Showing posts with label nur maryam safiyya. Show all posts
Showing posts with label nur maryam safiyya. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Debaran 38 Minggu 3 Hari.


Alhamdulillah, umur kandungan menghampiri ke 39 minggu. Baby masih lena, masih selesa di dalam. Takpe baby, selesakan diri mu :). Ummi, abi dan kakak Maryam akan tunggu dengan sabar.

Semalam ada satu cerita, konon macam berdebar sikit tapi takde apa lah sebenarnye haha. Gimik je. Gimik sampai ummi sendiri terperanjat haha.


Nak dijadikan cerita semalam kami 3 beranak pergi ke Giant membeli barang-barang rumah. Agak lama jugak kot di Giant, selepas ke Giant menyinggah plak kedai Syed Maju sebab ummi mengidam MI GORENG MAMAK. Ya ALLAH, makin nak bersalin makin mengada-ngada kan? Hahaha. padahal sebelum ni bukan lah suka sangat makan kedai mamak -__-

Lepas makan, laju2 balik rumah sebab nak mengemas barang suami (suami nak pulang ke Kelantan hari ni inshaa ALLAH). Ummi mcm biasa pangku kakak Maryam sebab kakak Maryam mmg suka duduk kt pangkuan ummi sambil tolak2 perut ummi huhu. Keluar je dari kereta terasa kain basah, basah yang banyak.

Tunjuk dengan abi. Air ketuban ke ni? Eh pelik. Nape saya tak rasa pape. Air ketuban kan panas, pastu ‘spender’ tak basah pon hahahahahaha. Eh termangu-mangu plak kt situ. Maryam dh buat muka PELIK.

Terus pandang Maryam. “MARYAM KENCINGGGGG YE?? “ hahahaha

Rupanye Maryam kencing wehhhh. Pampers dia dah penuh sebab ktorg keluar rumah lama sangat n xde bawak pampers spare dlm kereta hahaha.

Ceh Maryam, saja nak buat ummi dan abi suspen hihihi.


Nota kaki : Baby jgn keluar sekarang k. Kita tunggu abi balik dari Kelantan ok :)

Friday, December 27, 2013

Demand vs Supply dan apa kaitan nya dengan set penyusuan Shaklee


Assalamualaikum..lama dah tak bersiaran. :) Arini nak sharing pasal penyusuan ibu sikit..


Alhamdulillah, maryam dah hampir setahun 2 bulan dan bermakna dah setahun dua bulan jugaklah saya consume SET PENYUSUAN SHAKLEE ni. Kalau sesiapa yang betul2 kenal diri saya, saya bukan lah jenis yang suka makan pil2 ni bagai tapi demi si kecil tuh saya gagahkan jugak :) Skrg mmg jatuh cinta gila dengan shaklee hehehe



Ramai yang tanya " betul ke lepas makan set menyusu shaklee ni susu badan akan bertambah?" Apa2 pon berbalik kepada prinsip asas penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY. Takde 'demand', 'supply' pon takde. 'demand' kurang 'supply' pon kurang..Dalam erti kata lain

1. Lagi banyak permintaan susu ibu, lagi banyak penghasilannya                                                                               
2. Lagi kerap 'stok lama' di keluarkan, lagi kerap 'stok baru' dihasilkan (bukan stok ebm ye, stok di badan kita ni)

Saya tertarik dengan satu artikel yang saya baca di intenet. Mengikut artikel tersebut :       
           
" Sistem penghasilan susu ibu oleh badan kita sebenarnya seperti satu operasi di kilang. Semasa permulaan operasi (di awal kelahiran), kilang tadi dalam fasa memerhati keperluan dan kehendak pasaran.Jadi masa inilah si ibu perlu menyusukan anak dengan kerap demi utk memberitahu kumpulan ‘marketing’ bahawa “pasaran dan keperluan utk susu ada, jadi automatiok badan kita akan menghasilkan susu bersesuaian dengan kehendak ‘pasaran’.

Semakin kerap penyusuan berlaku, makin banyaklah penghasilan susu ibu. Tapi kalau ibu sendiri tak gemar nak susukan anak dengan kerap n selalu biarkan ‘miss b’ penuh dengan susu, kadar penghasilan akan berkurang sebab kilang susu tadi dah kurang tempat penyimpanan susu. Akhirnya badan kita terima maklumat utk kurangkan penghasilan susu sebab demand dah kurang.

