa nak perubahan. Nak rasa new environment. 3 tahun kat sini rasa nya dah cukup lama.

# Nak rajin masak untuk suami. Bukan hanya rajin untuk Maryam. Suami dah jeles sbb asyik buat makanan Maryam je hihihi. Inshaa Allah incik suami, demi mu walau letih puan isteri akan cuba jugak masak. (Aritu masak terlampau pedas smpi diri sendiri nk mkn byk pon tak mampu tapi incik suami makan byk jgk….terharu (bergenang air mata plakk sob sob sob)

# Nak rajin lipat baju. Baju kering sumbat dalam bakul terus, sampai menggunung dalam bakul. Tak tahu lah nape malas di tahap gorgonnn. Mood melipat hanya datang dengan bantuan/suntikan semangat dari suami.. Suami puji sikit, peluk sikit, cium sikit baru nk lipat baju ! hahaha. Tah ape lah penyakit ni. Hormon kawan kawan. Hormon. Salahkan hormon

# Hujung tahun ni nak target income 4 angka dari Shaklee.Wah, DREAM BIG! Hehehe..TIADA YANG MUSTAHIL

# Nak jadi isteri, ummi, anak yang terbaik.

Hmmmm, cukuplah 6 jer dulu. Oklah have a nice day korang. Oh Please doakan azam bazi ni terlaksana oke . thanks!

Thursday, June 6, 2013

Baby Chair Pilihan Hati


Bila maryam dah mula makan, ummi nye ni mula lah beriye-iye survey kerusi untuk si kenit duduk. Kunun nye lagi selesa dan praktikal dan beradap duduk di kerusi (hahaaktuihhh). Yelah takdelah anak dara bazi tuh terkangkang2 duduk kt simen kan (alasan nk sedapkan hati sendiri hahahha) Padahal boleh jer bg Maryam mkn sambil pegang dia atau duduk kan die kat fisher price rocker tuh. Ini semua nafsu ummi utk membeli, abi iyooo kana je lahh hihihi..Xpelah bila dah beli ummi akan pastikan baby chair tuh akan di guna kan sebaik mungkin, semaksima yg mungkin! Yezzzaaaa~

Jadi bulan lepas bersurvey-survey lah kami suami isteri mencari baby chair yg sesuai. Yg sesuai bagi kami mksdnye mesra poket kami, mesra pengguna (boleh di guna pakai lama), dan praktikal. Cari punya cari memang banyak rupanye baby seat/baby chair/ booster seat utk baby ni. Apa yang penting duit jelah kena ado.


BUMBO SEAT


Bumbo seat ni memang comey. Boleh beli dengan tray jugak. Warna pon menarik, memang warna yg ceria2 sesuai utk si kecil..Bumbo seat ni boleh di gunakan bila mana baby dah boleh control their own head. Takdelah kepala anak tuh terkulai2 je nnti kan. Tapi org2 tua ckp x baik dudukkan anak selagi die x boleh duduk dengan sendiri nye. Sbb tulang die tak kuat lagi. Maybe ada benarnya. Tapi sekejap xpelah, utk train die hehehe. Kelebihan bumbo seat ni adalah mudah di bersihkan,portable, ringan, cantik, menarik dan debomm. Tapi kekurangan nya tak boleh guna kt high surface (tanpa pengawasan org dewasa lah k), rasa nya baby x boleh duduk lama dlm tuh, dan kekurangan yang paling ketara bagi kami suami isteri adalah harganya yg mahal hahaha. Kalau ikut yg kami survey harga memang RM190 ke atas. Hmmmmm~

ANBEBE BABY SEAT



Lebih kurang sama je ngan Bumbo seat Cuma slightly cheaper tapi still mahal bagi kami wahahaha (siapa kata engineer gaji besar? Hahaha. Engineer pon kuli juge mihmihmih)


FISHER PRICE BOOSTER SEAT


Booster seat ni pon ok, boleh guna lama. Ada tray, ada seat belt lagi hihihi. Kelebihan lain adalah warna menarik juga ada combination color biru hijau krim. Dan ada juga color maroon tp rsnye kebykkan yg dijual kt mesia ni adalah color biru hijau tuh. Booster seat ni foldable jadi boleh bwk ke mana saja yg korang suka :) boleh guna di high surface, ada height adjustment, ada adjustment ikut kegemukan perut baby hihihi. Kelebihan lain adalah ringan dan harganya adalah ada mahal ada murah. Maknanya korang kena rajin survey. Kalau kt giant atau jusco booster seat ni boleh cecah RM200.. Maximum weight adalah 23 kg (mcm berat ummi Maryam masa sekolah rendah jer hihihi)

Ok, byk lg seat di luar sana. Ada yg jenis high chair punya. Tapi bazi tak survey sebab taknak guna yg high chair tu konon nya makan space hehehhe n susah nk bwk ke mana-mana..

