Showing posts with label marriage life. Show all posts
Showing posts with label marriage life. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Mengenang Memori Zaman Bercinta Di PKNS Shah Alam


Wah, kemain panjang tajuk hahaha. Padahal nak cerita pasal kami suami isteri berjalan-jalan di PKNS Shah Alam ahad lepas. Ambil peluang sekali sekala datang Shah Alam utk mengenang memori indah weeehuuu. Lagi plak Cik Maryam kita tak ikut bersama, lagi lah ummi abi macam org baru berkahwin hihi.

Kami saja jalan-jalan di PKNS, nak tgk apa yang masih kekal, apa yang dah berubah. Dah banyak perubahan sejak 2010 saya meninggalkan Shah Alam. Dolu 4 tahun belajar di UiTM Shah Alam, memang PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC tu mmg kawasan saya la tuh. Kemain kawasan kannn haha. Situ lah tmpt shopping makanan minuman dan sekali tok nenek lain. Itu tempat DATING kami jgk hahaha.

Jalan-jalan aritu tgk PKNS dah ada ayam penyet, dah ada Subway (fuiyooooo). Kedai komik kami masih ada lagi.. Eh pasaraya Sri Kota tu dah tutup ke? Ke masa kami pergi je tutup hahaha.

Anyway, takde gambar nk tunjuk, sebab teruja berdating hahaha. Sekali sekala berjalan macam orang baru kawen ni BEST. Tapi teringat jugak kat anak huhu. Cita-cita nak makan ABC kat Seksyen 2 tak kesampaian sebab dah rindu anak hahaha. next time maybe :)

Korang pergi berjalan dengan suami di mana? hehehe

Wednesday, June 12, 2013

Azam Baru


Walaaaawehhh dah masuk 2nd quarter 2013 baru nak cerita pasal azam hihi. Takpelah, biar lah lambat asal ada jgk :D

# Nak update resume. (update resume pon memerlukan azam ke? Hahaha. Perlu okehhh sbb bab2 nk update ni bazi memang malas)

# Next step kalau berjaya update resume adalah survey2 tempat kerja baru. Alamakkkk,ada ke org opis baca blog ni? Hahahaa. Kalau ada senyap2 sudeyy. Kerja sini seronok, orang2 nya pon friendly n gila2, kerja tak stress tapi ntah rasa nak perubahan. Nak rasa new environment. 3 tahun kat sini rasa nya dah cukup lama.

# Nak rajin masak untuk suami. Bukan hanya rajin untuk Maryam. Suami dah jeles sbb asyik buat makanan Maryam je hihihi. Inshaa Allah incik suami, demi mu walau letih puan isteri akan cuba jugak masak. (Aritu masak terlampau pedas smpi diri sendiri nk mkn byk pon tak mampu tapi incik suami makan byk jgk….terharu (bergenang air mata plakk sob sob sob)

# Nak rajin lipat baju. Baju kering sumbat dalam bakul terus, sampai menggunung dalam bakul. Tak tahu lah nape malas di tahap gorgonnn. Mood melipat hanya datang dengan bantuan/suntikan semangat dari suami.. Suami puji sikit, peluk sikit, cium sikit baru nk lipat baju ! hahaha. Tah ape lah penyakit ni. Hormon kawan kawan. Hormon. Salahkan hormon

# Hujung tahun ni nak target income 4 angka dari Shaklee.Wah, DREAM BIG! Hehehe..TIADA YANG MUSTAHIL

# Nak jadi isteri, ummi, anak yang terbaik.

Hmmmm, cukuplah 6 jer dulu. Oklah have a nice day korang. Oh Please doakan azam bazi ni terlaksana oke . thanks!

Thursday, September 27, 2012

Home Alone


Semalam suami ada trial di tempat kerja
Maka harus pergi bekerja lah
Tinggal lah si isteri keseorangan di rumah
Apa yg si isteri buat?

