Thursday, November 27, 2014

Resepi Donut Gebu Gebas Dan Lembut


Assalamualaikum Semua.

Selamat berhari khamis. Bagaimana hari anda? Saya biasa-biasa aje, actually membosankan dengan rutin kerja yang sama setiap hari. Kawan-kawan ada tahu dekat mana-mana ada kerja kosong? Hihihi


Ok,hari ni nak share pasal donut gebu tahap tertinggi yang saya buat semalam. Wahhh tahap tertinggi kau! Hahaha. Ni lah kali pertama buat donut, dan incik suami kata SEDAP dan LEMBUT. Incik suami dah puji dah cukup puas hati :) Kalau suami kata tak sedap mahu merajuk 4 hari 3 malam hihihi.

Meh tengok gambar sikit. Ni masa tengah tunggu adunan kembang semangkuk. Kembang uolss, kembang macam makyong ni jugak mihmihmih.


kembanggg kan? Hahaha bangga tertiba sebab 1st timer ni :D

Ok meh kita tgk resepi. terima kasih yer atas resepi yang sedap ni pada empunya resepi :)


Resepi Donut Gebu Gebas dan Lembut

Sumber : Mamasya

Bahan-bahan ( boleh dapat dalam 20 - 25 biji )

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
  
Cara-cara

#Cairkan mentega dan ketepikan.
#Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut
#masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
#Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
#Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
#Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. (saya guna cake mixer haha, cepat dan pantas! sebab makyong lenguh tangan nak menguli. yg pakai mixer tu pon incik suami tolong haha)
#biar adunan lagi selama 45 minit (Saya biarkan lebihhhhh lama dari 45 minit).
#Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik).
#ambil sedikit adunan, buat bentuk sesuka hati anda. Sy buat bulat je sbb mudah, kalau yang nak buat bentuk ring pon dipersila kan :)
#Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. #Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.

#### Tadaaaaa, ready utk di makan. Ngap ngapppp ngappp.



Alamakkk, abaikan color dia yg tak berapa comey tu ye hihi. Biasa lah sambil goreng sambil lari-lari tengok cerita korea. Pls jangan tiru perangai ini kalau korang nak donut yang cantik berseri k heheh. Tapi tak pe color je gelap sikit, rasa dh sedap haha (nak jugak menang ko ni! )

Ok laaa, selamat mencuba semua! :)

1 comment:

Unknown said...

Sedap.. Bak sepiring.

 

Template by BloggerCandy.com