Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Pergerakan bayi. Bila mula dirasai?


Pengalaman hamil sekali lagi memang sangat menggembirakan (gementar teringat detik bersalin pon ada sikit hehe). Sekali lagi dapat merasai ada satu nyawa dalam perut comel ku ini :)

Alhamdulillah di kala 22 minggu 6 hari ni memang saya dah merasai pergerakkan si kecil. Pergerakan pertama yang dapat saya rasakan ialah pada 18 Ogos 2014, masa tu masih di awal 19 minggu. Pergerakan pertama maryam masa dlm perut ummi lupa rekod. (sorry maryam, i still love u mucho! ). Orang kata bila dah 2nd, 3rd dan baby seterusnya mak-mak akan dapat rasa pergerakan baby lebih awal. Tapi ntah, saya rasa mcm sama je haha. Atau mungkin tak igt mcmana masa 1st pregnancy dulu. Ya ALLAH, mcm lah maryam dah 7 tahun kan? haha. Banyak urat putus masa bersalin lah kata kan :D

Anyway, sekarang mmg dah kerap rasa pergerakkan baby. Dah bersenam kot die dalam perut ummi :) Kak maryam pon dh rasa baby gerak, terkejut maryam masa dpt rasa tu hehehe.



Semoga anak ummi abi sihat di dalam sana ok. kekal aktif selalu ye sayang :)

Pergerakan pertama bayi korang bila plak??

Jom share :)

Apa yang di makan ketika hamil?


Kita adalah apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Jadi penting nya utk memastikan kita makan dari sumber yang halal (halal dari segi syarie dan halal dari segi wang yang di gunakan utk membeli makanan) dan pentingnya dalam memastikan apa yang di makan mencukupi nutrisi harian kita.

Bagi ibu-ibu hamil ni lagi lah penting utk jaga pemakanan. Sebabnya kita kena pastikan nutrisi buat kita sebagai ibu menckupi dan utk anak didalam perut pon mencukupi. Yelah kita mmg tak boleh pasti apa yang kita makan cukup ke nutrisi, terlebih ke, terkurang ke tapi sekurang-kurangnya kita kena fikirkan cara utk pastikan nutrisi ni di cukupkan.

Jadi apa yang ibu-ibu yang comel buat? Saya share apa yang saya lakukan ye :)

Untuk kehamilan pertama dulu (masa mengandungkan si comel Maryam safiyya), saya memang tak tinggal ubat-ubatan yang klinik bekalkan, folic acid, kalsium, iron tablet, vitamin c semua saya telan. Dah masuk 3rd trimester saya ambil pulak neurogain pb seperti yang dicadangkan oleh mak mertua saya . Walaupun tak suka menelan ubat2 tapi demi anak yang dikandung, telan jugak laaaaa hehe. Alhamdulillah memang tiada masalah pada kesihatan cuma masalah HB rendah sangat menghantui. Nurse suruh makan iron tablet dengan juice orange saya buat. Suruh makan kacang kuda saya makan. Suruh banyakkan makan bayam saya makan. Tapi HB tetap di bawah 11. STRESS mak masa tuh hahaha..Tapi setiap org ada bahagian masing-masing kan?


Untuk kehamilan kali kedua ni pula dah berkenalan dengan SHAKLEE. Shaklee memang dah sebati dgn saya sejak berpantang dulu lagi. Alhamdulillah sangat serasi. Dan kali ni utk anak kedua, saya mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten setiap hari.


Apa yang saya makan adalah :

# Energizing Soy Protein : Untuk tenaga berpanjangan, kuatkan rahim dan perkembangan janin yang baik

# B-complex : B-complex Shaklee dilengkapi dengan FOLIC ACID. Kiranya 2 in 1. Dan b-complex Shaklee ni mengandungi lebih banyak kandungan b-complex nya vitamin b-complex lain. B-complex yang dilengkapi folic acid ni bagus dan sangat diperlukan utk pembentukan tulang belakang baby. B-complex ni sangat2 digalakkan utk dimakan oleh sesiapa yang merancang utk hamil. Sangat bagus utk rahim ok :)

# Vitalea : Multivitamin pertama di dunia. Mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak dari tumbuhan dan buahan. Dilengkapi dengan IRON FORMULA. Sesiapa yang ada masalah HB RENDAH sangat-sangat digalakkan makan vitalea ni. Alhamdulillah untuk anak kedua ni, tiada lagi masalah HB RENDAH buat diri ku. Bye-bye HB rendah hehe. Setiap kali check up mmg atas 11 dan nurse pon asyik puji. Bangga mak hehehehe

# Vita C Plus : Baik utk imunisasi. Baik utk kulit. Mak nak cantik hehehe. Saya amalkan makan sebiji Vita C bersama dengan Vitalea. Sebabnya Vita C membantu penyerapan IRON dlm badan dengan lebih maksimum.