Sembahyang Maghrib dan Isyak
Mengaji
Golek ke kanan ke kiri di atas katil
Merajinkan diri lipat baju
Merajinkan diri basuh baju
Surfing internet
Kacau suami di tempat kerja! Hehe…
Chatting ngan suami (bukan chatting sgt pon, suami busyyyyyyyyyyyyy)
Tapi xpe ada love, love, love tuh terus gembira hahaha




Dah puas kacau suami ngan godek2 tenet
Terus rasa mengantuk di tahap maximum
Suami ckp tido dulu, terus tutup laptop, tutup lampu
Tidurrrrr terus, x sedar suami pulang pukul berapa -__-

Wednesday, September 26, 2012

Panggilan Untuk Suami Tercinta & Update Check Up



saya dan suami guna abang-sayang
kadang2 saya dan suami guna 'bebeh' hehe

korang pulak ??


Update : Pagi tadi check up : patut xyah amik darah tapi kena amik darah sbb badan panas, selsema pon tak baik lg, jadi jantung baby sgt laju plus kena refer doktor. Dan dan kena amik darah terus cuak sbb risau HB rendah dan mmg betul pon, dari 11.1 turun 10.9 hahaha. Amekawwwww sapa suh x makan ubat! Tp doctor kata semua ok, lung ok, throat ok, urine ok, berat naik pon ok, darah pon ok even turun sikit. Alhamdulillah.. Nurse ngan doctor risau saya ada denggi sbb badan panas..Doktor pesan no more hard works, bykkan rehat dan selamat bersalin… eh eh selamat bersalin? Grrrrrr~




Friday, September 14, 2012

1st Anniversary di Restoran Bumbu Bali



9 Sept 2012 yang lepas, genaplah setahun saya dan suami mendirikan rumahtangga. Cepat je masa berlalu, rasa baru je lagi bersibuk-sibuk dengan persiapan perkahwinan.
Alhamdulillah dalam masa setahun ni banyak perkara baik berlaku dan salah satu nya adalah little one dalam tummy nih..Semoga tahun-tahun akan dating akan membawa lebih kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri. Amin…

Makanya, 9 Sept 2012 lepas, incik suami bawa isteri nye yg buyung nih ke puchong utk makan malam di Restoran Bumbu Bali. Makan ala-ala romantic gituuuu hehe. Makan berteman kan cahaya lilin ngan cahaya lampu jalan. Deko dalam restoran pon sgt cantik dan makanan yg kitorg makan sgtlah sedapppppp.yummmmy! harga pon affordable :)
Terima Kasih Suami! I Love You Muchoooooo (^O^)



Terima kasih suami kerana memahami isteri mu ini yg ngada2, suka merajuk :D insyaALLAH, isteri mu ini akan jadi lebih baik di masa akan datang. Aminn..Last but not least, Happy Anniversary Darling Husband!


Thursday, July 19, 2012

13 Cara Suami Melayan Isteri Mngikut Cara Rasulullah S.A.W

(nak feeling-feeling pengantin baru :D)


1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan..



Peribadi Rasulullah haruslah menjadi ikutan dan tauladan buat semua :)


p/s : nanti lah update pengalaman minum air gula ngan result check up 25 weeks. masih berduka dengan result regular check up (konon2 berduka) :P

Friday, July 6, 2012

hubby ❤ wifey




comey tak?
comey kan hihihihi ( tak malu puji diri sendiri n suami sendiri hehe)
dah nk 6 bulan ni, duk terbayang-bayang dah muka baby nnti cemane
tu yg duk tgk gmbr mase kecik2, lehlah baby berjangkit kecomelan kitorang hahaha

baby sehat pon saya dan suami bersyukur sangat2
harap-harap baby nnti ikut perangai abi nye yang rajin membaca, kuat bekerja, penyabar, bijak pandai
kuku ikut jenis kuku suami, kuku panjang2, kalo ikut saya dptlah kuku cawan hehehe. dan ikut comel saya :P
hmmmm, doa yang baik2 je lah kan :)

p/s : check up ok. urine ok. darah tak amik pon, padahal dah eksaited nak check HB ni, nurse kata tunggu 2 minggu lagi. berat badan turun 500 g. suppose seminggu kena naik 500 g tapi ni dalam 2 minggu turun plak. aihh mcm2, tp nurse tak bising so ok kot :D pastu amik suntikan ATT sekali utk 1st dose. still kebas2 lagi smpi skrg. nurse kata maybe 2-3 hari akan rasa kebas. Request tarikh baru utk MGTT sbb tarikh yg dorg bagi masa bulan puasa so alhamdulillah dapat tukar ke 2 minggu lagi. insyaALLAH dapat puasa penuh tahun ni :) conclusion puas hati lah dgn result check up :)