Rasa2 korang mana yg Maryam dapat? Yg mahal tu ke? Hihihi.
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaaa, Maryam bergaya di kerusi baru hehehe. Kitorng belikan Fisher Price Booster Seat utk Nur Maryam Safiyya. Kami dapat harga yg berpatutan. Dapatlah jumpa yg harga RM160.. sorry ye, bukan nak show off harga ye tapi nak sharing saja k. siapa yang berminat nak tahu bazi beli dari siap boleh lah msg bazi  :)

Ok, cukuplah utk hari ni hehehe.

Have a nice day korang.

Wednesday, May 22, 2013

Buat Homemade Solid Food Utk Baby, Tugas Siapa?


Ibu ibu bapa bapa luar sana, siapa yg selalu buatkan solid food utk baby memasing? Mesti kebykkan nya golongan kaum mommy2 yang buat kan.


Dalam kes bazi, my superhusben yang buat hahahha. Isteri nye pemaleh! Aipppp saya sorg je boleh ckp diri sendiri pemalas, org lain a bigggggggg NO!! :D

Tapi idakler bazi lepas tangan. Cuma kebiasaannya tugas bazi dalam penyediaan solid food utk cik Maryam safiyya ni ialah bersihkan segala kekotoran buah dan sayur, potong2, cincang2, basuh dan kukus…..selesai saja kukus terus hand over kt suami a.k.a abi Maryam hehehehe..Suami mmg expert dalam hal memblender ni (puji puji sikit supaya suami akan terus rajin buat haahha)…tapi hati kecil saya berkata suami tak bagi sy yang blend sbb sy dah buat rosak baby bullet blender punya motor! Hahahha. Maybe sbb sy ganas sgt kot. Masa tuh baru guna dlm 2 atau 3 kali..memula tuh suami guna mmg ok, tapi bila ummi Maryam dah start blend kan makanan Maryam smpi kuar2 api di buatnya dekat motor baby bullet tuh uolss :) bau hangus terus masa tuh tp buat muka tak bersalah kt suami hehehe. Agknye sbb tu lah die x kasi bazi yg blend.. Boleh aje nk blend tp suami offer diri nk tolong. Thanks suami. I promise not to be singa anymore whenever I’m hungreyyyyy :D

Ohhh,motor baby bullet blender tuh dah antar semula kt tokey die utk dpt new replacement sbb still dlm warranty mihmihmihmih……

Conclusion nye, korang guna lah blender ganas2 supaya nnti suami akan risau nk benarkan korg guna blender hahaha.. Ok abaikan cadangan sgt bernas nih. Make sure hati2 ketika guna barang elektrik k :)


MODE : Tengah pikir nk bagi cik Maryam mkn apa lg ni..idea? idea?

Tuesday, April 2, 2013

My baby dah 5 bulan!


Little maryam dah 5 bulan arini.rasa cepat je masa berlalu.dan little maryam not so little anymore.ummi dah x larat nk dukung lelama huhuhu.sok g checkup.korang agak2 berapa berat maryam skrg?hehehe.masa 4 bulan aritu berat maryam 6.2kg,haaaa skrg berapa agknye?huhuhu.tinggi pon berapa agknye.. ;)

Dah 5 bulan ni menandakan tinggal sebulan je lagi utk maryam exclusive breastfeeding dgn ummi.pasni dah boleh mkn puree.harap2 ummi rajen buat puree heeeee :D

Ok,wish maryam happy birthday 5 bulan ye semua.ummi plak lelebih muahaahahahaa..

Have a nice day semua ♥♥

Thursday, March 7, 2013

Cara Mudah Nak Tidurkan Bayi Anda

Assalamualaikum dan hi semua :) apa khabar semua? Bazi selsema plak arini, duk bersin jer dari smlm. Smlm terbersin sampai terkejut si tecit Maryam tuh. Terus menangis dia hihihi..