# Ostematrix : Sumber kalsium harian saya! Sebabnya saya tak minum susu. Bila tak minum susu mana nak dapat sumber kalsium kan? Inilah makanan penting saya. Yelah saya perlu kalsium utk diri sendiri dan tentunya baby pon nak kalsium utk pembentukan tulang temulang dia kan. Jadi penting bagi saya utk makan 4 tablet sehari sblm tidur! Selain membantu utk penuhi tuntutan kalsium badan, ianya juga membantu saya MELAWAS dengan lebih baik. Ibu hamil selalu ada masalah SEMBELIT kan? Ini sangat membantu ok! Dan membantu utk dptkan tidur yang lena juge :)

# Omega Guard : Saya mula makan bila kandungan dah memasuki 2nd trimester. Dah tak consume NEUROGAIN PB, sbb nya bila di hitung-hitung, beli OMEGA GUARD lebih menjimatkan dan berbaloi-baloi :) Omega Guard sangat bagus utk pembentukkan sel-sel otak bayi. Saya makan dengan harapan sel-sel otak baby akan berhubung dengan baik dan menjadi anak yang bijak dan soleh solehah nanti. Ohh, baik juga utk kenaikan berat badan ibu hamil. Hihihi. Berat anda tidak akan naik melampau-lampau bila makan omega guard (berdasarkan pengalaman saya sendiri )

Haaa, ni je yang saya WAJIB ambil setiap hari disamping makanan-makanan harian lain. Makanan lain tetap makan hehehe. Supplement ni hanyalah makanan tambahan, jgn buat macam makanan ruji plak ok ibu-ibu semua.

Korang makan apa pulak semasa kehamilan?

Eh pada yang berminat utk dapatkan produ-produk Shaklee utk kegunaan hamil 9 bulan ni boleh whatsapp saya ok. Kalau vitamin tak habis semasa hamil, jgn risau masih boleh dimakan semasa BERPANTANG juga (make sure belum expired lerr) . Tapi menjimatkan kannnn?

Eh contact saya cpt-cpt ok !

UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, September 4, 2014

Alhamdulillah, Hamil Anak Ke-2


Alhamdulillah. Di beri Allah rezeki utk merasai kehamilan sekali lagi. Syukur ke hadrat Ilahi.

Maryam dah nak jadi kakak. Utk yang tertanya-tanya sekarang saya dah pon 21 Minggu 5 Hari. 5 bulan lebih kiranya. Rasa sekejap je masa berlalu :)

Kegembiraan bila dapat tahu hamil kali kedua masih sama seperti yang pertama. Terlalu gembira! Terlalu seronok!. Tak boleh nak di ungkapkan kegembiraan tu. Syukur sangat :)

Merancang? Yer kami suami isteri merancang sendiri. Takde amik sebarang pencegahan dari klinik mahupon hospital. Pandai-pandai sendiri lah kata orang hehehe. Tapi kita kenal badan kita sendiri kan jadi mudahlah nak merancang.

Inshaa Allah due dijangka pada 10 January 2015. Baby tahun baru. Scan utk jantina pon kami suami isteri dah buat semasa pulang ke Kelantan raya aidilfitri yang lepas. Dah alang-alang pulang ke Kelantan, ambil peluang utk berjumpa Dr.Ramli di KBMC. Masa mengandungkan Maryam Safiyya dulu pon scan dengan Dr.Ramli, mmg tepat jangkaan dia hehehe. Jantina baby yang tengah berjoget dalam perut ni? BIARLAH RAHSIA hihihi.

Alhamdulillah dipermudahkan, walaupun pada awal kehamilan ada juga muntah-muntah, tapi tidaklah seteruk mana. Masih boleh makan dengan banyaknya dan masih boleh menambah berat dengan hebat haha.

Kawan-kawan, doakan kehamilan saya ni dipermudahkan, di sihatkan tubuh badan sepanjang kehamilan, baby sihat didalam perut dan dipermudahkan juga proses kelahiran nanti.


Hmm, saja buat coretan disini, supaya saya tak lupa kelak. Lagipon masa mengandungkan Maryam dulu selalu bercerita di sini. Jadi kena lah adil pada adiknya kan hehehe.