Saturday, June 9, 2012

9 Bulan selepas detik 9.9.11


rasa cepat je masa berlalu
pejam celik pejam celik dah 9 bulan usia perkahwinan saya dan suami
4 bulan terawal, kami berdua PJJ memandangkan suami bekerja di kelantan saya plak di negeri sembilan
alhamdulillah tahun 2012, bwk rezeki pada kami berdua :)
suami dapat bekerja di negeri sembilan
thanks suami yg bertungkus lumus mencari kerja di n9
i love you :)




 gmbr latest hihihi (mase mjls pertunangan adik ku)

semoga perkahwinan kita sentiasa dirahmati ALLAH
semoga musim cinta , ketenangan, kebahagiaan akan terus harum dan mewangi bebeh :)



Tuesday, June 5, 2012

i can feel you ❤

❤ i can feel u baby ❤

❤ i can feel ur movements ❤

❤ i love you my baby ❤

❤ take your time ❤

❤ enjoy urself in 'there' ❤

❤ dun worry about me, cos i'm enjoying every second carrying u around ❤

❤ plus enjoy the happy feeling when the other half rubbing my perut hihi ❤

❤ i love you both ❤

Sunday, June 3, 2012

superhusben's birthday


semalam birthday incik suami tercinta
nak belikan kek tapi nk buat surprise 
so x bolehlah beli dari secret recipe sbb ktorg gerak ke mana2 bersama hehee
jadi nya mintak tolong kakak seopis buatkan kek

Nak dijadikan cerita
masa nak bayar duit kek ni, saya x cukup duet hahaha
so mase incik suami dtg bagi lunch saya mintak duit dari dia hahaha
cam dah terkantoi sket masa tuh :D

nway, happy birthday suami ku 
semoga sentiasa di rahmati ALLAH s.w.t
semoga sentiasa berjaya dalam kerjaya

I LOVE YOU

Wednesday, May 2, 2012

latest update

berat terbaru : 51.5 kg (gemukkkkk hahaha). pertambahan berat saya mungkin berkadar langsung ngan incik suami jgk hihihi..sbb dah gemuk nih, seluar jean mmg ketat gile kt pinggang, baju kurung pon same..

Kesihatan : Alhamdulillah sihat walafiat cuma ada allergy gatal2 tapi semakin berkurang lepas guna sabun sebamed! go gooo sebamed!

Ekonomi : Bulan mei nih, saya and tuan akauntan a.k.a incik suami, dah memulakan budget bulanan.. hopefully dapat kurangkan perbelanjaan mana yg x patut, n harap2 dapatla saving seperti yg di harapkan.. semoga kami dapat membeli mahligai sendiri dengan jayanya :)

semoga semua nya akan baik-baik sahaja...







Friday, April 13, 2012

Bulan Menonton Wayang

bulan april adelah bulan kami suami isteri menonton wayang
(^^,)
sebabnya banyak pulak movie best sepanjang april ni
actually incik suami x berape nk kasi saya tgk wayang sbb x baik utk kesihatan katenye hihihi
tapi saya rasa incik suami takut saya asyik mintak dibelikan sosej kt TGV tuh hehe
sedap plak sosej tu rasa nya :D

