Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Mengenang Memori Zaman Bercinta Di PKNS Shah Alam


Wah, kemain panjang tajuk hahaha. Padahal nak cerita pasal kami suami isteri berjalan-jalan di PKNS Shah Alam ahad lepas. Ambil peluang sekali sekala datang Shah Alam utk mengenang memori indah weeehuuu. Lagi plak Cik Maryam kita tak ikut bersama, lagi lah ummi abi macam org baru berkahwin hihi.

Kami saja jalan-jalan di PKNS, nak tgk apa yang masih kekal, apa yang dah berubah. Dah banyak perubahan sejak 2010 saya meninggalkan Shah Alam. Dolu 4 tahun belajar di UiTM Shah Alam, memang PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC tu mmg kawasan saya la tuh. Kemain kawasan kannn haha. Situ lah tmpt shopping makanan minuman dan sekali tok nenek lain. Itu tempat DATING kami jgk hahaha.

Jalan-jalan aritu tgk PKNS dah ada ayam penyet, dah ada Subway (fuiyooooo). Kedai komik kami masih ada lagi.. Eh pasaraya Sri Kota tu dah tutup ke? Ke masa kami pergi je tutup hahaha.

Anyway, takde gambar nk tunjuk, sebab teruja berdating hahaha. Sekali sekala berjalan macam orang baru kawen ni BEST. Tapi teringat jugak kat anak huhu. Cita-cita nak makan ABC kat Seksyen 2 tak kesampaian sebab dah rindu anak hahaha. next time maybe :)

Korang pergi berjalan dengan suami di mana? hehehe

Sunday, July 15, 2012

weekend yang busy

fuhhhhh
abes dah weekend
esok mula bekerja semula

aktiviti hujung minggu ni mmg byk
hari sabtu kami suami isteri gerak ke bangi sbb ada jemputan kawen kawan incik suami
alhamdulillah makan sgt kenyang di sana hehehe
lauk pon sodap-sodap
(maaf tiada gambar, penulis sebuk makan) :D

aktiviti di teruskan
kami gerak plak ke klang 
nak melawat kwn sekolah dan juga kwn seuniversiti yang baru jer bersalin 2 mggu lepas
sebelum smpi ke rumah si kenit, singgah dulu dekat Jusco Bukit Raja
cari-cari souvenir utk si kenit dan cari baju maternity utk mak buyung ni
souvenir baby dah jumpa tp maternity nya baju x jumpa
actually jumpa yang berkenan di hati tp xde size!
mood pon dah lari
sedey -___-
tambah plak kepenatan
baru round x sampai sejam pon dah keletihan
sembahyang asar terus gerak g kapar, klang

berjumpa lah kami dengan baby afham yg kecikkkkk jer
masa ktorg dtg baby tgh tido
lena sgt dia tido
takut nak pegang sbb he is very very tiny
(maaf takde gmbr sbb sebuk gosip ngan mommy afham dan sebuk makan juga)
hehehehe

(curik gambar dari fesbuk mommy afham)
kiut kan?

Pagi ahad plak breakfast di luar, terus g pasar cari bahan utk masak 
dari pasar terus g seremban parade meneruskan journey cari baju
At last jumpa jgkkkkk wehhh
:)

balik rumah, masak-masak, layan movie kt tv ngan hubby

ohhhhhh penat menaip
see u when i see u
(@_@)

 

Template by BloggerCandy.com