Jadi, para ibu penting ye untuk jaga konsep DEMAND vs SUPPLY ni :)

Jadi, bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu dalam penyusuan?

Pengambilan vitamin seperti vitamin C, b-complex, vitalea bertujuan untuk membantu si ibu kurang stress dan kurang letih kerana vitamin seperti b-complex membantu badan untuk mengekalkan tahap hormone kortisol dengan sihat. Hasilnya, si ibu masih mampu untuk cergas selepas bekerja seharian dan ini secara tak langsung bantu ibu-ibu untuk mengekalkan penghasilan susu buat si kecil tersayang :)

Berminat nak cuba set penyusuan? Meh contact bazi k. kita borak2 :)

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928

Email : bazilahramly@gmail.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.           

Wednesday, June 12, 2013

Azam Baru


Walaaaawehhh dah masuk 2nd quarter 2013 baru nak cerita pasal azam hihi. Takpelah, biar lah lambat asal ada jgk :D

# Nak update resume. (update resume pon memerlukan azam ke? Hahaha. Perlu okehhh sbb bab2 nk update ni bazi memang malas)

# Next step kalau berjaya update resume adalah survey2 tempat kerja baru. Alamakkkk,ada ke org opis baca blog ni? Hahahaa. Kalau ada senyap2 sudeyy. Kerja sini seronok, orang2 nya pon friendly n gila2, kerja tak stress tapi ntah rasa nak perubahan. Nak rasa new environment. 3 tahun kat sini rasa nya dah cukup lama.

# Nak rajin masak untuk suami. Bukan hanya rajin untuk Maryam. Suami dah jeles sbb asyik buat makanan Maryam je hihihi. Inshaa Allah incik suami, demi mu walau letih puan isteri akan cuba jugak masak. (Aritu masak terlampau pedas smpi diri sendiri nk mkn byk pon tak mampu tapi incik suami makan byk jgk….terharu (bergenang air mata plakk sob sob sob)

# Nak rajin lipat baju. Baju kering sumbat dalam bakul terus, sampai menggunung dalam bakul. Tak tahu lah nape malas di tahap gorgonnn. Mood melipat hanya datang dengan bantuan/suntikan semangat dari suami.. Suami puji sikit, peluk sikit, cium sikit baru nk lipat baju ! hahaha. Tah ape lah penyakit ni. Hormon kawan kawan. Hormon. Salahkan hormon

# Hujung tahun ni nak target income 4 angka dari Shaklee.Wah, DREAM BIG! Hehehe..TIADA YANG MUSTAHIL

# Nak jadi isteri, ummi, anak yang terbaik.

Hmmmm, cukuplah 6 jer dulu. Oklah have a nice day korang. Oh Please doakan azam bazi ni terlaksana oke . thanks!

Thursday, June 6, 2013

Baby Chair Pilihan Hati


Bila maryam dah mula makan, ummi nye ni mula lah beriye-iye survey kerusi untuk si kenit duduk. Kunun nye lagi selesa dan praktikal dan beradap duduk di kerusi (hahaaktuihhh). Yelah takdelah anak dara bazi tuh terkangkang2 duduk kt simen kan (alasan nk sedapkan hati sendiri hahahha) Padahal boleh jer bg Maryam mkn sambil pegang dia atau duduk kan die kat fisher price rocker tuh. Ini semua nafsu ummi utk membeli, abi iyooo kana je lahh hihihi..Xpelah bila dah beli ummi akan pastikan baby chair tuh akan di guna kan sebaik mungkin, semaksima yg mungkin! Yezzzaaaa~

Jadi bulan lepas bersurvey-survey lah kami suami isteri mencari baby chair yg sesuai. Yg sesuai bagi kami mksdnye mesra poket kami, mesra pengguna (boleh di guna pakai lama), dan praktikal. Cari punya cari memang banyak rupanye baby seat/baby chair/ booster seat utk baby ni. Apa yang penting duit jelah kena ado.


