Showing posts with label set pantang shaklee. Show all posts
Showing posts with label set pantang shaklee. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

Tragedi Oktober! Tsunami ESP melanda lagi! Hot Seller! Jom ketahui apa itu Energizing Soy Protein Shaklee.



Promosi Beli 6 PERCUMA 1 ESP Shaklee datang lagi. Siapa pengguna tegar ESP mesti akan borong habes-habesan. Yang belum jadi pengguna tegar apa kata bagi peluang kt diri sendiri utk mencuba 1 tong dulu. Harga tengah istimewa bangat ni.. takkan nak lepas peluang kan?



Okey, jom baca keistimewaan dan fakta tentang ESP?


# Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

# Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian

# Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

# Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

# Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.



SIAPA YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : Sebagai penambah tenaga ataupun energy booster (Minum sebelum sarapan, jadi kita akan rasa bertenaga dan takdelah kelaparan sangat, rasa kenyang yang bertahan lama, bonus for weight management, boleh kurus tu hehe)

Para lelaki : Melindungi dari penyakit berbahaya (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil

Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

Wanita: Sangat bagus utk beri keanjalan kepada kulit.Awet muda gitu.(protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan tona warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut). Sangat setuju, sebab tu saya jatuh cinta dengan ESP ni hehehe.


Info Tambahan 

#Isoflavanes-merendahkan kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan kanser

#Genistein-mengekang pertumbuhan kanser.memusnahkan radikal bebas.Baik untuk pemulihan uterus,ovari,menopous,


#Diadzein-anti tumor,pankreas,anti estrogern berguna untuk wanita menopous.


Testimoni terbaru dari customer saya :) Kawan pon berminat terus nak cuba ESP sbb tgk perubahan pada kulit wajahnya.


Jom pakat dengan keluarga utk borong ESP! 

Apa? Nak 1 je? Bolehhhhh. Whatsapp aje k. Kalau anda bernasib baik dan saya tengah baik hati, ada yang ISTIMEWA menanti anda :)

Jadual Makan dan resepi ESP akan di beritahu kepada customer saya.

Baca lebih lanjut



Kredit : PM Shareeza


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, September 12, 2014

Apa yang di makan ketika hamil?


Kita adalah apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Jadi penting nya utk memastikan kita makan dari sumber yang halal (halal dari segi syarie dan halal dari segi wang yang di gunakan utk membeli makanan) dan pentingnya dalam memastikan apa yang di makan mencukupi nutrisi harian kita.

Bagi ibu-ibu hamil ni lagi lah penting utk jaga pemakanan. Sebabnya kita kena pastikan nutrisi buat kita sebagai ibu menckupi dan utk anak didalam perut pon mencukupi. Yelah kita mmg tak boleh pasti apa yang kita makan cukup ke nutrisi, terlebih ke, terkurang ke tapi sekurang-kurangnya kita kena fikirkan cara utk pastikan nutrisi ni di cukupkan.

Jadi apa yang ibu-ibu yang comel buat? Saya share apa yang saya lakukan ye :)

Untuk kehamilan pertama dulu (masa mengandungkan si comel Maryam safiyya), saya memang tak tinggal ubat-ubatan yang klinik bekalkan, folic acid, kalsium, iron tablet, vitamin c semua saya telan. Dah masuk 3rd trimester saya ambil pulak neurogain pb seperti yang dicadangkan oleh mak mertua saya . Walaupun tak suka menelan ubat2 tapi demi anak yang dikandung, telan jugak laaaaa hehe. Alhamdulillah memang tiada masalah pada kesihatan cuma masalah HB rendah sangat menghantui. Nurse suruh makan iron tablet dengan juice orange saya buat. Suruh makan kacang kuda saya makan. Suruh banyakkan makan bayam saya makan. Tapi HB tetap di bawah 11. STRESS mak masa tuh hahaha..Tapi setiap org ada bahagian masing-masing kan?


Untuk kehamilan kali kedua ni pula dah berkenalan dengan SHAKLEE. Shaklee memang dah sebati dgn saya sejak berpantang dulu lagi. Alhamdulillah sangat serasi. Dan kali ni utk anak kedua, saya mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten setiap hari.


