Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Resepi Donut Gebu Gebas Dan Lembut


Assalamualaikum Semua.

Selamat berhari khamis. Bagaimana hari anda? Saya biasa-biasa aje, actually membosankan dengan rutin kerja yang sama setiap hari. Kawan-kawan ada tahu dekat mana-mana ada kerja kosong? Hihihi


Ok,hari ni nak share pasal donut gebu tahap tertinggi yang saya buat semalam. Wahhh tahap tertinggi kau! Hahaha. Ni lah kali pertama buat donut, dan incik suami kata SEDAP dan LEMBUT. Incik suami dah puji dah cukup puas hati :) Kalau suami kata tak sedap mahu merajuk 4 hari 3 malam hihihi.

Meh tengok gambar sikit. Ni masa tengah tunggu adunan kembang semangkuk. Kembang uolss, kembang macam makyong ni jugak mihmihmih.


kembanggg kan? Hahaha bangga tertiba sebab 1st timer ni :D

Ok meh kita tgk resepi. terima kasih yer atas resepi yang sedap ni pada empunya resepi :)


Resepi Donut Gebu Gebas dan Lembut

Sumber : Mamasya

Bahan-bahan ( boleh dapat dalam 20 - 25 biji )

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
  
Cara-cara

#Cairkan mentega dan ketepikan.
#Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut
#masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
#Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
#Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
#Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. (saya guna cake mixer haha, cepat dan pantas! sebab makyong lenguh tangan nak menguli. yg pakai mixer tu pon incik suami tolong haha)
#biar adunan lagi selama 45 minit (Saya biarkan lebihhhhh lama dari 45 minit).
#Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik).
#ambil sedikit adunan, buat bentuk sesuka hati anda. Sy buat bulat je sbb mudah, kalau yang nak buat bentuk ring pon dipersila kan :)
#Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. #Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.

#### Tadaaaaa, ready utk di makan. Ngap ngapppp ngappp.



Alamakkk, abaikan color dia yg tak berapa comey tu ye hihi. Biasa lah sambil goreng sambil lari-lari tengok cerita korea. Pls jangan tiru perangai ini kalau korang nak donut yang cantik berseri k heheh. Tapi tak pe color je gelap sikit, rasa dh sedap haha (nak jugak menang ko ni! )

Ok laaa, selamat mencuba semua! :)

Tuesday, September 18, 2012

Puding Karamel Untuk Cinta Hati Ku



Akhirnya berjaya jugak buat puding karamel, setelah berkali-kali nak buat puding karamel tp tertangguh sebab kehadiran cik malas hihihi..Incik suami suka puding karamel, jadi si isteri bersemangat lah nk membuat nye hehe..persembahkan puding karamel cinta hati ku (nama nak jiwang :D)


Alhamdillah suami suka dan ckp sedapppp. Thank u bebeh sbb suka :)
Tp insyaALLAH next time kalau buat nk byk kan lagi karamel tuh ngan nak bg puding tuh lembut sket lagi…

Nah nk share resepi :).. Maaf saya tak igt saya amik dari mana, sbb bila google2 jer terus salin langsung terlupa..harap2 tuan empunya resepi halalkan yer :)

Puding Karamel

Karamel

- 3/4 Cawan Gula Pasir (tapi saya rasa sikit, so next time nak tambah lagi gula)

Puding

- 4 biji telur
- 3 sudu besar gula pasir
- Esen Vanilla (saya letak 2 penutup botol esen tu)
- 1 tin susu cair (saya guna brand ideal)

Cara-cara

Untuk karamel, masak gula sampai cair dan warna berubah keperangan. Guna api perlahan jer. Bila dah berubah jadi perang, transfer karamel dalam talam yg nak di gunakan utk letak puding nnti..Kalau nak karamel lmbt beku sket, boleh tmbh sedikit air tp saya tak tmbh air, saya letak siap2 talam dalam periuk kukus. insyaALLAH karamel tuh akan kekal cair/ separa cair lerrr hehe

Untuk puding pulak, memula saya blend dulu gula pasir sbb saya tanak kelihatan beriya sgt pukul semua campuran nnti. Hehehe. sbb kalau pukul beriya-iya sgt, nnti tekstur puding tak cantik, nnti berlubang di sana-sini mcm kawah kt bulan..

-         Blend gula
-         Pecahkan telur dan kacau sehingga hancur dan sebati. Kacau perlahan-lahan ok.
-         Campurkan susu cair, gula yg dah di blend td, telur yg dh dikacau td dan esen vanilla
-         Kacau-kacau smpi lah sebati
-         Bila dah sebati, tuang dalam talam yg kita dah isi ngan karamel td
-         Kukus selama 20 minit
-         Kalau boleh cover penutup kukus dengan kain untuk elak air terjatuh atas puding
-         Bila dah masak, sejuk kan sekejap, terbalikkan puding tuh pastu boleh lah simpan dalam fridge :)
-         Step terakhir, makannnn hehe


Selamat mencuba! :) 

Tuesday, July 24, 2012

Kek Batik Pertama Saya!