Doakan saya dan baby ye kawan-kawan :)

Monday, February 3, 2014

Bahaya HB rendah semasa kehamilan kepada ibu dan anak dalam kandungan


Assalamualaikum..Bersiaran lagi kita heheh. Mcm chipsmore, kejap ade kejap tade tuan belog ni hehee. Ok arini nak kongsi cerita tentang bahaya kekurangan zat besi dan kepentingannya khusus pd wanita hamil dan anak yg di kandung. Pengalaman saya semasa mengandungkan Maryam, mmg kalau HB rendah je mmg kena bebel n nasihat gile2 ngan nurse. Kita mugkin anggap menda ni perkara remeh tapi sebenarnye takkkkk tau! So, preggy mommy, please be extra alert ye..Jom baca :)

Info ni dari blog seorang doctor . klik sini

****************************************************************

arini nk cerita sket pasal anemia aka kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil... sepanjang pengalaman saya menjadi seorang doktor, memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung, betul x??patient sy pun rmi xtau..tetapi bila ade kesempatan sy akan explain pd mrk satu persatu supaya ada kesedaran dlm diri untuk berusaha menaikkan paras Hb...

sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bulan ( < 20 minggu) : Pada masa ini bayi sedang  melalui proses organogenesis seperti pembentukan kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat iaitu kurang dari 11g/dl, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat di bentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat seperti tiada kaki dan tangan tidak sempurna. Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas (28 – 40 minggu) : Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (hb). Jika hb terlalu rendah/ cair iaitu kurang dari 9g/dl, jantung tidak kuat da nada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika hjantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat di lahirkan

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)

Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
# makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
# makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
# Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
# Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN :
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.

Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin dan Multimineral
Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

* Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...


Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
•The best multivitamin dlm public interest thn 2000.
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..

Tolong jangan ambik mudah perkara ni..sebab kebanyakan ibu2 hamil tak nak ambik multivitamin atau obimin masa hamil sebab mereka takut bayi mereka terlampau besar atau mereka akan jadi gemuk..tolonglah ye ibu-ibu..itu mentaliti yang sangat salah..kalau anda tidak mahu fikirkan tentang diri anda, fikirkan lah tentang bayi yang anda kandungkan..berikan mereka khasiat yang terbaik supaya tumbesaran mereka sempurna..


berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terperinci..

Kredit : Kak beeha

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
Email : bazilahramly@gmail.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Wednesday, June 5, 2013

Set Wanita Hamil Shaklee





[Fungsi Setiap Vitamin]

 Vita-lea Iron Formula: Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan sel darah merah jadi inshaa ALLAH boleh membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


 B complex: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein. Bertindak sebagai anti stress, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


 Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh


 Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.


 Energizing Soy Protein: Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sgt penting dalam pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi tenaga.


 Omega Guard : Wanita mengandung dianjurkan untuk mengambil sekurang2nya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan untuk proses melihat dan berfikir).


Best tak? hehehe. Meh tgk testimoni pengguna sikit k :)




Dapatkan badan yg sihat sepanjang tempoh kehamilan ye mommy-to-be semua :)


Bakal-bakal Ibu, bakal-bakal ayah yang berminat boleh contact bazi k..


SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, April 23, 2013

Set Pantang Shaklee Boleh di Kongsi Bersama Suami



Set berpantang boleh kongsi dengan suami? biar betul ni? hahaha betul lah apa pula tak betulnya. kenapa boleh berkongsi? sebab set pantang shaklee bukan berasaskan jamu2 sebaliknya vitamin2 asas yang sememangnya di perlukan oleh badan. Ok ke berpantang tak guna jamu? Walaupun shaklee menawarkan set berpantang yang takde menggunakan jamu langsung tapi keberkesanan nya dalam memberi tenaga, mempercepatkan pemulihan luka sangat mengkagumkan. itulah sebabnya ramai ibu-ibu di luar sana yang memilih untuk menggunakan set berpantang shaklee ni. Memang hangat di pasaran uolls :) Jadi bakal-bakal ibu di luar sana jangan takut2 nak mencuba set pantang shaklee ni ok, jangan ketinggalan untuk mencuba set hangat ini. Meh tgk testimoni pengguna ye :)








Teruja? hehe....


