Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Baby Chair Pilihan Hati


Bila maryam dah mula makan, ummi nye ni mula lah beriye-iye survey kerusi untuk si kenit duduk. Kunun nye lagi selesa dan praktikal dan beradap duduk di kerusi (hahaaktuihhh). Yelah takdelah anak dara bazi tuh terkangkang2 duduk kt simen kan (alasan nk sedapkan hati sendiri hahahha) Padahal boleh jer bg Maryam mkn sambil pegang dia atau duduk kan die kat fisher price rocker tuh. Ini semua nafsu ummi utk membeli, abi iyooo kana je lahh hihihi..Xpelah bila dah beli ummi akan pastikan baby chair tuh akan di guna kan sebaik mungkin, semaksima yg mungkin! Yezzzaaaa~

Jadi bulan lepas bersurvey-survey lah kami suami isteri mencari baby chair yg sesuai. Yg sesuai bagi kami mksdnye mesra poket kami, mesra pengguna (boleh di guna pakai lama), dan praktikal. Cari punya cari memang banyak rupanye baby seat/baby chair/ booster seat utk baby ni. Apa yang penting duit jelah kena ado.


BUMBO SEAT


Bumbo seat ni memang comey. Boleh beli dengan tray jugak. Warna pon menarik, memang warna yg ceria2 sesuai utk si kecil..Bumbo seat ni boleh di gunakan bila mana baby dah boleh control their own head. Takdelah kepala anak tuh terkulai2 je nnti kan. Tapi org2 tua ckp x baik dudukkan anak selagi die x boleh duduk dengan sendiri nye. Sbb tulang die tak kuat lagi. Maybe ada benarnya. Tapi sekejap xpelah, utk train die hehehe. Kelebihan bumbo seat ni adalah mudah di bersihkan,portable, ringan, cantik, menarik dan debomm. Tapi kekurangan nya tak boleh guna kt high surface (tanpa pengawasan org dewasa lah k), rasa nya baby x boleh duduk lama dlm tuh, dan kekurangan yang paling ketara bagi kami suami isteri adalah harganya yg mahal hahaha. Kalau ikut yg kami survey harga memang RM190 ke atas. Hmmmmm~

ANBEBE BABY SEAT



Lebih kurang sama je ngan Bumbo seat Cuma slightly cheaper tapi still mahal bagi kami wahahaha (siapa kata engineer gaji besar? Hahaha. Engineer pon kuli juge mihmihmih)


FISHER PRICE BOOSTER SEAT


Booster seat ni pon ok, boleh guna lama. Ada tray, ada seat belt lagi hihihi. Kelebihan lain adalah warna menarik juga ada combination color biru hijau krim. Dan ada juga color maroon tp rsnye kebykkan yg dijual kt mesia ni adalah color biru hijau tuh. Booster seat ni foldable jadi boleh bwk ke mana saja yg korang suka :) boleh guna di high surface, ada height adjustment, ada adjustment ikut kegemukan perut baby hihihi. Kelebihan lain adalah ringan dan harganya adalah ada mahal ada murah. Maknanya korang kena rajin survey. Kalau kt giant atau jusco booster seat ni boleh cecah RM200.. Maximum weight adalah 23 kg (mcm berat ummi Maryam masa sekolah rendah jer hihihi)

Ok, byk lg seat di luar sana. Ada yg jenis high chair punya. Tapi bazi tak survey sebab taknak guna yg high chair tu konon nya makan space hehehhe n susah nk bwk ke mana-mana..

Rasa2 korang mana yg Maryam dapat? Yg mahal tu ke? Hihihi.
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaaa, Maryam bergaya di kerusi baru hehehe. Kitorng belikan Fisher Price Booster Seat utk Nur Maryam Safiyya. Kami dapat harga yg berpatutan. Dapatlah jumpa yg harga RM160.. sorry ye, bukan nak show off harga ye tapi nak sharing saja k. siapa yang berminat nak tahu bazi beli dari siap boleh lah msg bazi  :)

Ok, cukuplah utk hari ni hehehe.

Have a nice day korang.