BUMBO SEAT


Bumbo seat ni memang comey. Boleh beli dengan tray jugak. Warna pon menarik, memang warna yg ceria2 sesuai utk si kecil..Bumbo seat ni boleh di gunakan bila mana baby dah boleh control their own head. Takdelah kepala anak tuh terkulai2 je nnti kan. Tapi org2 tua ckp x baik dudukkan anak selagi die x boleh duduk dengan sendiri nye. Sbb tulang die tak kuat lagi. Maybe ada benarnya. Tapi sekejap xpelah, utk train die hehehe. Kelebihan bumbo seat ni adalah mudah di bersihkan,portable, ringan, cantik, menarik dan debomm. Tapi kekurangan nya tak boleh guna kt high surface (tanpa pengawasan org dewasa lah k), rasa nya baby x boleh duduk lama dlm tuh, dan kekurangan yang paling ketara bagi kami suami isteri adalah harganya yg mahal hahaha. Kalau ikut yg kami survey harga memang RM190 ke atas. Hmmmmm~

ANBEBE BABY SEAT



Lebih kurang sama je ngan Bumbo seat Cuma slightly cheaper tapi still mahal bagi kami wahahaha (siapa kata engineer gaji besar? Hahaha. Engineer pon kuli juge mihmihmih)


FISHER PRICE BOOSTER SEAT


Booster seat ni pon ok, boleh guna lama. Ada tray, ada seat belt lagi hihihi. Kelebihan lain adalah warna menarik juga ada combination color biru hijau krim. Dan ada juga color maroon tp rsnye kebykkan yg dijual kt mesia ni adalah color biru hijau tuh. Booster seat ni foldable jadi boleh bwk ke mana saja yg korang suka :) boleh guna di high surface, ada height adjustment, ada adjustment ikut kegemukan perut baby hihihi. Kelebihan lain adalah ringan dan harganya adalah ada mahal ada murah. Maknanya korang kena rajin survey. Kalau kt giant atau jusco booster seat ni boleh cecah RM200.. Maximum weight adalah 23 kg (mcm berat ummi Maryam masa sekolah rendah jer hihihi)

Ok, byk lg seat di luar sana. Ada yg jenis high chair punya. Tapi bazi tak survey sebab taknak guna yg high chair tu konon nya makan space hehehhe n susah nk bwk ke mana-mana..

Rasa2 korang mana yg Maryam dapat? Yg mahal tu ke? Hihihi.
-
-
-
-
-
-
-



Tadaaaaa, Maryam bergaya di kerusi baru hehehe. Kitorng belikan Fisher Price Booster Seat utk Nur Maryam Safiyya. Kami dapat harga yg berpatutan. Dapatlah jumpa yg harga RM160.. sorry ye, bukan nak show off harga ye tapi nak sharing saja k. siapa yang berminat nak tahu bazi beli dari siap boleh lah msg bazi  :)

Ok, cukuplah utk hari ni hehehe.

Have a nice day korang.

Wednesday, May 22, 2013

Buat Homemade Solid Food Utk Baby, Tugas Siapa?


Ibu ibu bapa bapa luar sana, siapa yg selalu buatkan solid food utk baby memasing? Mesti kebykkan nya golongan kaum mommy2 yang buat kan.


Dalam kes bazi, my superhusben yang buat hahahha. Isteri nye pemaleh! Aipppp saya sorg je boleh ckp diri sendiri pemalas, org lain a bigggggggg NO!! :D

Tapi idakler bazi lepas tangan. Cuma kebiasaannya tugas bazi dalam penyediaan solid food utk cik Maryam safiyya ni ialah bersihkan segala kekotoran buah dan sayur, potong2, cincang2, basuh dan kukus…..selesai saja kukus terus hand over kt suami a.k.a abi Maryam hehehehe..Suami mmg expert dalam hal memblender ni (puji puji sikit supaya suami akan terus rajin buat haahha)…tapi hati kecil saya berkata suami tak bagi sy yang blend sbb sy dah buat rosak baby bullet blender punya motor! Hahahha. Maybe sbb sy ganas sgt kot. Masa tuh baru guna dlm 2 atau 3 kali..memula tuh suami guna mmg ok, tapi bila ummi Maryam dah start blend kan makanan Maryam smpi kuar2 api di buatnya dekat motor baby bullet tuh uolss :) bau hangus terus masa tuh tp buat muka tak bersalah kt suami hehehe. Agknye sbb tu lah die x kasi bazi yg blend.. Boleh aje nk blend tp suami offer diri nk tolong. Thanks suami. I promise not to be singa anymore whenever I’m hungreyyyyy :D

Ohhh,motor baby bullet blender tuh dah antar semula kt tokey die utk dpt new replacement sbb still dlm warranty mihmihmihmih……

Conclusion nye, korang guna lah blender ganas2 supaya nnti suami akan risau nk benarkan korg guna blender hahaha.. Ok abaikan cadangan sgt bernas nih. Make sure hati2 ketika guna barang elektrik k :)


MODE : Tengah pikir nk bagi cik Maryam mkn apa lg ni..idea? idea?