Back to the topic, apa lagi kelebihan selain boleh berkongsi dengan suami tersayang. Antara kelebihan set berpantang ini ialah :
- Tiada kesan panas pada bayi
- Selamat di ambil sejurus selepas melahirkan. Keluar je labor room boleh telan terus hihihi
- Melancarkan pengeluaran susu ibu
- Boleh di ambil ibu yang bersalin normal mahupun cser
- Membantu ibu untuk lebih sihat dan cergas
- Zinc bertindak seperti ikan haruan yang mana membantu pulihkan luka luar dan dalam (siapa yang tak suka n geli2 ngan ikan haruan tu mmg baguslah amik zinc nih hehehe)
- Selepas habis pantang masih boleh consume vitamins



 Ok, meh tgk pula kelebihan setiap vitamin dalam set pantang ni..
1. Vita-lea
  • zat besi dalam vitalea membantu penghasilan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa kelahiran.
  • membekalkan 23 jenis vitamin kepada badan kerana ibu berpantang sukar mendapat vitamin dalam pemakanan 
  • Memberi tenaga kepada ibu sekaligus mengelakkan muka daripada kelihatan pucat dan tidak bermaya
2. B-complex
  • vitamin anti stress, jadi mengelakkan ibu-ibu dariapda meroyan 
  • berupaya meningkatkan penghasilan sel darah merah dan menukarkan makanan menjadi tenaga
  • memlihara kecantikan kulit kerana bcomplex boleh melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh
3. Chewable C
  • 1 bji chewable c 100mg bersamaan dengan 1 1/2 bji orange. jadi ia penting untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak 
  • vitamin c juga penting untuk pembinaan kolagen dan ekcantikan kulit
4. Zink
  • sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
  • fungsi ikan haruan yang biasa diambil oelh ibu berpantang adalah sama dengan zink, bezanya ikan haruan sedikit mahal..tapi sebotol zink (120 bji) tidak sampai rm40
  • zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas kelahiran
Dah teruja belum??? Jadikan set berpantang shaklee sesuatu yang harus di miliki sekarang :)
Berminat, boleh contact bazi k :)
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, March 21, 2013

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DAN ATASINYA DENGAN OSTEMATRIX



Sembelit lepas bersalin? Pada bazi sembelit lepas bersalin memang menyeramkan.eeee tak nak pikir hahaha sbb terasa ngilu-ngilu plak :D Okeylah, scroll bawah ye :)

________________________________________________________________

Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. Fahami masalah ini lebih lanjut dalam artikel seterusnya.

Sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku. Selain daripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.

a. Jumlah progesteron yang tinggi mungkin menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.


b. Sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran. 


c. Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.


d. Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.


e. Kelahiran anak kedua dan seterusnya.


f. Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.


g. Mendapat jahitan pada luka.

Cara mengatasi sembelit?

1. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).

2. Menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.

3. Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.

4. Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.

5. Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

6. Menolak dan meneran tidak akan membantu masalah sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda.

7. Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

8. Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.


Sumber : Pa&Ma


Jadi bagi mengatasi masalah sembelit, ostematrix ada penyelesaiannya in shaa ALLAH :)

Antara kebaikan ostematrix ialah :

(1) Tidur malam lebih lena

(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan

(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas

(4) Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya

(5) Badan lebih bertenaga apabila bangun pagi



katakan bye2 pada sembelit !
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk promosi ostematrix berakhir. Hubungi bazi untuk mendapatkan harga runtuh ostematrix. Berbaloi-baloi :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Monday, November 12, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Maryam Part 2


continue entry sebelum nih hehehe. tgk gmbr baby maryam tido dulu hehehe..

Tido mengiring, kaki bersilang, tangan kt dagu, mcm org besar huhu
Sebelum masuk labor room,tak sempat pon nak bermaaf-maafan ngan incik suami..actually bukan x sempat, tapi ada sikit rasa segannnn haha..sorry incik suami (^^,). Masuk2 je labour room, doktor2 terus setup CTG, cucuk sana cucuk sini huhuhu. then check VE sekali lagi, rupa2 nya dah bukak 6cm..Saya masuk LR lebih kurang pukul 6 ptg cmtu..Untuk pengetahuan semua, saya bersalin kt Hospital Tuanku Jaafar jer, government hospital so sebelum bersalin xdelah ngada2 nak request doktor perempuan sahaja tapi tup2 masa dalam LR, nurse tanye " Puan nak request doktor perempuan sahaja ke?" terus saya jawab yer :) Alhamdulillah dipermudahkan..jadi sepanjang saya bersalin, saya di kelilingi doktor2 dan nurse perempuan sahaja :)

Dan yang paling saya bersyukur sekali, suami ada di sisi sepanjang proses meneran tuh. Nurse cakap dengan saya suami sekali meneran hahaha. Tapi seriously cakap, suami betul2 bagi semangat dlm LR tuh,suami siap ckp " syg dah nmpk rambut baby, sikit lagi, sikit lagi " huhuhu.. rasanya kalau suami xde mungkin lama lagi lah saya dalam LR tuh..Terima kasih suami. I love you :)

Oh, bila dah bukak 6cm tuh, doktor terus pecahkan air ketuban / artificial rupture of membrane (ARM), dengan keluarkan air kencing (katanya boleh membantu utk meneran). tapi masa doktor keluarkan air kencing tuh, rasa nk meneran tuh sangat kuat..bila dah pecah air ketuban, air kencing dah keluar,contraction makin rasa sgt kuat. sakittttt wooo. tapi selawat byk2, tarik nafas panjang2 insyaALLAH rasa lega sikit kesakitan tuh walaupun lega sekejap saja..bila dah pecah air ketuban, doktor kata dah bukak 8cm..