Thursday, May 2, 2013

Puree Carrot, Solid Food Pertama Nur Maryam Safiyya



Assalamualaikum dan hello buat semua,

Panjang bebenor tajuk nye haha. saja buat panjang2 sbb tengah rajin dan tengah mengantuk kira data.phewwwww... kerja kerja kerja. bosan sebenarnya kerja. Nak sambung master. ngehngehngeh...
Ok, abaikan bebelan bazi ya. Berbalik pada topik asal, baby ku sudah makan solid food sebagai makanan tambahan yeayyyy! Dah start bagi maryam makan solid food masa umur dia 5 bulan 3 minggu 4 hari...wahhhh very the detail hahaha. haruslah bila jadi mommy mestilah tahu dan ingat semua ni haha..Awal ke bazi bagi? Ntah, sebenarnya bukan nak bagi lagi tapi sangat kasihan bila tengok maryam pandang ummi ngan abi makan. Pandangan dia tuh menusuk kalbu. Cara dia pandang macam nak cakap "ummi abi bagi lah saya makan shedap2 jugak, asyik ummi abi je melantak semua. lagi2 abi. abi makan oreo, abi makan buah epal, abi makan potato chips. abi tak bagi saya ponnnnnn" . Bazi bayangkan lah maryam nak cakap camtu hihihi. Jadi bazi n suami pon decide bagilah maryam makan.lagipon memang dia dah nak 6 bulan. beza beberapa hari apa lah sangat kan :)

Jadi, solid food pertama maryam ialah Puree Carrot di tambah dengan susu ummi yang lemak berkrim..Ummi n abi seronok prepare puree. Dengan bantuan baby bullet blender hihihi. Yesss, beli jgak baby bullet blender ni hihihi. Dapat beli dengan harga RM138. ni lah yang paling murah bazi dapat..

Apa reaksi maryam bila dapat makan? die menolak ke? ke suka? alhamdulillah, maryam safiyya sangat sukaaaa! bila nak lap mulut dia nganga2 dia macam kita nak suapkan makanan hahaha..Dan abes dia makan. alhamdulillah tak menolak rezeki dan tak membazir anak kami ni hihihi..

Nah, tataplah gambar si comot ni hihihi..


Ok, jumpa lagi di entry yang lain \O/

Tuesday, April 2, 2013

My baby dah 5 bulan!


Little maryam dah 5 bulan arini.rasa cepat je masa berlalu.dan little maryam not so little anymore.ummi dah x larat nk dukung lelama huhuhu.sok g checkup.korang agak2 berapa berat maryam skrg?hehehe.masa 4 bulan aritu berat maryam 6.2kg,haaaa skrg berapa agknye?huhuhu.tinggi pon berapa agknye.. ;)

Dah 5 bulan ni menandakan tinggal sebulan je lagi utk maryam exclusive breastfeeding dgn ummi.pasni dah boleh mkn puree.harap2 ummi rajen buat puree heeeee :D

Ok,wish maryam happy birthday 5 bulan ye semua.ummi plak lelebih muahaahahahaa..

Have a nice day semua ♥♥

Thursday, March 7, 2013

Cara Mudah Nak Tidurkan Bayi Anda

Assalamualaikum dan hi semua :) apa khabar semua? Bazi selsema plak arini, duk bersin jer dari smlm. Smlm terbersin sampai terkejut si tecit Maryam tuh. Terus menangis dia hihihi..


Arini nak sharing tips mudah utk tidurkan anak. Macam skrg ni Maryam asyik tidur lmbt jer, merengek2. kdg2 dia nak main, kdg2 nak tgk tv, 2-3 pagi baru nk tidur. Kesian ummi abi hihihi..Thanks to asz miza! :) bazi tgk miza sharing kt FB dia hehehe

So smlm bazi try lah dekat si tecit tuh. Bazi lap2 sket bdn die, urut2 tapak kaki die.. memang menjadi! Alhamdulillah :) hopefully lepas ni menjadi jgk lah hehehe. korang pon boleh jgk ada berhadapan mslh mcm ktorg ni ye 

===========================
TIPS : Cara Mudah Nak tidurkan Bayi Anda
===========================

1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda. 