Thursday, May 2, 2013

Puree Carrot, Solid Food Pertama Nur Maryam Safiyya



Assalamualaikum dan hello buat semua,

Panjang bebenor tajuk nye haha. saja buat panjang2 sbb tengah rajin dan tengah mengantuk kira data.phewwwww... kerja kerja kerja. bosan sebenarnya kerja. Nak sambung master. ngehngehngeh...
Ok, abaikan bebelan bazi ya. Berbalik pada topik asal, baby ku sudah makan solid food sebagai makanan tambahan yeayyyy! Dah start bagi maryam makan solid food masa umur dia 5 bulan 3 minggu 4 hari...wahhhh very the detail hahaha. haruslah bila jadi mommy mestilah tahu dan ingat semua ni haha..Awal ke bazi bagi? Ntah, sebenarnya bukan nak bagi lagi tapi sangat kasihan bila tengok maryam pandang ummi ngan abi makan. Pandangan dia tuh menusuk kalbu. Cara dia pandang macam nak cakap "ummi abi bagi lah saya makan shedap2 jugak, asyik ummi abi je melantak semua. lagi2 abi. abi makan oreo, abi makan buah epal, abi makan potato chips. abi tak bagi saya ponnnnnn" . Bazi bayangkan lah maryam nak cakap camtu hihihi. Jadi bazi n suami pon decide bagilah maryam makan.lagipon memang dia dah nak 6 bulan. beza beberapa hari apa lah sangat kan :)

Jadi, solid food pertama maryam ialah Puree Carrot di tambah dengan susu ummi yang lemak berkrim..Ummi n abi seronok prepare puree. Dengan bantuan baby bullet blender hihihi. Yesss, beli jgak baby bullet blender ni hihihi. Dapat beli dengan harga RM138. ni lah yang paling murah bazi dapat..

Apa reaksi maryam bila dapat makan? die menolak ke? ke suka? alhamdulillah, maryam safiyya sangat sukaaaa! bila nak lap mulut dia nganga2 dia macam kita nak suapkan makanan hahaha..Dan abes dia makan. alhamdulillah tak menolak rezeki dan tak membazir anak kami ni hihihi..

Nah, tataplah gambar si comot ni hihihi..


Ok, jumpa lagi di entry yang lain \O/

Friday, April 19, 2013

Sarang Labah-Labah



Dah penuh sarang labah-labah blog nih hahaha. Rasa dah lama x berblogging dan berkunjung ke blog kwn2..busy ngan si kenit and kerja opis. sibuk memanjang, ahhhh dunia semua ni!......nnti kemudian bazi update cerita terbaru dan inshaa ALLAH akan menjenguk anda semua. teruskan memikat! eh tetibeeee hahah. (penangan cerita jodoh lerr ni)


Last but not least, perkenalkan ustajah Maryam hihihi



Have a nice day korang :)

Monday, March 18, 2013

Maryam's wishlists

Salam semua,

Maryam suh btau semua maryam punya wishlists heeeeee..padahal ni semua wishlists umi die :D

Wishlist pertama bazi ialah baby bullet blender.comeyyyy sgt bazi tgk
Mmg dari masa peknen lagi dah usha,skrg lagi lah teringin nk beli sbb nya maryam safiyya dah nk masuk 6 bulan dalam masa lebih kurang sebulan 2 mggu lg ;)

Wishlist kedua yelah bumbo baby seat ni..mcm selesa je tgk baby2 duduk situ.mana ada jual murah2 ek??siapa tahu boleh recommend kan yer

Kalau ada yang nk hadiahkan bazi dan maryam terima dengan girangggggnye heeee..

Sesiapa yg penah guna baby bullet blender ni pon boleh share review ek.