Masa dalam LR, mcm2 ragam ada. korang akan dengar org kt partition sebelah punya jerit lah, doktor punya jerit lah huhuhu. saya sempat tnye nurse lagi " nurse agak2 saya berapa lama lagi ni, sakit ni nurse " hahaha. nurse siap pandang jam, tnye anak 1st ke , then cakap mungkin 4-5 jam lagi nih. gileee lama wehhhhh...

Kol 7.30, memang xleh nk tahan dah. ckp ngan nurse saya nak teran..suami, nurse, doktor semua bagi semangat suruh teran. x tahu lah berapa kali saya meneran hahaha. bila rasa sangat letih, suami, doktor dan nurse bagi semangat suruh teran semula..Alhamdulillah 7.48 mlm, baby maryam selamat di lahirkan :) rasa sangatttttttttttttt lega. suami terus bisik2 " baby maryam dah keluar sayang ".. Terasa sangat nikmat masa tuh, terasa segala penat lelah 9 bulan lebih, segala penat lelah meneran sangat berbaloi :)

Alhamdulillah saya berada dalam LR x lama, saya masuk pukul 6, pukul 7.48 baby maryam selamat keluar dari zon paling selesa nya huhuhu. Alhamdulillah proses kelahiran baby maryam di permudahkan ALLAH. mungkin berkat doa suami, ibu ayah, mummy abah, keluarga, kawan2 dan anda semua yang rajin baca blog ni :) Terima kasih semua!

Lepas selamat bersalin, keluarkan uri, tibalah saat utk proses menjahit, even terasa ngilu masa proses menjahit tuh, tapi sakit untuk bersalin mengatasi proses menjahit tuh hehehe.  Dan dalam otak masa tuh, pikir nak jumpa baby maryam dengan suami secepat mungkin :)

Pengalaman yang sangat2 bernilai..Sayangi dan hargai lah ibu masing2..

Baby Nur Maryam Safiyya Masa Berusia Seminggu :)

Baby : Nur Maryam Safiyya Binti Mohammad Izzat
Berat : 3.1 kg
Panjang : 51 cm
Cara kelahiran : Normal

Baby Maryam, ummi ngan abi love u (^^,)



Friday, November 9, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Maryam


Alhamdulillah dah seminggu rupanya usia si kecik maryam safiyya kami
sekejap je masa berlalu
amik peluang nk update belog sementara baby maryam lena tido huhuhu

nak share dengan semua pengalaman bersalin saya
due date yang klinik bagi 1 Nov 2012
tapi 1hb tu baby maryam still sedap duduk dalam tummy hehehe
1 Nov tu saya pegilah KK utk check degupan jantung baby
31 Oct tu lepas asar ada keluar sikit lendir ngan darah
sikitttttt sangat tanda tuh
tak amik peduli sangat sebab xde rasa sakit pon
Masa pegi KK 1 Nov tu saya ckp lah ngan nurse pasal keluar darah tu
terus nurse buat kiraan contraction tuh
Dan nurse nasihat utk g hospital terus sbb katanya kekerapan contraction dah 2 kali dalam 10 minit dan setiap satu selama 25 saat.
Orang degil ni xnk g hospital sbb x sakit lagi tapi suami nasihat suruh pegi jgk
last2 pegi jgk hospital tp itu pon malam hahaha
masa dekat screening room doktor wat VE, katanya dh ada bukaan 2-3 cm, terus kena admit wad
sakit still belum rasa , alhamdulillah :)
jam 3-4 pagi dah ada rasa sakit sikit tapi saya still boleh tahan
Check VE masa waktu pagi doktor kata still 2-3 cm
sabar je lerrr haha
start pukul 9 cmtu, saya dah mula rasa contraction.setiap 10 minit ada 2-3 kali
dari 25 saat setiap satu, semakin meningkat pada 30 saat, pada 35 saat
tahan lagi tahan lagi tahan lagi
sampai lah pukul 5 ptg, tepon suami yang dah on the way ke hospital suh cpt
sbb dh x tahan, keluar air mata tahan sakit
suami sampai hospital still boleh buat lawak lagi hahaha
terasa hilang kebimbangan bila suami buat lawak cmtu
5.30 ckp ngan nurse, sy nk suh doktor check VE
doktor check kata dah 4 cm, tolak labour room kata doktor huhu
setengah jam saya tggu wheel chair utk ke labor room
tahan sakit dgn pegang tangan suami
kesian suami huhuhu
sampai labour room, VE sekali lg, dah 6 cm!
eh ehhhh panjang nye entry hahaha
sambung kemudian la, nk tgk baby maryam :)

baby maryam buat muka hihihi

gerammmmm betul ngan si kenit maryam ni

Tuesday, October 30, 2012

Tak Puas Hati Dengan Maternity Leaves!


