Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Upin Ipin : Si Pengembala dan kambing biri-biri


sambil lipat baju yg dah penuh melimpah ruah sebakul ni sambil tu duk layan upin ipin dekat youtube
incik suami tadi berjaga teman melipat baju tapi skrg dah tertido
penat sgt arini katanya
xpelah suami tido, layan upin ipin hehehe
cite nih mmg feveret saya tiap kali bulan puasa
suka tgk keletah si kembar ni
nakal, baik hati, bijak, suka membantu
byk pengajaran boleh dpt dari cerita upin ipin ni

antara yg menarik minat saya adalah cite si pengembala dan biri-biri nih
menarik jer cara penceritaan dia
sgt comel! :)
meh layan

budak-budak mmg sesuai sgt tgk cerita ni
mak-mak budak pon boleh tgk :)
Pengajaran yg kita boleh dpt : jgn sekali-kali berbohong, sekali kita dah ckp bohong mungkin lah org akan percaya lagi. tapi bila dah dua kali, tiga kali berbohong? sorrrrryyy man, talk to the hand laaaa. org takkan percaya kita lagi
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri
Selamat Malam ! (^0^)

Wednesday, June 20, 2012

Kisah Sang Kancil Dengan Buaya


sementara tunggu incik suami balik dari OT layan video sang kancil ni 


incik suami yang tunjukkan video nih beberapa minggu yg lepas
ni lah hiburan ktorg berdua hehehe
x pernah x gelak bila tgk video nih
dulu kecik-kecik dulu memang selalu sangat dengar cite pasal kepandaian si kancil nih menyelesaikan masalah
skrg dah besar pon still layan lagi hehehe
budak-budak zaman skrg patut tgk kartun2 bermoral yg cmni
banyak sikit pengajaran nya
lawak pon lawak huhuhu

okey sila lah layan..

p/s : tetiba rasa lapar semula, nk ngap roti huhu

Thursday, June 14, 2012

Solat Sunat Dhuha Pembuka Pintu Rezeki


“ Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya”

(Riwayat At-Thabarani)

 Nak share sedikit pasal kelebihan solat sunat dhuha ni dgn semua org. Selain dapat mendekatkan diri dengan ALLAH s.w.t untuk menjadi seorang hamba yang di redhai dan di rahmati, solat sunat dhuha juga di katakan pembuka pintu rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w “ Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan “.. Tapi, kita kena lah istiqamah dalam melakukan solat sunat dhuha ni, buat kebaikan kan kenalah sentiasa istiqamah (nasihat untuk diri sendiri yg selalu lalai dgn urusan duniawi ni)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “ Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuha nya nescaya diampuni ALLAH baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan “

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Sayang nya ALLAH s.w.t pada umatnya kan..

saya still ingat lagi, suami kerap melakukan solat sunat dhuha dan kami suami isteri dapat banyak berita menggembirakan dalam satu bulan tuh.. yang pertama nya incik suami dapat pekerjaan baru di negeri sembilan dan antara berita yg paling menggembirakan ialah ktorg bakal dapat cahaya mata..insyaALLAH semoga di permudahkan segala nyaaa..semua tu rezeki dari ALLAH.

Walau apa pun ganjaran nya, elok lah kita buat sesuatu tuh dengan niat nak mendekatkan diri kita pada ALLAH :)



 

Template by BloggerCandy.com