Showing posts with label alahan hamil. Show all posts
Showing posts with label alahan hamil. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Kerana aku seorang makyong.


-____-
Dah dekat nak due ni, mula lah terasa nak makan itu makan ini
Macam semalam teringin sangat sangat sangat nak minum AIR BATU CAMPUR (ABC)
Sanggup ajak incik suami pergi makan mi udang (padahal tak berapa gemar mi udang)
Sebab tahu ada ABC kat tmpt mi udang tu jeeeeee -_-
Kedai lain tak sureeee kekdahnya!
Dah semangat datang, dah order makanan. ABC nye takdokkkkk weh!
Kecewa tak tahu nak cakap mcmana.
Terus buat muka dengan incik suami (bukan salah dia pon -_-)
Sorry hubby! Hormone niiiii grrrr
terus takde mood.

Suami ajak cari abc dan bungkus kt kedai lain tapi dah xde mood
Sebelum balik rumah suami cakap

“ nanti abg belikan mesin buat ABC letak kt rumah kita”

-_-


Friday, November 28, 2014

2nd Pregnancy Wishlists


Wah kemain makyong nak berwishlist bagai haha
Alaaa bagi lah chance kan, bukan selalu dapat mintak yang macam-macam hehe (read : selalu jer mintak dengan husband walaup bukan preggy mihmihmih)

Untuk angan-angan semasa pregnant kali ni ialah :

Jeng jeng jenggggg :D

MEDELA FREESTYLE BREASTPUMP


Memang teringin sangat dari masa mengandungkan maryam hehe
So besar harapan utk dapat guna pump ni utk fully breastfeed my 2nd baby
inshaa ALLAH
Breastpump yang dulu (rumble tuff) saya dah turunkan dekat my sister.
Senang dia tak payah beli breastpump lagi (alasan utk saya dptkan pump baru hihi)

Wishlist kedua ialah

Tadaaaaaa

PREMIUM BEAUTIFUL KORSET


Memang berkenan betul makyong dengan korset ni
baca review org ramai pon kata sangat bagus
Tapi hargaaaaa nye agak mahal di situ hihi
Masa pantang maryam dulu saya pakai bengkung kain yang panjang tu
uwan maryam punye duluuuuuu tau
very the old school yawwww 
Bagi saya susah sikit nak pakai kalau kita sorang2
Kalau berdua ok lah, tapi mmg kena tarik betul so die akan jadi ketat.
apa lah plak fesyen kalau pakai bengkung longgar sana longgar sini kan hehe
jadi utk pantang anak kedua ni saya nak pakai korset je.
Semoga mudah utk saya pakai dan akan jadi RAJIN lahhhh hehe

Wishlist ketiga ialahhh..

Ehhhh macam dah xde wishlist hahaha
rasa macam nak banyak menda
tapi bila fikir2 mcm xde

hihihi

Mungkin nak shopping baju baby lagi kot hehe

nnti kot ade teringat apa yang makyong ni nak, makyong update k hehe


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA

Thursday, November 27, 2014

Ibu hamil memang akan kerap ke tandas



Usia kandungan dan menghampiri 34 minggu.

Memang asyik ke tandas je.

Sebab mmg makyong minum byk air masak sbb skrg ni cepat je rasa haus

Bila minum byk air, makin kerap lah ke tandas ye dakkk?

Dalam masa setengah jam pon makyong boleh berkali-kali ke tandas -__-

Takkan nak kurangkan kuantiti air pulak kan.

Nurse siap nasihat ibu bila rasa nak terkencing je terus pergi toilet tau, jangan tahan-tahan

Nanti dapat sakit plak..

Depan nurse baik je jawab “ baekkkkk!”

Tapi sebaliknya yang berlaku.

Sebab penatttt wehh nak berulang alik ke tandas haha

Rasa macam nak bermastautin plak kt situ

Bila cerita dengan incik suami…..

“ Nak abg belikan sayang pampers tak? “

-_____________-

Oklah, makyong rasa dah masa nak ke tandas ni.


Till then ~
 

Template by BloggerCandy.com