Salam buat semua. Hai semua! Saya masih belum bersalin hehehe. masih bekerja, tapi mood dah 50-50..

Arini, baru sibuk2 nak piker pasal cuti bersalin padahal due dah dekat and sebenarnya dah kira past due pon hahahaha. Kalau ikutkan Klinik Kesihatan arini patutnya di jangka bersalin tapi saya suka ikut tarikh klinik panel (1 Nov ni) hehehe..

Oh, apa yg saya tak puas hati sgt pasal maternity leaves ni??
Yang Pertama : saya igt tak termasuk off day ngan rest day tapi rupa nya termasuk sekali. Apehallll ni, kan weekend mmg cuti. It’s not fair! :D

Yang Kedua : dalam bulan Nov ngan Dec ni ada dua public holiday yg office saya amik (deepavali ngan Christmas) . saya tnye HR, public ni termsk sekali ke dlm maternity leaves. HR jwb ye! Pastu saya pikir maybe ada replacement kan, so dpt lah cuti lelame sket hehehe tp sayang berjuta kali sayang, xde replacement wehhhh. It’s not fair sekali lagi! Dah mmg kita entitle utk cuti tuh. So rugi lah saya kt situ… sabar je lah ngan Malaysian Labour Law ni………

Okeylah, malas ,membebel lagi, nk pass over keje huhuhu.
Doakan saya selamat bersalin yer :)

Tuesday, October 23, 2012

Mild Contraction? Macamana Contraction Sebenarnya?


Hai semua. Arini dah genap 39 minggu 1 hari hehehe. Masih gagah berjalan kehulu ke hilir kt opis ni. Baby masih selesa kt dalam mommy’s tummy :)

Tapiii, dah 2 hari ni since ahad malam aritu tido saya dah tak lena. 2-3 pagi, 4 pagi mesti terbangun. Kalau dulu terbangun sebab nak terkucil tapi kali ni sebab sakit di bahagian perut, bwk ke pinggang, bwk ke ari-ari. Kaki pon jadi mcm sedikit kebas2 sbb duk tahan sakit..Adakah itu contraction???

Memang lah belum kerap tp memamg sakit. Kdg2 terpikir sakit perut cherry berry ke nih. Mcm malam td, sbb dah sakit sgt saya bgn g tandas konon2 mcm nk poo pool ah. Tapi tak ponnnnn. Adakah itu contraction?

Tapiiii saya tahu itu bukan contraction sebenar (konon mcm tahu sgt :P). satu sebab dia dtg tak kerap dan even sakit pon xdelah sakit gila-gila..tp meleleh jgk lah air mata tahan sakit wuwuuuu. Kejut suami mntk tolong urutkan belakang. Lega sikit rasa. Tenkiu bebeh, love u muah muahhhh.

Jadi saya dengan bijaksana nye buat conclusion sendiri, yg itu semua adalah mild contraction hahaha. Betul ke ni korang? Grrrrr, blur hahahha..

Pada sesape yg tahu, boleh lah share yer :)



P/s : skrg kalau suami sakit perut pon, mesti tnye kt suami “contraction ke bebeh?” hehehe. tak memasal suami pon ade contraction :D

Wednesday, October 17, 2012

wordless wednesday

Takde idea nak update apa :D
Kak emme suh update jgk hehehe
So ini lah hasilnya :P
I’m Expecting :)
Skrg dah 38 minggu 2 hari
Dup dap dup dapppppp


Ok itu aje. Babai hehe

Friday, October 12, 2012

Percubaan Pakai Kain Batik



Pengakuan hari ini : saya tak pandai pakai kain batik (maluuuu) hahaha
bila dah nak dekat due date, ibu selalu je pesan " belajar2 ngah pakai kain batik, kang bising nurse kt hospital tuh nnti..erm,saya xdelah risau pasal nurse tuh nk bising ke ape nnti sebenarnya apa yg saya takutkan sgt sbnrnye "TAKUT KAIN BATIK TU TERLOCOT JER NNTI! KANG SAYA KE MANA, KAIN BATIK TERTINGGAL KT BELAKANG " hahaha

