Thursday, November 27, 2014

Ibu hamil memang akan kerap ke tandas



Usia kandungan dan menghampiri 34 minggu.

Memang asyik ke tandas je.

Sebab mmg makyong minum byk air masak sbb skrg ni cepat je rasa haus

Bila minum byk air, makin kerap lah ke tandas ye dakkk?

Dalam masa setengah jam pon makyong boleh berkali-kali ke tandas -__-

Takkan nak kurangkan kuantiti air pulak kan.

Nurse siap nasihat ibu bila rasa nak terkencing je terus pergi toilet tau, jangan tahan-tahan

Nanti dapat sakit plak..

Depan nurse baik je jawab “ baekkkkk!”

Tapi sebaliknya yang berlaku.

Sebab penatttt wehh nak berulang alik ke tandas haha

Rasa macam nak bermastautin plak kt situ

Bila cerita dengan incik suami…..

“ Nak abg belikan sayang pampers tak? “

-_____________-

Oklah, makyong rasa dah masa nak ke tandas ni.


Till then ~

Resepi Donut Gebu Gebas Dan Lembut


Assalamualaikum Semua.

Selamat berhari khamis. Bagaimana hari anda? Saya biasa-biasa aje, actually membosankan dengan rutin kerja yang sama setiap hari. Kawan-kawan ada tahu dekat mana-mana ada kerja kosong? Hihihi


Ok,hari ni nak share pasal donut gebu tahap tertinggi yang saya buat semalam. Wahhh tahap tertinggi kau! Hahaha. Ni lah kali pertama buat donut, dan incik suami kata SEDAP dan LEMBUT. Incik suami dah puji dah cukup puas hati :) Kalau suami kata tak sedap mahu merajuk 4 hari 3 malam hihihi.

Meh tengok gambar sikit. Ni masa tengah tunggu adunan kembang semangkuk. Kembang uolss, kembang macam makyong ni jugak mihmihmih.


kembanggg kan? Hahaha bangga tertiba sebab 1st timer ni :D

Ok meh kita tgk resepi. terima kasih yer atas resepi yang sedap ni pada empunya resepi :)


Resepi Donut Gebu Gebas dan Lembut

Sumber : Mamasya

Bahan-bahan ( boleh dapat dalam 20 - 25 biji )

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
  
Cara-cara

#Cairkan mentega dan ketepikan.
#Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut
#masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
#Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
#Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
#Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. (saya guna cake mixer haha, cepat dan pantas! sebab makyong lenguh tangan nak menguli. yg pakai mixer tu pon incik suami tolong haha)
#biar adunan lagi selama 45 minit (Saya biarkan lebihhhhh lama dari 45 minit).
#Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik).
#ambil sedikit adunan, buat bentuk sesuka hati anda. Sy buat bulat je sbb mudah, kalau yang nak buat bentuk ring pon dipersila kan :)
#Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. #Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.

#### Tadaaaaa, ready utk di makan. Ngap ngapppp ngappp.



Alamakkk, abaikan color dia yg tak berapa comey tu ye hihi. Biasa lah sambil goreng sambil lari-lari tengok cerita korea. Pls jangan tiru perangai ini kalau korang nak donut yang cantik berseri k heheh. Tapi tak pe color je gelap sikit, rasa dh sedap haha (nak jugak menang ko ni! )

Ok laaa, selamat mencuba semua! :)

Wednesday, November 26, 2014

Omega Guard Shaklee Memang Berbeza. Perbezaan yang MELAMPAU!



Ada pelbagai jenama minyak ikan yang ada di pasaran di luar sana. Tapi yang mana yang terbaik untuk anda dan keluarga? Yang mana mengandungi pelbagai kebaikan? Yang mana yang mampu di miliki seterusnya tahan berbulan-bulan?

Ok, sekarang nak cerita apa perbezaan OMEGA GUARD SHAKLEE berbanding produk-produk minyak ikan lain di luar sana.

Pertamanya, tentulah OMEGA GUARD SHAKLEE di hasilkan menggunakan bahan-bahan yang semulajadi dan selamat selain telah menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum di pasarkan kepada pengguna. RASA SELAMAT kan bila ada ujian klinikal?

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada

# 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid)
# DHA (Docosa Hexaenoic Acid)
# ALA
# lain-lain lagi

Rata-rata minyak ikan jenama lain diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan yang tinggi yang mana ia akan memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang akan membahayakan kesihatan.

Sebaliknya bagi OMEGA GUARD SHAKLEE. Ia sememangnya tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik berbahaya.Minyak ikan Omega Guard dihasilkan daripada ikan yang tinggal dilautan dalam (deep ocean) dan air sejuk bukan ikan yang senang dapat dipantai atau sungai. Ikan-ikan yang digunakan pula mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi.