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.

demokkk tapak kaki ni,sama mcm kaki Maryam huhu


Have a nice day u olllss (^^,)




Tuesday, February 26, 2013

Baby Maryam Dah Meniarap! Yeayyy



Perkembangan baby maryam yang terbaru ialah meniarap! Yeayyyy. Alhamdulillah anak ummi abi dah boleh meniarap ketika umurnya 3 bulan 2 minggu :)

I’m a happy mother! Hihihihi. Tapi kelakar sgt tgk si tecit ni meniarap. Masa memula tak dapat keluarkan tgn dari bwh bdn nye, dia punya marah smpi menjerit-jerit hahahah.Nak tolong tp biarlah dia usaha sendiri :)

Tak sabar nak tgk perkembangan seterusnya. Sabtu ni baby Maryam dah 4 bulan. Whoaaaa, cptnya masa berlalu.Semoga hanya yang terbaik untuk mu sayang..




Friday, February 22, 2013

SALAH FAHAM TENTANG KONSEP BREASTFEEDING & SET PENYUSUAN SHAKLEE :)





Salam semua. Salam jumaat, penghulu segala hari.

Hari ni bazi nk share dengan apa yang bazi baca di internet tentang salahfaham tentang penyusuan yang kerap kali membawa kepada punca major kegagalan dalam penyusuan susu ibu kepada anak. Mari baca. Ilmu yang bermanfaat buka para ibu, dan bakal ibu di luar sana.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu:

1- Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.

2- Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - disebabkan sakit dan badan masih lemah disebabkan ubat yg banyk,menyebabkan susu kurang dan tiada..Sepatutnye prepare vit atau set bersalin yg mampu menyegarkan badan.bile bdn sihat dan segar,penghasilan susu mnjdi mudah,bnyk dan berkualiti.

3- Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.

4- Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut.

5- Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Tiada alasan jika kite mmg niat utk susukan ank dari mula lagi.Sebelum melahirkan,boleh smpan duit sket2 utk beli brg2 penyusuan.malah sekarang ade je pam manual serendah rm100.atau boleh bljr mermet untuk 'mengepam' susu.TIADA ALASAN UTK BERJAYA.

6- Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah dan belajar cara2 mengatasinya di internet.

7- Baby tak pandai nak latching sejak kecik - practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.jgn mudah mengalah.usaha dan doa padaNya.

8- Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.

9- Anak dah biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch. Pendapat bazi : boleh try NUK nye puting sbb puting lembut dan di hasilkan mirip puting para ibu.

10- Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu.

11- Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan.

12- Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa sebab ini melibatkan ATTITUDE..

13- Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.

14- Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.ianye membantu penghasilan susu dngn cepat..namun ade je natural produk.cthnye kurma,barli,pegaga etc

15- Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la hihihihi

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Sumber : babyshop.com

Siapa nak set penyusuan shaklee? Angkat tangan tinggi2 hehehe. sambil sharing sambil promosi.ecehhh hehehe.

JANGAN MENCIPTA ALASAN.ORANG YANG SUKA BAGI ALASAN TANPA MENCARI ILMU ADALAH ORANG YANG SELALU GAGAL. JANGAN MUDAH PUTUS ASA YE KAWAN-KAWAN :)


USAHA+DOA+TAWAKAL=BERJAYA.

Dalam penyusuan memang banyak cabaran. bazi sendiri pon mengalami banyak cabaran. Tapi apa yang penting kerjasama! Hehehe. apa yang penting, sabar, usaha bykkan berdoa pada-Nya insha ALLAH kita akan berjaya. Yeayyyeaayyyy

Kekurangan budget, boleh hubungi bazi untuk penyelesaiannya.


FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Friday, February 15, 2013

Bayi dan Muntah





Salam Jumaat buat semua
Besok holiiiiiiiday hehe
Nak share pasal baby dan muntah ni
Tapi dah pukul 5 lebih ni, rasa malas nak menaip
Sharing gambar je lah dulu ek
Nnti in sha ALLAH minggu depan saya cerita hehehe

p/s : baby maryam pon suka muntah walaupun dah di burpkan

Thursday, February 14, 2013

Review Breastfeeding Set Shaklee/ Set Penyusuan Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Apa khabar semua? Saya baik dan sihat tapi mood utk bekerja ke laut akibat cuti lama raya cina ni hehehe. Hari ini nak share atau review pasal set penyusuan shaklee. Ni kira nya testimoni dari saya sendiri :)

Mari mulakan dengan macamana saya mula mengamalkan shaklee ni. Pertengahan Disember 2012, saya dah berkira-kira nk membuat EBM stok buat si kecil maryam. Masa pantang daku bersenang lenang, langsung tak mengepam susu. Haha. Kurang ilmu dan miss malas jgk sket2 kot hehehe. bila lagi 2mggu nak mula keje, barulah kelam kabut nk pam susu. Alhamdulillah semenjak bersalinkan Maryam, saya mmg tiada masalah pengeluaran susu tapi yelah bila masa pantang susu melimpah2 buang gitu jer, automatic otak kita fikir baby perlukan sket jer susu. Jadinya bila saya mengepam utk buat stok, dapat 2 oz jer, kadang2 dptlah 3 oz dan ibu saya kata susu saya kelihatan cair.. masa tuh rasa frust sgt. Jadinya mula lah google sana sini mencari penyelesaian.

Alhamdulillah saya bertemu dengan SHAKLEE (senyummmm lebar) hehehe.Saya mencuba shaklee lepas byk baca positif feedback dari pengguna lain. Pada saya, apa salahnya mencuba produk ni sbb selain niat saya utk perbanyakkan stok susu Maryam mungkin saya juga boleh dpt tubuh badan yg sihat dengan mengamalkan Shaklee. Sbb bila ada baby, jadual tidur terganggu, cepat letih, emosi pon mudah terganggu.

Bila set penyusuan tuh sampai je rumah, mmg saya terus cuba hahahaha. Masa tuh rasa terdesak sgt nk buat stok. Pada saya, biarlah saya mencuab apa yg saya mampu lakukan demi nk menyusukan maryam dengan susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Doakan saya berjaya ye kwn2..

Syukur ke hadrat ilahi, tak berapa lama selepas mengamalkan set penyusuan ni saya berjaya mengepam 5oz sekali pam, dan semakin hari semakin meningkat ke 6 oz, 7 oz, 10 oz dan penah jgk dpt 13 oz, dan susu juga bertambah pekat!.Dalam sehari saya boleh dapat lebih 20 oz..Mungkin ada yang pernah dpt lebih banyak dari ni, tp bagi saya ini dah cukup menggembirakan saya. Yeayyyy!


Badan pon rasa lebih sihat, lebih bertenaga.stress pon dpt dikurangkan sebab dalam set penyusuan ni terkandung B-complex.. B complex ni terkenal sebagai anti-depress. Xdelah ibu2 lepas bersalin meroyan hihihi. Nanti next entry saya akan ceritakan fungsi setiap vitamin yang saya makan..

Terus jadi ahli shaklee. Sebab saya jadi ahli memulanya adalah utk mendapatkan harga ahli sebab saya sendiri nak guna kan :) tapi sambil2 tuh saya ingin menambah pendapatan sendiri dan keluarga. Mudah-mudahan :)

Jadi pada sesiapa yang berminat nak mencuba set penyusuan shaklee ni boleh la hubungi saya. Saya akan cuba bantu sedaya upaya dan cuba bagi pendapat set yang mana yang sesuai buat anda. Nak set basic ke, nak set 3M yang macam saya guna ke, nak trial pack ke. In sha ALLAH semua ada hehehe. Macamana nak hubungi :

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Wednesday, February 13, 2013

Maryam Safiyya Dah 3 Bulan


Pejam celik pejam celik pejam celik
Nur Maryam Safiyya pon dah berusia 3 bulan lebih.
Terasa sekejap je masa berjalan

innocent face hihihi

Skrg baby maryam dah mengiring2, meniarap pon dah ade tp belum kerap
Leher pon dah boleh angkat2
Mittens dah tak pakai. Bila tak pkai mittens sedap jeeee msk tgn dlm mulut dia huhu