Jadinya incik suami dengan semangatnya tolong google kan utk isteri nya cara-cara pakai kain batik. semangat suami ku! hehehe. tenkiu bebeh :) Antara tutorial yg kitorang tgk yg kt bawah ni laa, korang boleh lah klik jugak kalau korang pon termasuk dalam golongan 'cerdik pandai' ni hihihihi..Jangan malu segan, klik aje. Kang malu2 kucen skrg, kang takut ade kejadian termalu-malu kt hospital hehe

Kain Batik 1

Kain Batik 2 


Cehhhhh, saya ni ckp jer pandai. pas dah tgk tutorial nih, xdelah praktik kan pon hahaha. cuma ada satu weekend aritu jer saya try pakai kain batik. itu pon tak sampai setengah jam kot! rimas kt bahagian perut yg dah besar nih, rasa cm tak bernafas perut (ada jer alasan kan :D)

Doalah, kain batik saya terletak elok jer nnti ek :) ohhhh, kain batik tak penting mana pon, doakan saya dan baby selamat semuanya..less than one month to go, INSYAALLAH.........

Tuesday, October 9, 2012

Quick Update : Cuti Sakit & 37 Weeks Pregnancy

  • Semalam genaplah 37 minggu :)
  • Semalam jugak pegi klinik amik MC. Sbb nya sakit sgt dkt bhgn bwh ni. Doctor check, check, check pastu cakap baby's head dah move down into pelvis area/ dah 'engaged'. Doktor kata tggu masa je lah yer. erkkkk
  • Balik rumah, rehat.......
  • Bila doktor ckp, tggu masa jer skrg nih. dtglah keinsafan sket nk packing beg utk ke hospital. beg baby settle dah, beg mak nye belum settle lg. insaf sekejap jer. suami berkali-kali igtkan smlm, last2 packing jgk sket. mlm kang sambung sket lagi heeeeeee :P
  • arini better sikit dari semalam
  • okey got to go, nk settle keje dulu. nnti kesian bos.

Tuesday, October 2, 2012

Maternity Bra


agak malu dengan tajuk entry
maaflah saya suka betul malu ngan mende2 cmni haha
tp xpelah tebalkan muka hehe

mommy-to-be, mommies kt luar sana dah beli ke maternity bra?
saya dah beli! yeayyyy! hehe
tapi lom dapat lagi lah tapinye :D
semangat makcik ni membeli tau
pastu tamak haloba plak tuh beli sekali 5 terus hahaha
dah beli banyak2 pastu guna alasan xpe pasni boleh guna hihihi
sedap sket ati sendiri dan yg penting hati suami turut ceria hikhikhik :D

saya xde lah g shopping complex n beli brand yg mahal2 cm audrey tu ke apa ke
saya beli yg brand biasa ade kt mana2 online shop jer
senang sket online ni, SEMUA NYA DI HUJUNG JARI :)
yang penting duit dalam akaun haruslah ada huhu

saya beli brand Fabulous Mom Kelly's 
sebab saya beli 5 ketul bra jadi dapatlah harga RM25 seketul
kalau beli kurang dari 5, setiap satu RM25.90 :)
bagi saya ni dah kira murah la dari mana2 online shop yg lain
tapi x tahu lah kan kot2 ada tp saya terlepas pandang
Design pon comey2 weeeee
Walaupun maternity bra ni letaknya kt dalam baju, still jugak nk cari hok yg comey2 haha




comel kan huhu
haaaa yang lelaki jgn nak tenung lelame, kang rabun terus mata tuh
tapi kalau niat nak beli utk isteri xpe hehe

kalau korang berminat lehlah tgk Facebook Yusra's Closet

Kat Yusra's Closet ni ada jual2 mende2 lain jgk, breastpump ada, cooler bag ada,maternity ngan nursing wear ada..eh macam2 lagi lah ada...

saya pon tengah usha2 breastpump, kt sini pon mcm murah juge huhuhu
akan di fikirkan :)


oklah, selamat bershopping semua!




Wednesday, September 26, 2012

Panggilan Untuk Suami Tercinta & Update Check Up



saya dan suami guna abang-sayang
kadang2 saya dan suami guna 'bebeh' hehe

korang pulak ??