Apa yang saya makan adalah :

# Energizing Soy Protein : Untuk tenaga berpanjangan, kuatkan rahim dan perkembangan janin yang baik

# B-complex : B-complex Shaklee dilengkapi dengan FOLIC ACID. Kiranya 2 in 1. Dan b-complex Shaklee ni mengandungi lebih banyak kandungan b-complex nya vitamin b-complex lain. B-complex yang dilengkapi folic acid ni bagus dan sangat diperlukan utk pembentukan tulang belakang baby. B-complex ni sangat2 digalakkan utk dimakan oleh sesiapa yang merancang utk hamil. Sangat bagus utk rahim ok :)

# Vitalea : Multivitamin pertama di dunia. Mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak dari tumbuhan dan buahan. Dilengkapi dengan IRON FORMULA. Sesiapa yang ada masalah HB RENDAH sangat-sangat digalakkan makan vitalea ni. Alhamdulillah untuk anak kedua ni, tiada lagi masalah HB RENDAH buat diri ku. Bye-bye HB rendah hehe. Setiap kali check up mmg atas 11 dan nurse pon asyik puji. Bangga mak hehehehe

# Vita C Plus : Baik utk imunisasi. Baik utk kulit. Mak nak cantik hehehe. Saya amalkan makan sebiji Vita C bersama dengan Vitalea. Sebabnya Vita C membantu penyerapan IRON dlm badan dengan lebih maksimum.

# Ostematrix : Sumber kalsium harian saya! Sebabnya saya tak minum susu. Bila tak minum susu mana nak dapat sumber kalsium kan? Inilah makanan penting saya. Yelah saya perlu kalsium utk diri sendiri dan tentunya baby pon nak kalsium utk pembentukan tulang temulang dia kan. Jadi penting bagi saya utk makan 4 tablet sehari sblm tidur! Selain membantu utk penuhi tuntutan kalsium badan, ianya juga membantu saya MELAWAS dengan lebih baik. Ibu hamil selalu ada masalah SEMBELIT kan? Ini sangat membantu ok! Dan membantu utk dptkan tidur yang lena juge :)

# Omega Guard : Saya mula makan bila kandungan dah memasuki 2nd trimester. Dah tak consume NEUROGAIN PB, sbb nya bila di hitung-hitung, beli OMEGA GUARD lebih menjimatkan dan berbaloi-baloi :) Omega Guard sangat bagus utk pembentukkan sel-sel otak bayi. Saya makan dengan harapan sel-sel otak baby akan berhubung dengan baik dan menjadi anak yang bijak dan soleh solehah nanti. Ohh, baik juga utk kenaikan berat badan ibu hamil. Hihihi. Berat anda tidak akan naik melampau-lampau bila makan omega guard (berdasarkan pengalaman saya sendiri )

Haaa, ni je yang saya WAJIB ambil setiap hari disamping makanan-makanan harian lain. Makanan lain tetap makan hehehe. Supplement ni hanyalah makanan tambahan, jgn buat macam makanan ruji plak ok ibu-ibu semua.

Korang makan apa pulak semasa kehamilan?

Eh pada yang berminat utk dapatkan produ-produk Shaklee utk kegunaan hamil 9 bulan ni boleh whatsapp saya ok. Kalau vitamin tak habis semasa hamil, jgn risau masih boleh dimakan semasa BERPANTANG juga (make sure belum expired lerr) . Tapi menjimatkan kannnn?

Eh contact saya cpt-cpt ok !

UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Tuesday, April 23, 2013

Set Pantang Shaklee Boleh di Kongsi Bersama Suami



Set berpantang boleh kongsi dengan suami? biar betul ni? hahaha betul lah apa pula tak betulnya. kenapa boleh berkongsi? sebab set pantang shaklee bukan berasaskan jamu2 sebaliknya vitamin2 asas yang sememangnya di perlukan oleh badan. Ok ke berpantang tak guna jamu? Walaupun shaklee menawarkan set berpantang yang takde menggunakan jamu langsung tapi keberkesanan nya dalam memberi tenaga, mempercepatkan pemulihan luka sangat mengkagumkan. itulah sebabnya ramai ibu-ibu di luar sana yang memilih untuk menggunakan set berpantang shaklee ni. Memang hangat di pasaran uolls :) Jadi bakal-bakal ibu di luar sana jangan takut2 nak mencuba set pantang shaklee ni ok, jangan ketinggalan untuk mencuba set hangat ini. Meh tgk testimoni pengguna ye :)








Teruja? hehe....


Back to the topic, apa lagi kelebihan selain boleh berkongsi dengan suami tersayang. Antara kelebihan set berpantang ini ialah :
- Tiada kesan panas pada bayi
- Selamat di ambil sejurus selepas melahirkan. Keluar je labor room boleh telan terus hihihi
- Melancarkan pengeluaran susu ibu
- Boleh di ambil ibu yang bersalin normal mahupun cser
- Membantu ibu untuk lebih sihat dan cergas
- Zinc bertindak seperti ikan haruan yang mana membantu pulihkan luka luar dan dalam (siapa yang tak suka n geli2 ngan ikan haruan tu mmg baguslah amik zinc nih hehehe)
- Selepas habis pantang masih boleh consume vitamins



 Ok, meh tgk pula kelebihan setiap vitamin dalam set pantang ni..
1. Vita-lea
  • zat besi dalam vitalea membantu penghasilan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa kelahiran.
  • membekalkan 23 jenis vitamin kepada badan kerana ibu berpantang sukar mendapat vitamin dalam pemakanan 
  • Memberi tenaga kepada ibu sekaligus mengelakkan muka daripada kelihatan pucat dan tidak bermaya
2. B-complex
  • vitamin anti stress, jadi mengelakkan ibu-ibu dariapda meroyan 
  • berupaya meningkatkan penghasilan sel darah merah dan menukarkan makanan menjadi tenaga
  • memlihara kecantikan kulit kerana bcomplex boleh melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh
3. Chewable C
  • 1 bji chewable c 100mg bersamaan dengan 1 1/2 bji orange. jadi ia penting untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak 
  • vitamin c juga penting untuk pembinaan kolagen dan ekcantikan kulit
4. Zink
  • sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
  • fungsi ikan haruan yang biasa diambil oelh ibu berpantang adalah sama dengan zink, bezanya ikan haruan sedikit mahal..tapi sebotol zink (120 bji) tidak sampai rm40
  • zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas kelahiran
Dah teruja belum??? Jadikan set berpantang shaklee sesuatu yang harus di miliki sekarang :)
Berminat, boleh contact bazi k :)
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, March 21, 2013

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DAN ATASINYA DENGAN OSTEMATRIX



Sembelit lepas bersalin? Pada bazi sembelit lepas bersalin memang menyeramkan.eeee tak nak pikir hahaha sbb terasa ngilu-ngilu plak :D Okeylah, scroll bawah ye :)

________________________________________________________________

Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. Fahami masalah ini lebih lanjut dalam artikel seterusnya.

Sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku. Selain daripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.

a. Jumlah progesteron yang tinggi mungkin menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.


b. Sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran. 


c. Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.


d. Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.


e. Kelahiran anak kedua dan seterusnya.


f. Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.


g. Mendapat jahitan pada luka.

Cara mengatasi sembelit?

1. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).

2. Menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.

3. Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.

4. Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.

5. Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

6. Menolak dan meneran tidak akan membantu masalah sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda.

7. Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

8. Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.


Sumber : Pa&Ma


Jadi bagi mengatasi masalah sembelit, ostematrix ada penyelesaiannya in shaa ALLAH :)

Antara kebaikan ostematrix ialah :

(1) Tidur malam lebih lena

(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan

(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas

(4) Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya

(5) Badan lebih bertenaga apabila bangun pagi



katakan bye2 pada sembelit !
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk promosi ostematrix berakhir. Hubungi bazi untuk mendapatkan harga runtuh ostematrix. Berbaloi-baloi :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Friday, March 8, 2013

Atasi Masalah HB Rendah Dengan Vita-lea


Selamat hari Wanita Semua!