Arini nak sharing tips mudah utk tidurkan anak. Macam skrg ni Maryam asyik tidur lmbt jer, merengek2. kdg2 dia nak main, kdg2 nak tgk tv, 2-3 pagi baru nk tidur. Kesian ummi abi hihihi..Thanks to asz miza! :) bazi tgk miza sharing kt FB dia hehehe

So smlm bazi try lah dekat si tecit tuh. Bazi lap2 sket bdn die, urut2 tapak kaki die.. memang menjadi! Alhamdulillah :) hopefully lepas ni menjadi jgk lah hehehe. korang pon boleh jgk ada berhadapan mslh mcm ktorg ni ye 

===========================
TIPS : Cara Mudah Nak tidurkan Bayi Anda
===========================

1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda. 

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.

demokkk tapak kaki ni,sama mcm kaki Maryam huhu


Have a nice day u olllss (^^,)




Friday, February 22, 2013

SALAH FAHAM TENTANG KONSEP BREASTFEEDING & SET PENYUSUAN SHAKLEE :)





Salam semua. Salam jumaat, penghulu segala hari.

Hari ni bazi nk share dengan apa yang bazi baca di internet tentang salahfaham tentang penyusuan yang kerap kali membawa kepada punca major kegagalan dalam penyusuan susu ibu kepada anak. Mari baca. Ilmu yang bermanfaat buka para ibu, dan bakal ibu di luar sana.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu:

1- Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.

2- Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - disebabkan sakit dan badan masih lemah disebabkan ubat yg banyk,menyebabkan susu kurang dan tiada..Sepatutnye prepare vit atau set bersalin yg mampu menyegarkan badan.bile bdn sihat dan segar,penghasilan susu mnjdi mudah,bnyk dan berkualiti.

3- Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.

4- Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut.

5- Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Tiada alasan jika kite mmg niat utk susukan ank dari mula lagi.Sebelum melahirkan,boleh smpan duit sket2 utk beli brg2 penyusuan.malah sekarang ade je pam manual serendah rm100.atau boleh bljr mermet untuk 'mengepam' susu.TIADA ALASAN UTK BERJAYA.

6- Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah dan belajar cara2 mengatasinya di internet.

7- Baby tak pandai nak latching sejak kecik - practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.jgn mudah mengalah.usaha dan doa padaNya.

8- Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.

9- Anak dah biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch. Pendapat bazi : boleh try NUK nye puting sbb puting lembut dan di hasilkan mirip puting para ibu.

10- Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu.

11- Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan.

12- Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa sebab ini melibatkan ATTITUDE..

13- Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.

14- Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.ianye membantu penghasilan susu dngn cepat..namun ade je natural produk.cthnye kurma,barli,pegaga etc

15- Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la hihihihi

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Sumber : babyshop.com

Siapa nak set penyusuan shaklee? Angkat tangan tinggi2 hehehe. sambil sharing sambil promosi.ecehhh hehehe.

JANGAN MENCIPTA ALASAN.ORANG YANG SUKA BAGI ALASAN TANPA MENCARI ILMU ADALAH ORANG YANG SELALU GAGAL. JANGAN MUDAH PUTUS ASA YE KAWAN-KAWAN :)


USAHA+DOA+TAWAKAL=BERJAYA.

Dalam penyusuan memang banyak cabaran. bazi sendiri pon mengalami banyak cabaran. Tapi apa yang penting kerjasama! Hehehe. apa yang penting, sabar, usaha bykkan berdoa pada-Nya insha ALLAH kita akan berjaya. Yeayyyeaayyyy

Kekurangan budget, boleh hubungi bazi untuk penyelesaiannya.


FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Friday, February 15, 2013

Bayi dan Muntah





Salam Jumaat buat semua
Besok holiiiiiiiday hehe
Nak share pasal baby dan muntah ni
Tapi dah pukul 5 lebih ni, rasa malas nak menaip
Sharing gambar je lah dulu ek
Nnti in sha ALLAH minggu depan saya cerita hehehe

p/s : baby maryam pon suka muntah walaupun dah di burpkan

Wednesday, February 13, 2013

Maryam Safiyya Dah 3 Bulan


Pejam celik pejam celik pejam celik
Nur Maryam Safiyya pon dah berusia 3 bulan lebih.
Terasa sekejap je masa berjalan

innocent face hihihi

Skrg baby maryam dah mengiring2, meniarap pon dah ade tp belum kerap
Leher pon dah boleh angkat2
Mittens dah tak pakai. Bila tak pkai mittens sedap jeeee msk tgn dlm mulut dia huhu