Minggu lepas kitorang tgk Wrath of the titans


best jgk cite nih
banyak action so suami & isteri sgt suka huhu

malam ni nak g tgk wayang lagi hehe
malam ni nk tgk cite Battleship plak
Trailer kata bulan May baru kuar tp rupa nye april lagi dh released


feedback yg kitorg dpt kt tenet and fesbuk, kate cite nih best and hopefully betul2 lah best :)

nak tahu apa lagi yg best tgk wayang nih?
pas kawen ni lah baru saya nk merasa tgk wayang selalu ngan incik suami

dan dan kebykkan or maybe hampir semua movie yg ktorg tgk pas kwen kitorg booking couple seat hehehe
malam ni pon couple seat! 
Belakang sekali and at the center!
Selalu lah kitorg dpt seat tuh sbb booking online :)
weeehuuu :)


babai nk lunch :)

p/s : hujung bulan 4 ni pon ada cite best akan released. dari tahun lepas lagi incik suami n saya tggu :P


Tuesday, April 10, 2012

Sepasang pakaian dan sehelai tudung

hanya sepasang pakaian kerja suami dan sehelai tudung saya
hanya itu
hanya gosok itu sahaja
tapi amik masa lebih setengah jam
hahaha
saya byk kali berehat dalam masa setengah jam tuh
rasa letih sangat
menggosok pon kene duduk atas kerusi 
huhuhuhu

Monday, March 26, 2012

puasa bersama suami

Alhamdulillah, ketika post ni ditaip, saya dan incik suami masih berpuasa. Bak kata incik suami masa saya msg tnye mcmana puasa nya harini, he replied "so far so good bebeh" hehe dan alhamdulillah saya pon masih gagah lg berpuasa :) syukurrrrr..ini kali pertama kami berpuasa bersama-sama as a husband and wife huhuhu. Pagi td bgn sahur mkn roti dan incik suami makan burger mcD..menu berbuka ape yer? Rasa mcm nk masak..masak?? Haha.kemungkinan yg 100% kami suami isteri berbuka di luar jeeeee..nasib suami faham, isteri nye nih pas balik keje mmg x larat nk mengadap dapur…lepas abes office hour, mmg saya pancit..selalunya, before 10.30 pm saya dah di alam mimpi, kadang2 lepas isyak je dah flatttt weh..

incik suami dah suruh pikir nak berbuka kt mana dan makan apa…hmmm nk makan ape yer mlm nih.


p/s : rasa nk makan ikan bakar + sotong bakar kt tepi pantai jer huhuhuhu (sambil feeling-feeling romantik gitu ngan incik suami tepi pantai hahaa)

Friday, March 9, 2012

Minggu yang memenatkan


Minggu ni rasa penattttttttt sangat
Lepas abes office hour, incik suami ajak pegi kedai elektrik
Ajak pegi tesco cari barang-barang rumah
Saya ajak incik suami makan pizza hut (thn depan baru dpt pizza hut lagi incik suami ckp :p)
Survey2 tv..
Pegi survey UNIFI….
Balik rumah keluarkan hadiah2 kawen dr dlm kotak
Ermmmmm memenatkan
Ada satu malam tuh, incik suami mengaji
Si isteri ni janji nk dengar incik suami mengaji dan tggu suami abes mengaji
Incik suami siap bukak kan game kt phone suh saya men to make sure saya x tido
Tapiiiii saya tertido jgk ms tgh2 men tuh hihihi
Ampun suami… :D

Apa2 pon, pindah rumah nih memang agak memenatkan tp xpelah tu sume pengalaman hidup…kita berfikiran positif jer hihihi..

Minda yang positif merangsang kehidupan yang positif. Hindari stressssss :)

Salam Jumaat semua :)


p/s : 5hb aritu birthday bonda ku yg tercinta :)..saya nk belikan handbag tapi tkt ibu x berape berkenan yg saya pilih, so saya bg duit dan nk ibu pilih sendiri mana yg berkenan. Harap2 ibu happppy :) love u ibu…

Friday, February 24, 2012

Rumah Baru Kami (^^,)



ini lah rumah pak guard kami
:)

husben yg lukis
rumah kecil pon x mengapa
asalkan di penuhi dengan kasih sayang yg ikhlas
 pheewiiiittt

:)

Wednesday, February 1, 2012

Alahai suami ku tersayang


Aritu suami nyanyikan lagu ni. terharu ada. kelakar ada. tergelak-gelak dgr n tgk incik suami nyanyi hihihi.. 
pape pon, tenkiu hihihihi :P