Berat : 5.7 kg
Tinggi : 61cm

Wahhhh, princess ku dah membesar :)
Doakan baby Maryam terus membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan pintar ye auntie semua :)


Sunday, February 10, 2013

SET PANTANG SHAKLEE BESERTA TESTIMONI


Assalamualaikum bakal-bakal ibu dan bakal-bakal ayah :)

Buat ibu-ibu mengandung, perkara yang paling di titik beratkan semasa mengandung dan yang di survey berpuluh-puluh kali tentunya set untuk berpantang. kenapa saya ckp begini, sbb daku berpengalaman men-survey semasa mengandungkan si tecit maryam hehehe. Setelah di survey-survey, set pantang shaklee adalah yang paling ekonomi, dan juga di sertakan trial pack utk kegunaan 40 hari.. haaaaa, menarik kan! :) Bagi para-para ibu dan ayah di luar sana, barangan shaklee tidaklah mahal seperti yang di sangka. Beg LV lagi mahal hihihi. bak kata omputih, value for money. apalah salahnya melabur sedikit wang utk kesihatan diri sendiri dan kesihatan insan tersayang. Buat para suami, hadiahkan set berpantang buat isteri tersayang yang mengandungkan zuriat buat kalian :)

Testimoni penggunaan SET BERPANTANG DAN SET PENYUSUAN


Kenapa set berpantang shaklee sangat laris dan popular? kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat berpuas hati dengan hasilnya. Luka cepat sembuh, tenaga cepat pulih, emosi lebih ceria, penyusuan lancar,
berat pon in sha ALLAH cepat turun :)

SET PANTANG SHAKLEE

Set berpantang ini mampu bertahan selama 4 bulan. Set ini bukan sahaja boleh di gunakan ketika pantang sahaja, lepas habis pantang pon boleh makan untuk kesihatan badan yg optimum. haaaa, kan bagus tuh :)

Harga jangan risau, harga istimewa menanti para-para ibu ayah di luar sana. Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut. ooooooo, trial pack jugak di sediakan ;)

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
Email : bazilahramly@gmail.com

Akhir kata, selamat bercuti dan pada bakal-bakal mommy daddy sila enjoy ur journey to the parenthood world...

Thursday, February 7, 2013

NeuroGain ke Omega Guard Dari Shaklee Untuk Ibu Mengandung/Menyusu?


Mana satu pilihan anda?
Pilihan saya semasa mengandungkan si kecil Maryam Safiyya adalah NeuroGain PB
Masa tuh x tahu menahu langsung pasal Shaklee
NeuroGain pulak nasib baik lah ada biras n mak mertua yang cadangkan hehehe

Apa penting sangat neurogain atau omega guard dari Shaklee ni kepada ibu megandung/ ibu yang menyusukan anak? Meh story mori sket.

Ibu yang mengandung dan menyusukan anak pastinya mahukan yang terbaik buat anak. Kita mahukan anak yang sempurna sifatnya, baik budi pekertinya, serta cerdas pemikirannya. Ibu mengandung di sarankan memberi bekalan rohani kepada anak di dalam kandungan dengan sentiasa mengalunkan bacaan-bacaan ayat Al-Quran. Selain bekalan rohani, ibu hamil juga ingin melengkapkan nutrien bagi membantu perkembangan otak bayi. Bab pemakanan memang di titik beratkan. Ibu zaman sekarang semua nya bijak2 belaka, semua sudah tahu kepentingan Omega-3. Ibu-ibu bijak sudah tahu kepentingan Omega bagi membekalkan DHA bagi membantu perkembangan otak bayi.

Jadi, ramai ibu-ibu hamil/ menyusukan anak yang mengambil supplement bagi mencukupkan nutrien buat si kecil. Kerana apa? Kerana semua mahukan anak-anak mereka cerdas dan pintar. Masa terbaik untuk consume Omega ini adalah pada trimester ketiga bagi ibu hamil.