Berat : 5.7 kg
Tinggi : 61cm

Wahhhh, princess ku dah membesar :)
Doakan baby Maryam terus membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan pintar ye auntie semua :)


Thursday, January 31, 2013

Storage Bottle Autumnz



Storage bottle autumnz adalah pilihan kami anak beranak ecehhh :)
Ia menjadi pilihan kami kerana harganya murah, design nya pon menarik!
Ehh eh kan dah cakap bahasa melayu baku dah hehe
Saya n incik suami mmg beli storage bottle autumnz sahaja
Sbb pertama : ktorg survey2 autumnz ni yg murah
Sbb kedua : kapasiti storage sebyk 5oz
Sbb ketiga dan sebab paling utama : design nye comey! Hehehe

Ktorg dah ada 3 generasi autumnz dah, memula kaler putih, pastu purple dan skrg biru pulak . tomey! Semua ni beli dari yusra’s closet...

First Generation : Si Putih Suci
Si Lilac Ceria


Si Blue Ellie

Comey kan?? hehe
Sangat banyak pilihan storage bottle kt luar sana. Apa pilihan anda? :)


Have a nice day :)





Monday, January 28, 2013

Advance Birthday Present



Tenkiuuuu incik suami!
Ni advance present tp nnti bulan 4 ade jgk hadiah lain kan?hihihi.
Walaupun x dapat iphone 5, tp still happyyyyy
Tenkiuuu bebeh! Love u more n more :)

Maryam dan abi :)

Have a good day everyone!

Monday, January 21, 2013

Puting Susu NUK Pilihan Baby Maryam

Lama dah nak share pasal ni tapi asyik tertangguh je hehehe

Puting pilihan kami anak beranak adalah NUK!
Saat pertama nak ajar baby maryam minum susu guna botol adalah saat paling menakutkan dan agak sedih hukhukhuk

Mestilah sedih kan, selama ni mengopek ngan ummi dia jer tp tetibe dia ada pengganti.
Ahh, ummi ni tak rock betul lah, sikit2 nak emo huhuhuhu (mesti maryam kate mcm ni dlm hati hehhe)
Takut pulak sbb takut dia taknak minum guna botol…

Ok, ni pengalaman sy bagi baby maryam minum guna botol dan puting NUK :)
Ummi nye duk cuak jer masa bagi tuh, terus sumbat dlm mulut si kecik. Dalam hati berdebar-debar
Tapi syukur ya ALLAH, si kecik ni sgt mudah. Xde nye dia tolak2 puting tuh, sedap aje dia minum hahahha. Penat ummi ngan abi risau kehkehkeh. Good girl maryam! :)

Jadi alhamdulillah, kami teruslah menggunakan puting NUK.
Puting nih mengikut apa yg saya baca, memang lembut . bila lembut senang baby nak terima dan baby akan tetap nak menyusu dengan kita sebab mungkin tahap kelembutan puting NUK sama/ lebih kurang sama dengan nipples..



ni lah botol Maryam :)

Apa pilihan ibu di luar sana pulak ??
Jom Lunch :)


Friday, January 4, 2013

Rindu Pada Si kecik…



Rinduuuuuunye. Kang balik keje cik maryam tido..
Tapi pagi td dh borak, pukul 5 si tecit dh bgn.huhu
Arini Cik Maryam Safiyya dah 2 bulan 2 hari
Rasa sekejap je
Si tecit ni pandai borak dah. Sgt geram bila tengok n dengar dia borak, rasa nk cubit-cubit je pipi dia hehehe. geram ngan anak sendiri hahahah

Aunties meh tgk gmbr cik maryam safiyya botak. Dah dibotakkan awal disember aritu. Rinduuuuu dengan rambut lebat dia huhuhu

sebelum di botak kan :)



tadaaaa dah botak :)
Update checkup 2 bulan:

Berat : 4.8 kg
Tinggi : 58 cm
Injection: check!