Nah sila reward diri sendiri dengan VITA-LEA !

Vita-lea adalah super killer product yg telah menarik minat ramai wanita hamil, wanita menyusu, wanita berpantang, atau sesiapa sahaja. Kerana apa? Kerana khasiatnya yang memang best!

Wanita hamil  yang sering mengalami tekanan darah rendah, HB rendah memang digalakkan memakan Vita-lea. Ini kerana Vita-lea mengandungi zat besi yang diperlukan oleh badan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Wanita berpantang memerlukan vita-lea kerana kita kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran si kecil :)

Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan. Penggunaan Vitalea secara konsisten boleh meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi, memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Antara mineral dan vitamin yang terdapat di dalam vita-lea adalah kalsium, vitamin D, vitamin E, beta karotena dan pelbagai lagi. Makan satu pil dapat bermacam-macam khasiat. Best kan??

Meh la hubungi bazi kalau nak tahu lebih lanjut. Setiap botol mengandungi 120 tablet, penggunaan selama 4 bulan! Berbaloi-baloi kan !

Nah tepek testimoni sket :)






FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, March 4, 2013

Ketahui Fungsi Vitamin Set Pantang Shaklee



Sebelum share tentang fungsi setiap vitamin dalam set berpantang shaklee ni, meh kite tgk sikit testimoni-testimoni pengguna set berpantang shaklee




Dalam setiap set pantang shaklee mengandungi Vita-lea, Vitamin C, Zinc dan juga B-Complex..Jemput baca ye :)

Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Dari pengalaman bazi sendiri, bazi kurang minat nk makan jamu-jamu ni. Itu sebab vitamin shaklee menjadi pilihan bazi, anda pula bagaimana???

Berminat? Ingin kan trial pack? Hubungi bazi k, inshaALLAH bazi cuba bantu utk cadangkan sesuatu yang bersesuaian dengan budget anda :)

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
  
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sunday, February 10, 2013

SET PANTANG SHAKLEE BESERTA TESTIMONI


Assalamualaikum bakal-bakal ibu dan bakal-bakal ayah :)

Buat ibu-ibu mengandung, perkara yang paling di titik beratkan semasa mengandung dan yang di survey berpuluh-puluh kali tentunya set untuk berpantang. kenapa saya ckp begini, sbb daku berpengalaman men-survey semasa mengandungkan si tecit maryam hehehe. Setelah di survey-survey, set pantang shaklee adalah yang paling ekonomi, dan juga di sertakan trial pack utk kegunaan 40 hari.. haaaaa, menarik kan! :) Bagi para-para ibu dan ayah di luar sana, barangan shaklee tidaklah mahal seperti yang di sangka. Beg LV lagi mahal hihihi. bak kata omputih, value for money. apalah salahnya melabur sedikit wang utk kesihatan diri sendiri dan kesihatan insan tersayang. Buat para suami, hadiahkan set berpantang buat isteri tersayang yang mengandungkan zuriat buat kalian :)

Testimoni penggunaan SET BERPANTANG DAN SET PENYUSUAN


Kenapa set berpantang shaklee sangat laris dan popular? kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat berpuas hati dengan hasilnya. Luka cepat sembuh, tenaga cepat pulih, emosi lebih ceria, penyusuan lancar,
berat pon in sha ALLAH cepat turun :)

SET PANTANG SHAKLEE

Set berpantang ini mampu bertahan selama 4 bulan. Set ini bukan sahaja boleh di gunakan ketika pantang sahaja, lepas habis pantang pon boleh makan untuk kesihatan badan yg optimum. haaaa, kan bagus tuh :)

Harga jangan risau, harga istimewa menanti para-para ibu ayah di luar sana. Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut. ooooooo, trial pack jugak di sediakan ;)

FB : Nur Bazilah Ramly
SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928
Email : bazilahramly@gmail.com

Akhir kata, selamat bercuti dan pada bakal-bakal mommy daddy sila enjoy ur journey to the parenthood world...
 

Template by BloggerCandy.com