Isnin lepas cuti ganti untuk Hari Malaysia . Baru je ingat nak ajak suami berfoya-foya kat jusco sambil tgk wayang malang nya tak berkesempatan sbb komplikasi 3 serangkai ni lah iaitu demam, selsema, dan sakit tekak. Nasib baik batuk takde…
Ahad tu dah start bersin-bersin dan sakit tekak tapi igt takde apa2 lah kan . Ahad malam sempat plak pegi jalan2 amik angin kt port Dickson sambil makan2 aiskrim..mcm saje2 jer nk demam kan haha.
Start rasa panas-panas badan masa tgh tidur. Mmg tak selesa sgt, nak kejut suami tak sampai hati. Hidung dh start buat hal..Pagi2 ckp ngan suami yg tak larat dan demam. Suami suruh siap2 pegi klinik..Mmg tak larat lgsg! Lama dah rasa tak dpt 3 serangkai ni. Mmg hebat penangan dorg nih. Jadi nya hari cuti saya di isi dengan tidur saja. Mkn ubat terus tidur..Suami yg buat semua kerja aritu, suami basuh baju, suami angkat baju kt ampaian, suami tuam dahi dengan tuala basah, suami belikan isteri air soya ngan lemon tea sbb isteri merengek-rengek nak, suami beli oreo dan abeskan sorg2 :D..Terima kasih suami…
Hari selasa kerja mcm biasa sbb demam dah kebah yg tinggal cuma selsema ngan sakit tekak. Arini selsema mcm jadi teruk plak.nak mkn ubat kang, mahu tertidur tak sedar diri nnti..hmmm, bertahan yer hidung…
p/s : bila demam nih, mcm2 keja tertangguh. Plan nk packing baju baby tp x jadi sbb mcm tak larat (hmm alasan lah bazilahhhh)..