Omega-3 memang baik untuk perkembangan otak bayi dan ia juga bagus buat si ibu. Kenapa bagus buat ibu? Sebabbbbb, omega-3 merupakan asid lemak yang di perlukan oleh badan. Asid lemak dari omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah dan mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal..


Melalui pemerhatian saya yang mengamalkan neurogain semasa hamil : Maryam memang nmpk bijak. Saya bukan nk puji anak sendiri ok, tp ramai yg kata begitu. Semoga maryam cerdas dan bijak sampai bila-bila. Aminnn.

Maryam dh pandai pegang botol sendiri :)


Skrg kita buat perbandingan harga Neurogain dengan Omega Guard Shaklee.

Menurut ISSFAL (International Society For The Study Of Fatty Acids & Lipids) menyarankan agar pengambilan DHA harian agi ibu hamil & menyusukan anak adalah sebanyak 300mg/hari.

Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain PB = 250mg
Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain PB+ = 320mg
Kandungan DHA dalam setiap kapsul Neurogain S = 383mg

Manakala dalam Omega Guard adalah = 360mg

Kuantiti kapsul dalam sebotol NeuroGain adalah 30 biji yg mana hanya bertahan selama 1 bulan manakala Omega Guard Shaklee mempunyai 90 kapsul dan mampu bertahan selama 3 bulan!

Harga sebotol Neurogain adalah : RM 60 ( beli masa pregnant dulu, skrg tak tahu berapa)
Harga sebotol Omega Guard : RM 136 (Harga Runcit, kalau dikira dengan harga istimewa dari saya??? Wahhhhh, lagi menarik harganya huhu)

Selepas di congak-congak, harga untuk satu kapsul Neurogain adalah RM2.00, manakala Omega Guard pula adalah RM1.50..

Kesimpulan yang dapat di buat, produk Shaklee tidaklah mahal seperti yang diperkatakan. Tak kenal maka tak cinta bak kata org melayu hehehe. Kalau saya bandingkan dengan harga istimewa yg saya berhak beri sebagai distributor Shaklee, tentu ibu-ibu bijak, bapa-bapa bijak di luar sana lagi tersenyum riang kerana dapat menjimatkan wang untuk mendapatkan produk yang sememangnya terbukti baik untuk zuriat-zuriat kita dan untuk kita sendiri..

Bulan Februari 2013, adalah bulan promotion untuk Omega Guard Shaklee. Promotion kiranya harga lagi best! Lagi harga runtuh! Meh beli untuk isteri hamil, isteri menyusukan anak, bapa, emak, anak. Seisi keluarga boleh makan Omega Guard ni.

Ehhh, panjang nya saya membebel hehe. Takpelah sekali sekala kan. Pilihan saya sekiranya ada rezeki utk mengandung semula pastinya Omega Guard dari SHAKLEE. Apa kata anda? Apa pilihan anda? Tepuk dada tanya lah selera dan poket anda hihihihi..


Sekiranya berminat boleh hubungi saya, pastinya anda akan mendapat harga istimewa dari saya.

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 0176790928
Email : bazilahramly@gmail.com

bwk maryam check 3 bulan :)








Thursday, January 31, 2013

Storage Bottle Autumnz



Storage bottle autumnz adalah pilihan kami anak beranak ecehhh :)
Ia menjadi pilihan kami kerana harganya murah, design nya pon menarik!
Ehh eh kan dah cakap bahasa melayu baku dah hehe
Saya n incik suami mmg beli storage bottle autumnz sahaja
Sbb pertama : ktorg survey2 autumnz ni yg murah
Sbb kedua : kapasiti storage sebyk 5oz
Sbb ketiga dan sebab paling utama : design nye comey! Hehehe

Ktorg dah ada 3 generasi autumnz dah, memula kaler putih, pastu purple dan skrg biru pulak . tomey! Semua ni beli dari yusra’s closet...

First Generation : Si Putih Suci
Si Lilac Ceria


Si Blue Ellie

Comey kan?? hehe
Sangat banyak pilihan storage bottle kt luar sana. Apa pilihan anda? :)


Have a nice day :)





 

Template by BloggerCandy.com