Alhamdulillah Cik Maryam Safiyya tak demam lepas injection dan besarlah harapan abi n umi agar maryam terus sihat dan membesar menjadi anak yg solehah, sihat, cerdik belajar, lemah lembut, menawan n semua yg baik2 doa abi dan umi khas buat maryam tersayang…



Monday, December 31, 2012

Kembali bekerja selepas cuti bersalin



Senyuman manis dari cik nur maryam safiyya buat semua :)
Rinduuuuuuunye ngan cik maryam ni.
Arini ari pertama bekerja. Last day in 2012,masuk office semula huhuhu
Ikutkan hati nk smbg jer smpi lepas new year, tp suami suruh kerja. Saving cuti utk emergency katanyeeee huhuhu

Fuhhhh fuhhhh berhabukkk blog nih hehee
Nanti byk mende nak cerita. Continue laterrrrrr!

p/s : gmbr kt atas gmbr cik maryam sebelum di cukur botak heheeeee.


Monday, November 12, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Maryam Part 2


continue entry sebelum nih hehehe. tgk gmbr baby maryam tido dulu hehehe..

Tido mengiring, kaki bersilang, tangan kt dagu, mcm org besar huhu
Sebelum masuk labor room,tak sempat pon nak bermaaf-maafan ngan incik suami..actually bukan x sempat, tapi ada sikit rasa segannnn haha..sorry incik suami (^^,). Masuk2 je labour room, doktor2 terus setup CTG, cucuk sana cucuk sini huhuhu. then check VE sekali lagi, rupa2 nya dah bukak 6cm..Saya masuk LR lebih kurang pukul 6 ptg cmtu..Untuk pengetahuan semua, saya bersalin kt Hospital Tuanku Jaafar jer, government hospital so sebelum bersalin xdelah ngada2 nak request doktor perempuan sahaja tapi tup2 masa dalam LR, nurse tanye " Puan nak request doktor perempuan sahaja ke?" terus saya jawab yer :) Alhamdulillah dipermudahkan..jadi sepanjang saya bersalin, saya di kelilingi doktor2 dan nurse perempuan sahaja :)

Dan yang paling saya bersyukur sekali, suami ada di sisi sepanjang proses meneran tuh. Nurse cakap dengan saya suami sekali meneran hahaha. Tapi seriously cakap, suami betul2 bagi semangat dlm LR tuh,suami siap ckp " syg dah nmpk rambut baby, sikit lagi, sikit lagi " huhuhu.. rasanya kalau suami xde mungkin lama lagi lah saya dalam LR tuh..Terima kasih suami. I love you :)

Oh, bila dah bukak 6cm tuh, doktor terus pecahkan air ketuban / artificial rupture of membrane (ARM), dengan keluarkan air kencing (katanya boleh membantu utk meneran). tapi masa doktor keluarkan air kencing tuh, rasa nk meneran tuh sangat kuat..bila dah pecah air ketuban, air kencing dah keluar,contraction makin rasa sgt kuat. sakittttt wooo. tapi selawat byk2, tarik nafas panjang2 insyaALLAH rasa lega sikit kesakitan tuh walaupun lega sekejap saja..bila dah pecah air ketuban, doktor kata dah bukak 8cm..

Masa dalam LR, mcm2 ragam ada. korang akan dengar org kt partition sebelah punya jerit lah, doktor punya jerit lah huhuhu. saya sempat tnye nurse lagi " nurse agak2 saya berapa lama lagi ni, sakit ni nurse " hahaha. nurse siap pandang jam, tnye anak 1st ke , then cakap mungkin 4-5 jam lagi nih. gileee lama wehhhhh...

Kol 7.30, memang xleh nk tahan dah. ckp ngan nurse saya nak teran..suami, nurse, doktor semua bagi semangat suruh teran. x tahu lah berapa kali saya meneran hahaha. bila rasa sangat letih, suami, doktor dan nurse bagi semangat suruh teran semula..Alhamdulillah 7.48 mlm, baby maryam selamat di lahirkan :) rasa sangatttttttttttttt lega. suami terus bisik2 " baby maryam dah keluar sayang ".. Terasa sangat nikmat masa tuh, terasa segala penat lelah 9 bulan lebih, segala penat lelah meneran sangat berbaloi :)

Alhamdulillah saya berada dalam LR x lama, saya masuk pukul 6, pukul 7.48 baby maryam selamat keluar dari zon paling selesa nya huhuhu. Alhamdulillah proses kelahiran baby maryam di permudahkan ALLAH. mungkin berkat doa suami, ibu ayah, mummy abah, keluarga, kawan2 dan anda semua yang rajin baca blog ni :) Terima kasih semua!