Update : Pagi tadi check up : patut xyah amik darah tapi kena amik darah sbb badan panas, selsema pon tak baik lg, jadi jantung baby sgt laju plus kena refer doktor. Dan dan kena amik darah terus cuak sbb risau HB rendah dan mmg betul pon, dari 11.1 turun 10.9 hahaha. Amekawwwww sapa suh x makan ubat! Tp doctor kata semua ok, lung ok, throat ok, urine ok, berat naik pon ok, darah pon ok even turun sikit. Alhamdulillah.. Nurse ngan doctor risau saya ada denggi sbb badan panas..Doktor pesan no more hard works, bykkan rehat dan selamat bersalin… eh eh selamat bersalin? Grrrrrr~




Tuesday, September 25, 2012

Shopping Di Twins Baby


Semalam pergi mencari kain bedung untuk si tecit
memula igt nak beli online aje tp tulah online tak boleh nk pegang2 huhu 
tgk2 kt MANJAKU Senawang xde pulak kain bedung
Tapi incik suami ckp ada kedai baby baru bukak kt senawang
Mak buyung apa lagi, terus bersemangat macam ape jer hahaha

Kedai yang baru bukak tu ialah Twins Baby





gambar semua kredit dari facebook Twins Baby

barangan baby kt sini cantik2, comel2, rambang gila tgk wehhhhh
Kain bedung pon ada, mmg comeyyy sgt kain bedung tuh
igt nak beli byk tp suami ckp JIMATTTT hehe

Sayang nya Twins Baby ni xde jual barang2 cm baju tu online huhu
Korang boleh pegi dekat outlet yg berhampiran
MACAM-MACAM ADA!

Nah tgklah laman web TWINS BABY 

Nanti nak pegi lagi hihihi

Monday, September 24, 2012

35 Weeks Pregnant


Your baby now weighs about 5.25 pounds / 2.4 kilograms and measures approximately 18 inches / 45 centimetres from head to toe. His elbow, foot or head may protrude from your stomach when he stretches and squirms about. Soon, as the wall of your uterus and your abdomen stretch thinner and let in more light, your baby will begin to develop daily activity cycles. 

This week, your little one is now sporting fingernails and has a fully developed pair of kidneys. His liver can also process some waste products. 

There's much less amniotic fluid and much more baby in your uterus, which has expanded to a thousand times its original size. You've probably put on between 25 and 30 pounds / 11 and 13.6 kilograms and your weight gain has hit its peak. Even your belly button has got bigger and has popped outward. You may be feeling breathless now that the top of your uterus is up under your ribs. Try getting down on all fours to take deeper breaths. Although the pressure on your bladder will make the bathroom your second home, don't drink any less water - your baby needs the fluids. But you may like to cut down on diuretic drinks such as tea and coffee, which will make you have to urinate even more often. 
sumber : babycenter



Arini 35 minggu sudah! Suami dah makin kerap cakap “ lagi sebulan sayang, lagi sebulan je, sayang takut tak? Nak baby keluar awal ke ape? “ huhuhu, tak tahu nak jawab camne. Smlm saya jwb, tanak baby keluar lg, saya masih nak rasa si tecit ni menendang, tumbuk2 perut saya :) yelah, walaupun selalu jer ngadu dgn suami pasal berat laaa, x larat nak bangun laa, kaki sakit laaa tapi bila si tecit ni aktif je dlm perut, saya sgt happy…hari-hari kena catat pergerakan baby, kalau hari bekerja, selalunya pukul 3-4 mesti dh cukup 10 pergerakan. Kalau hari minggu si tecit mls nk gerak kot, mungkin dia tahu ummi nye pon bercuti :)

Masa duk menaip entry ni pon, baby tendang-tendang, mungkin dia tahu tgh bercerita pasal dia hehehe

Ok, menjelang 35 minggu ni, apa yg saya dah buat n nak buat

-         Nama baby belum finalize lagi haha. Di sebabkan ktorg tak sure gender baby sbb tak double confirmkan dengan klinik lain jadi kitorg decide utk prepare nama baby boy and girl.. Nama utk baby girl insyaALLAH dah ada, untuk boy still blur sbb byk sgt nama best hehehe

-         Proses mendobi dah settle, tggl nak packing jer lagi :D

-         Barang2 mummy si baby byk lagi belum beli hahaha. Selamba badak jer saya ni…stokin nak cari dkt sox world nti, breast pump, maternity bra sume xde lagi kuang2..Maternity pad perlu ke ek? ke kalau saya pkai yg overnight wing nye pad dah memadai??

-         InsyaALLAH nak bersalin dekat Hospital Tunku Jaafar, Seremban..

-         Apa lagi apa lagi apa lagi..

-         Ohhhh, ibu dah suruh minum susu kambing. Haruslah cari nnti…


Tadi rasa macam byk mende nk kena buat, tp ni tetiba blur plak huhu…………
 

Template by BloggerCandy.com