P/s : mahu tidurrr tp si kecil maryam masih main2 lg

Thursday, March 7, 2013

Cara Mudah Nak Tidurkan Bayi Anda

Assalamualaikum dan hi semua :) apa khabar semua? Bazi selsema plak arini, duk bersin jer dari smlm. Smlm terbersin sampai terkejut si tecit Maryam tuh. Terus menangis dia hihihi..


Arini nak sharing tips mudah utk tidurkan anak. Macam skrg ni Maryam asyik tidur lmbt jer, merengek2. kdg2 dia nak main, kdg2 nak tgk tv, 2-3 pagi baru nk tidur. Kesian ummi abi hihihi..Thanks to asz miza! :) bazi tgk miza sharing kt FB dia hehehe

So smlm bazi try lah dekat si tecit tuh. Bazi lap2 sket bdn die, urut2 tapak kaki die.. memang menjadi! Alhamdulillah :) hopefully lepas ni menjadi jgk lah hehehe. korang pon boleh jgk ada berhadapan mslh mcm ktorg ni ye 

===========================
TIPS : Cara Mudah Nak tidurkan Bayi Anda
===========================

1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda. 

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.

demokkk tapak kaki ni,sama mcm kaki Maryam huhu


Have a nice day u olllss (^^,)




Tuesday, February 26, 2013

Baby Maryam Dah Meniarap! Yeayyy



Perkembangan baby maryam yang terbaru ialah meniarap! Yeayyyy. Alhamdulillah anak ummi abi dah boleh meniarap ketika umurnya 3 bulan 2 minggu :)

I’m a happy mother! Hihihihi. Tapi kelakar sgt tgk si tecit ni meniarap. Masa memula tak dapat keluarkan tgn dari bwh bdn nye, dia punya marah smpi menjerit-jerit hahahah.Nak tolong tp biarlah dia usaha sendiri :)

Tak sabar nak tgk perkembangan seterusnya. Sabtu ni baby Maryam dah 4 bulan. Whoaaaa, cptnya masa berlalu.Semoga hanya yang terbaik untuk mu sayang..




Friday, February 15, 2013

Bayi dan Muntah





Salam Jumaat buat semua
Besok holiiiiiiiday hehe
Nak share pasal baby dan muntah ni
Tapi dah pukul 5 lebih ni, rasa malas nak menaip
Sharing gambar je lah dulu ek
Nnti in sha ALLAH minggu depan saya cerita hehehe

p/s : baby maryam pon suka muntah walaupun dah di burpkan

Thursday, February 14, 2013

Review Breastfeeding Set Shaklee/ Set Penyusuan Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Apa khabar semua? Saya baik dan sihat tapi mood utk bekerja ke laut akibat cuti lama raya cina ni hehehe. Hari ini nak share atau review pasal set penyusuan shaklee. Ni kira nya testimoni dari saya sendiri :)

Mari mulakan dengan macamana saya mula mengamalkan shaklee ni. Pertengahan Disember 2012, saya dah berkira-kira nk membuat EBM stok buat si kecil maryam. Masa pantang daku bersenang lenang, langsung tak mengepam susu. Haha. Kurang ilmu dan miss malas jgk sket2 kot hehehe. bila lagi 2mggu nak mula keje, barulah kelam kabut nk pam susu. Alhamdulillah semenjak bersalinkan Maryam, saya mmg tiada masalah pengeluaran susu tapi yelah bila masa pantang susu melimpah2 buang gitu jer, automatic otak kita fikir baby perlukan sket jer susu. Jadinya bila saya mengepam utk buat stok, dapat 2 oz jer, kadang2 dptlah 3 oz dan ibu saya kata susu saya kelihatan cair.. masa tuh rasa frust sgt. Jadinya mula lah google sana sini mencari penyelesaian.

Alhamdulillah saya bertemu dengan SHAKLEE (senyummmm lebar) hehehe.Saya mencuba shaklee lepas byk baca positif feedback dari pengguna lain. Pada saya, apa salahnya mencuba produk ni sbb selain niat saya utk perbanyakkan stok susu Maryam mungkin saya juga boleh dpt tubuh badan yg sihat dengan mengamalkan Shaklee. Sbb bila ada baby, jadual tidur terganggu, cepat letih, emosi pon mudah terganggu.

Bila set penyusuan tuh sampai je rumah, mmg saya terus cuba hahahaha. Masa tuh rasa terdesak sgt nk buat stok. Pada saya, biarlah saya mencuab apa yg saya mampu lakukan demi nk menyusukan maryam dengan susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Doakan saya berjaya ye kwn2..