Lepas selamat bersalin, keluarkan uri, tibalah saat utk proses menjahit, even terasa ngilu masa proses menjahit tuh, tapi sakit untuk bersalin mengatasi proses menjahit tuh hehehe.  Dan dalam otak masa tuh, pikir nak jumpa baby maryam dengan suami secepat mungkin :)

Pengalaman yang sangat2 bernilai..Sayangi dan hargai lah ibu masing2..

Baby Nur Maryam Safiyya Masa Berusia Seminggu :)

Baby : Nur Maryam Safiyya Binti Mohammad Izzat
Berat : 3.1 kg
Panjang : 51 cm
Cara kelahiran : Normal

Baby Maryam, ummi ngan abi love u (^^,)



Friday, November 9, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Maryam


Alhamdulillah dah seminggu rupanya usia si kecik maryam safiyya kami
sekejap je masa berlalu
amik peluang nk update belog sementara baby maryam lena tido huhuhu

nak share dengan semua pengalaman bersalin saya
due date yang klinik bagi 1 Nov 2012
tapi 1hb tu baby maryam still sedap duduk dalam tummy hehehe
1 Nov tu saya pegilah KK utk check degupan jantung baby
31 Oct tu lepas asar ada keluar sikit lendir ngan darah
sikitttttt sangat tanda tuh
tak amik peduli sangat sebab xde rasa sakit pon
Masa pegi KK 1 Nov tu saya ckp lah ngan nurse pasal keluar darah tu
terus nurse buat kiraan contraction tuh
Dan nurse nasihat utk g hospital terus sbb katanya kekerapan contraction dah 2 kali dalam 10 minit dan setiap satu selama 25 saat.
Orang degil ni xnk g hospital sbb x sakit lagi tapi suami nasihat suruh pegi jgk
last2 pegi jgk hospital tp itu pon malam hahaha
masa dekat screening room doktor wat VE, katanya dh ada bukaan 2-3 cm, terus kena admit wad
sakit still belum rasa , alhamdulillah :)
jam 3-4 pagi dah ada rasa sakit sikit tapi saya still boleh tahan
Check VE masa waktu pagi doktor kata still 2-3 cm
sabar je lerrr haha
start pukul 9 cmtu, saya dah mula rasa contraction.setiap 10 minit ada 2-3 kali
dari 25 saat setiap satu, semakin meningkat pada 30 saat, pada 35 saat
tahan lagi tahan lagi tahan lagi
sampai lah pukul 5 ptg, tepon suami yang dah on the way ke hospital suh cpt
sbb dh x tahan, keluar air mata tahan sakit
suami sampai hospital still boleh buat lawak lagi hahaha
terasa hilang kebimbangan bila suami buat lawak cmtu
5.30 ckp ngan nurse, sy nk suh doktor check VE
doktor check kata dah 4 cm, tolak labour room kata doktor huhu
setengah jam saya tggu wheel chair utk ke labor room
tahan sakit dgn pegang tangan suami
kesian suami huhuhu
sampai labour room, VE sekali lg, dah 6 cm!
eh ehhhh panjang nye entry hahaha
sambung kemudian la, nk tgk baby maryam :)

baby maryam buat muka hihihi

gerammmmm betul ngan si kenit maryam ni

Monday, November 5, 2012

Alhamdulillah Selamat Bersalin :)



Hai semua, nama saya Nur Maryam Safiyya Binti Mohammad Izzat

:)

(^O^)
Alhamdulillah saya dah selamat bersalin
Selamat bersalin pada 2 Nov 2012
Selamat melahirkan seorang baby girl :)
baby girl u ollll hehehe

Pengalaman bersalin? nnti kita stori mori ok, nk cium baby hihi :)


Tuesday, September 25, 2012

Baby Bullet Food Blender From RM128 – Groupon Deals



Dah 5.15, dah sgt penat, takde mood nak koje.tggu masa balik je ni..bukak email, nmpk plak email dari GROUPON.. Ada deal terbaru, khas utk ibu-ibu yg tgh planning nak bagi solid foods utk babies, bakal2 ibu yg tak sabar nak beli pon boleh tgk dan beli hihihi..Mcm best je deal ni (tgk gmbr bwh ek)..try jgk cari review2 pasal Baby Bullet Blender nih tapi cm tak berapa byk ke saya yg dah malas nk google lelebih tak tahu la kan hehe. Korang boleh lah try google sendiri ok :)







Klik sini utk tgk Full Specification

Laman Web Baby Bullet

Nampak cam menarik kan :)

Tunggu apa lagi, belilah satu pastu tlg review ek hehehehe..