Kalau kau benar sayang padaku
Dan kalau kau benar cinta
Ucapkanlah janji setiamu

Kalau kau benar sungguh mau
semua milikku untukmu jiwa dan ragaku
semuanya milikmu

Bukan lah emas permata
(intan berlian?) Juga bukan gemerlap dunia
(bintang-bintang?) Bulan madu aku pun tak minta
Asalkan kepada bapak berdua aku pun bahagia
Kemana pun kamu pergi aku ikut kamu

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya ku ikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etiopia ku ikut kamu
Kalau memang kamu cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. janganlah bimbang dan ragu sayang
Sungguh mati aku cinta kepadamu

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya ku ikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etiopia ku ikut kamu
Kalau memang kamu cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang
Jangan.. jangan.. jangan kau lupa janjimu

Oh Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang



:)

Friday, January 27, 2012

Penawar Hati


"diorang yang rugi sbb tak pilih syg"

sebaris ayat dari suami, menghilangkan rasa sedih di hati

eh jiwang pulak

terima kasih incik suami

sok kita buat kek ok :)

Wednesday, January 4, 2012

kenek-keneklah udang vs IPhone

Kenek-keneklah udang
Lembu patah tanduk
Cik mek kenalah godam
Cik awing kena tumbuk
Oa oaaaoaaa                     

Gegak gempita gendand di palu
Kerna menyambut pengantin baru
Seri-seri cahaya hai naik ke muka
Tak ubahlah pinang di belahlah dua

 Korus : kenek-keneklah udang

Pengantin bersanding sambil menjeling
Sudah menjeling tersenyum pula
Indah-indah bukan hai lagi kepalang
Hai serba di buat hai kena belaka

Korus : kenek-keneklah udang

Pengantin bersanding atas pelamin
Di kunjung orang berduyun-duyun
Di hibur-hibur dengan tari-menari
Untuk merayakan hai raja sehari

Korus : kenek-keneklah udang

Ape kaitan lagu nih dengan iphone? Hahaha. Aritu masa menghadiri walimatulurus ex-schoolmate, sambil2 tggu pengantin smpi berkumandang lah lagu nih dalam dewan sri siantan putrajaya tuh. Automatik saya ckp pada incik suami, “syg suka sgt ngan lagu ni, kalau masa birthday syg nnti abg nyanyi full version lagu ni syg akan anggap tu birthday present utk syg, n syg xkn mntk2 dah iphone 4S ke iphone 5 ke dari abg” hahahha. Incik suami terus gelak then ckp “ xpe xpe, abg belikan syg iphone, abg xnk nyanyi” hahahaha. Saya tahu suami akan jwb mcmtuh… jeng jeng jeng iphone come to mummy please hahaha..

p/s : selamat pengantin baru kepada nisak & safiuddin.Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin :)






Tuesday, January 3, 2012

baby?

baby?
ada orang cakap usia perkahwinan kami awal lagi so x berapa sesuai nk ada baby
betul ke?
ntah.

ada jgk org ckp better ada baby masa muda dan jangan planning masa di awal perkahwinan
dah ada anak sorg baru la planning (orang ckpppp)

bagi saya
x kesah la usia perkahwinan awal ke tidak saya dan suami x kesah kalau ALLAH nk mengurniakan cahaya mata kepada kami
rezeki ALLAH tu :)

tapi di sebabkan saya dan suami yg tinggal berjauhan
yg berjumpa hanya pada hujung minggu
ataupun 2 minggu sekali baru berjumpa

maka nye kami berpikir "mungkin planning untuk sementara waktu adalah yg terbaik"
tapi kalau dalam duk planning nih mendapat jgk ALHAMDULILLAH :)
eksiden la tuh hahahaha :D

jadi kami akan gunakan masa ni sebaik nye utk honeymoon puas2 hehee
g tgk wayang byk2
g jalan2 berdua :)


oh kwn2,nnti dah ada baby saya btau la okey :)

kt tmpt keje nih ramai betul yg concern, tiap ari ade jer yg bertnye hahaha

lelaki plak tuh yg bertnye, x paham betul


saya dan suami di cameron highland :)



 

Template by BloggerCandy.com