Mggu lepas, rasa teringin sangat nak makan kek batik
Kek batik ni antara feveret food jgklah
Untuk kali ni, tanak beli , saya nk try buat sendiri!
Balik keje je terus ajak incik suami g giant beli bahan2 nak buat kek batik
Punya lah semangat mak buyung nih nak wat kek batik hehehe

Balik rumah, masak nasi goreng dulu utk mkn malam
Dah siap mkn baru start wat kek batik
Hasil nye adalah sangat nyummmy! Sedapppppp sgt hehehehe

Resepi pon mudah jer, dan bahan2 yang di beli pon kurang dari RM15!

Kek Batik Simple

  1. Milo (sepaket kecil – saya guna paket paling kecik : habiskan semua)
  2. Sebungkus biskut marie (saya abeskan semua)
  3. Butter (rasanya yg packing paling kecik : 250 gm : abeskan semua jgk)
  4. Susu pekat (guna setengah tin saja)
  5. setengah cawan air (ada org guna fresh milk)




Tengok bahan2, mudah kan hihihi. Ecehhhh, saya je yg first time buat, orang lain dah berpuluh kali wat agknye kek batik nih (malu malu malu :P)

Cara Buat

  1. Lebur semua milo, butter dan susu pekat dalam periuk
  2. Kacau laju2 supaya x berketul2 milo tuh (saya kacau perlahan jer sbb x larat hahahha, tapi saya guna api kecik)
  3. Masuk setengah cawan air
  4. Kacau lagi….
  5. Biskut marie tuh patah2kan. Saya patahkan 4, tp next time buat, nk patah 2 je kot :)
  6. Masukkan semua biskut marie dalam leburan kt periuk td
  7. Kacau2 sampai semua biskut marie tersalut cantik
  8. Angkat dan letak lah dalam bekas. Tekan2, bagi padat sket
  9. Letak dalam fridge
  10. Final step ni paling penting ! (Makan dengan penuh perasaan ok! Hehehhe )

 Tadaaaa inilah hasilnye hehehe. maaflah kualiti gmbr tak tahu nk di kategorikan kategori mana hahaha. Mmg tak berskill langsung nk amik gmbr tapi xpe, jangan nilai kesedapan kek batik ni melalui gmbr ok. Even gmbr buruk, rs nye sgt nyummmmy hehhe :)..Yeayyy, berjaya jgk saya buat kek batik nih. Incik suami, parent, adik
beradik ckp sedap hihihihi. Raya nnti leh la wat :D


Sunday, June 10, 2012

Apam Mekar Soda

Semalam terajin nak buat kuih "apam mekar soda" ni..incik suami pon keje, konon2 nak surprise suami lah, dia balik je sudah terhidang si apam mekar soda nih....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak plak kejadian yang tak di ingini berlaku..pertama sekali, saya dah sebabkan fius dkt rumah ibu saya terbakar :( siap kuar asap2 n sparks lagi...cuak dah masa tuh..rupa nya extension yg saya guna tuh dah x elok! ishhhh nasib x jadi pape..tapiiii xpe, semangat nak buat si apam mekar soda masih ada...guna lah suis lain kan, apa susah! hehe...dah best best tgk telur n gula di pukul kembang oleh si mixer, smpi lah masa nk masuk tepung...off mixer sekejap. masuk tepung dan on semula mixer tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mixer x nak berpusinggg! bengong betulll hahaha...abes semua barang saya rosakkan sbb si apam mekar soda nih :( terpaksa lah tunggu incik suami pulang dan pergilah kami ke rumah ibu sedara semata-mata nk pinjam mixer...ishhhh dugaan betul hahhaa.akhirnya berjaya jugak saya siapkan apam mekar soda a.k.a apam kasih sayang ni....persembahkan apam mekar sodaaa..jeng jeng jeng jennggggg :D



yummmy yummmmyyy sangat sedapppp, lembut pulak tuh (puji diri sendiri) hahaha..

nak resepi? Nahhhh...

APAM MEKAR SODA A.K.A APAM KASIH SAYANG

Bahan-Bahan

300 g Tepung Gandum
3 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air eskrem soda cap F&N
1 satu sudu teh ovalett
Pewarna
Perasa oren/ esen  (untuk hilangkan hanyir n bagi rs sedikit dkt apam tu)

Cara-cara membuatnya..


1. Pukul telur, gula dan ovalett bersama-sama sampai lah kembang sekembang nya...

2. Masuk kan air eskrem soda dan pukul lagi...

3. Masuk kan tepung gandum dan pukul lagi....

4. Masuk kan juga perasa oren dan sebatikan

5. Bahagi kan kepada beberapa bahagian dan titislah pewarna yg di gemari

6. Sudukan adunan ke dalam cup (saya buat penuh cup tuh)

7. Kukus dengan api besar selama 7 minit...

8. tadaaaaaa dah siap, boleh lah ngap ngap ngapppp

Resepi asal dari sini . thanks kak nani :)


Selamat mencuba :)
 

Template by BloggerCandy.com