Shopping Di Twins Baby


Semalam pergi mencari kain bedung untuk si tecit
memula igt nak beli online aje tp tulah online tak boleh nk pegang2 huhu 
tgk2 kt MANJAKU Senawang xde pulak kain bedung
Tapi incik suami ckp ada kedai baby baru bukak kt senawang
Mak buyung apa lagi, terus bersemangat macam ape jer hahaha

Kedai yang baru bukak tu ialah Twins Baby





gambar semua kredit dari facebook Twins Baby

barangan baby kt sini cantik2, comel2, rambang gila tgk wehhhhh
Kain bedung pon ada, mmg comeyyy sgt kain bedung tuh
igt nak beli byk tp suami ckp JIMATTTT hehe

Sayang nya Twins Baby ni xde jual barang2 cm baju tu online huhu
Korang boleh pegi dekat outlet yg berhampiran
MACAM-MACAM ADA!

Nah tgklah laman web TWINS BABY 

Nanti nak pegi lagi hihihi

Friday, September 21, 2012

NeuroGain PB baik untuk ibu dan kandungan?



Hai semua. Arini nak share supplement tambahan yang saya makan semasa preggy nih. Masa saya disahkan preggy, mak mertua, biras2 suggest makan NeuroGain PB nih, tapi biasalah orang tak dengar cakap, orang degil makanya xdelah saya makan hahaha. Sebenarnya saya tak makan sbb saya igt NeuroGain PB nih sejenis susu, dengar jer NeuroGain PB saya dah terbayang susu kambing lah, susu lembu lah. Haha allergy betul kalau sebut susu sbb saya mmg tak suka susu..Maaf mummy tak ikut nasihat (Padahal MIL dah menyambut beratus-ratus baby dah mesti dia lagi tahu kan :D)


Korang semua pernah dengar dan tahu tak pasal NeuroGain PB ni?? Actually bukan susu pon, dia dalam capsules. Doktor pakar yang saya jumpa tuh ckp NeuroGain nih mcm sejenis minyak ikan laa (ke saya salah dengar masa tuh? Hihi) Tapi alhamdulillah berkesempatan jugak nak makan NeuroGain PB ni..Saya mula makan masa kandungan dah masuk 7 bulan dan dari apa yg saya baca sebenarnya NeuroGain ni mmg baik dan lagi bagus di makan masa 3 bulan terakhir sbb takut kalau makan dari awal kehamilan takut anak jd hyperactive tp saya tak tahu lah kebenaran nya, mungkin sesiapa yg dah pernah makan boleh share..

NeuroGain ni baik utk perkembangan otak baby dalam perut kita ni :) Moga anak umi dan abi jadi anak yang baik, cergas, lagi bijak pandai. Amin…Doktor pon cakap melalui kajian yg di buat, NeuroGain nih mmg bg kesan positif pada perkembangan otak bayi tp doctor pon ckp ni semua subjektif. Kita berikthiar, ALLAH yg tentukan semua :)  

Dan dan saya rasa Neurogain PB nih jgklah yg membantu HB saya naik ke 11 semula. Sbb bila baca-baca, NeuroGain PB ni pon baik utk preggy ladies yang ada unbalanced maternal diet..Mungkin NeuroGain nih sedikit sebanyak membantu lah kan..

Sebelum ni saya mmg makan ubat yg doctor kt Klinik Kesihatan tu kasi jer, takde supplement2 tambahan nih.Bila pergi pakar die suggestkan ini.. Doktor lebih tahu kan, ikutlah nasihat doctor walaupon kdg2 degil nk ikut kepala sendiri jer hehehe..

Pada sesiapa yang belum cuba, saya rasa bolehlah mencuba.. tp kalau rasa nk tnye doctor dulu lagi ok kot :) saya share saja huhuhu..ohhhhh, NeuroGain ni pon baik utk Breastfeeding mommies ngan NeuroGain utk kanak2 pon ada :)

Boleh klik sini, utk baca lebih lanjutttttt…

Have a nice day :)


 

Template by BloggerCandy.com