Syukur ke hadrat ilahi, tak berapa lama selepas mengamalkan set penyusuan ni saya berjaya mengepam 5oz sekali pam, dan semakin hari semakin meningkat ke 6 oz, 7 oz, 10 oz dan penah jgk dpt 13 oz, dan susu juga bertambah pekat!.Dalam sehari saya boleh dapat lebih 20 oz..Mungkin ada yang pernah dpt lebih banyak dari ni, tp bagi saya ini dah cukup menggembirakan saya. Yeayyyy!


Badan pon rasa lebih sihat, lebih bertenaga.stress pon dpt dikurangkan sebab dalam set penyusuan ni terkandung B-complex.. B complex ni terkenal sebagai anti-depress. Xdelah ibu2 lepas bersalin meroyan hihihi. Nanti next entry saya akan ceritakan fungsi setiap vitamin yang saya makan..

Terus jadi ahli shaklee. Sebab saya jadi ahli memulanya adalah utk mendapatkan harga ahli sebab saya sendiri nak guna kan :) tapi sambil2 tuh saya ingin menambah pendapatan sendiri dan keluarga. Mudah-mudahan :)

Jadi pada sesiapa yang berminat nak mencuba set penyusuan shaklee ni boleh la hubungi saya. Saya akan cuba bantu sedaya upaya dan cuba bagi pendapat set yang mana yang sesuai buat anda. Nak set basic ke, nak set 3M yang macam saya guna ke, nak trial pack ke. In sha ALLAH semua ada hehehe. Macamana nak hubungi :

SMS/Whatsapp/Viber : 017-6790928


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Monday, January 28, 2013

Advance Birthday Present



Tenkiuuuu incik suami!
Ni advance present tp nnti bulan 4 ade jgk hadiah lain kan?hihihi.
Walaupun x dapat iphone 5, tp still happyyyyy
Tenkiuuu bebeh! Love u more n more :)

Maryam dan abi :)

Have a good day everyone!

Monday, January 21, 2013

Puting Susu NUK Pilihan Baby Maryam

Lama dah nak share pasal ni tapi asyik tertangguh je hehehe

Puting pilihan kami anak beranak adalah NUK!
Saat pertama nak ajar baby maryam minum susu guna botol adalah saat paling menakutkan dan agak sedih hukhukhuk

Mestilah sedih kan, selama ni mengopek ngan ummi dia jer tp tetibe dia ada pengganti.
Ahh, ummi ni tak rock betul lah, sikit2 nak emo huhuhuhu (mesti maryam kate mcm ni dlm hati hehhe)
Takut pulak sbb takut dia taknak minum guna botol…

Ok, ni pengalaman sy bagi baby maryam minum guna botol dan puting NUK :)
Ummi nye duk cuak jer masa bagi tuh, terus sumbat dlm mulut si kecik. Dalam hati berdebar-debar
Tapi syukur ya ALLAH, si kecik ni sgt mudah. Xde nye dia tolak2 puting tuh, sedap aje dia minum hahahha. Penat ummi ngan abi risau kehkehkeh. Good girl maryam! :)

Jadi alhamdulillah, kami teruslah menggunakan puting NUK.
Puting nih mengikut apa yg saya baca, memang lembut . bila lembut senang baby nak terima dan baby akan tetap nak menyusu dengan kita sebab mungkin tahap kelembutan puting NUK sama/ lebih kurang sama dengan nipples..



ni lah botol Maryam :)

Apa pilihan ibu di luar sana pulak ??
Jom Lunch :)


Monday, December 31, 2012

Kembali bekerja selepas cuti bersalin



Senyuman manis dari cik nur maryam safiyya buat semua :)
Rinduuuuuuunye ngan cik maryam ni.
Arini ari pertama bekerja. Last day in 2012,masuk office semula huhuhu
Ikutkan hati nk smbg jer smpi lepas new year, tp suami suruh kerja. Saving cuti utk emergency katanyeeee huhuhu

Fuhhhh fuhhhh berhabukkk blog nih hehee
Nanti byk mende nak cerita. Continue laterrrrrr!

p/s : gmbr kt atas gmbr cik maryam sebelum di cukur botak heheeeee.


 

Template by BloggerCandy.com