Wednesday, May 25, 2011

Cuti Tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. – Bernama


p/s : baru nk hepi2 sbb igt dpt cuti tambahan 30,31,1 dan 2 hb..sbb kilang saya keje nih mmg bg cuti pon 1 hb tuhh..cet~ pape pon kene bersyukur! hehe

2 comments:

Unknown said...

syukur-syukur jugak, lam hati tentu bergelora..kannn? makin hampir dah tu...bestnye K.A.W.E.N

nak kawen sekali lagi buleh dakkk?heheheee

Bazilah (^0^) said...

hehehe debar tu dr skrg pon dah debar kui3..kawen sekali lg? hehe jom2..

 

Template by BloggerCandy.com