Jadi Minyak Ikan OMEGA GUARD SHAKLEE tidak tercemar dengan bahan-bahan merbahaya, sebab itulah ianya di katakan yang TERBAIK antara yang TERBAIK.


Selain itu, OMEGA GUARD SHAKLEE adalah ULTRATULEN dan BERGRED FARMASEUTIKAL. Omega Guard dihasilkan melalui 3 kali proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dengan menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Dan apa lagi perbezaan yang membezakan OMEGA GUARD SHAKLEE dengan jenama lain di luar sana? Yer, kandungan EPA dan DHA nya yang LEBIH TINGGI. Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard adalah 90% dan lebih tinggi berbanding minyak ikan yang lain yang hanya mempunyai kandungan EPA dan DHA 10% sahaja.




Jadi dah tahu nak pilih minyak ikan yang mana?

Jangan fikir lama-lama, meh dapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE dari saya. Di jamin harga terbaik :)


Beli satu boleh tak dapat HARGA ISTIMEWA kak? EH MESTILAH BOLEH. Whatsapp ajeeee k :)


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, November 25, 2014

Magnum Cafe Di Mid Valley

Assalamualaikum korang.

Apa khabar?

Nak share pengalaman pergi makan eskrem MAGNUM di Mid Valley yg orang duk heboh-heboh tu hehehe

Sebab dah alang-alang pergi Maternity and Baby Expo kat Mid tu, sy n husben menyinggah lah sekali ( padahal isteri yang lebih2 nak pergi magnum tu hihi)

Magnum Café ni ada dkt dua tingkat. Setingkat dkt sama level dgn Cinema tu, setingkat lagi kt atas lagi hehe.

Memula pergi yg dekat level Cinema tu, tgk org beratur makkkkkkk aihhh punye panjang.

Terus ajak suami pergi tingkat atas dan rupanya tingkat atas hanya untuk dine in -_-

Nak take away, korang g lah beratur kt bawah ye.

Tapi dah alang-alang ktorg kat atas, sy n husben beratur jgaklah, bergilir kami suami isteri g solat (semata-mata taknak hilang turn)

Gigih makyong ni tau hahaha

At last dapatlah ktorg masuk. Senyum lebarrrrr makyong mihmihmih

Ada banyak pilihan eskrem. Tak ingat lah menu nye tapi mmg banyak.

Ada yang kita boleh decorate sendiri icecream macam mana yang kita nak. Dengan harga RM 9 ++

Dalam RM 10 lah kot kalau cmpr tax.

Memula makyong nak decorate sendiri icecream tp malas lah so order je dari Menu tuh hehe

http://bazilahramly.blogspot.com
Ni Incik Suami punya. ape tah nama nye hehe

http://bazilahramly.blogspot.com
Ini Makyong yang punya! hehe

Apa rasa nya?

Alaaaa sama je mcm magnum biasa yg jual kt pasaraya tu hehe

Cuma nye kt sini lagi ekslusif n boleh topping sendiri dan dorg pelbagaikan cara men’decorate’ ice cream tu :)

Sekali-sekala pergi boleyyyy lah hehe

Tapi mmg manis gile. Tp xpe, dia prepare kan air mineral hehehe so dun worry!

So pendapat saya korang ptt pergi atau tidak. Pergilah merasa sekali hehehe

Tapi kena lah tahan beratur sikit :)

Notakaki : duk cite pasal magnum terasa terus nk makan icecream magnum. Kena pergi beli ke apa petang kang ni? hahaha

Friday, November 21, 2014

Rasa nak pergi bercuti….


Cuti sekolah dah bermula, rasa nak pergi bercuti je bawak Maryam jalan-jalan..wah wahhh cakap macam Maryam dah bersekolah jer hihihi. Ummi nye yg lebih-lebih nak pegi bercuti sebenarnya. At least kalau ada rezeki nak pergi bercuti sebelum bersalin. Weeewuuu!


Suka tidur hotel. Lagi-lagi kalau bilik tu ada king size katil. Wahhhh heaven! Haha. Ada bath tub pon best.

Mana nak pergi ye? Hujung-hujung tahun macam ni musim hujan pon dah tiba, plan nak ke pantai kita tunda dulu. Nak pergi ke Cameron risau jugak kang banjir sana.

Survey mode on! :)

Selamat bercuti sekolah pada semua guru-guru dan budak-budak sekolah :)

Thursday, October 2, 2014

Tragedi Oktober! Tsunami ESP melanda lagi! Hot Seller! Jom ketahui apa itu Energizing Soy Protein Shaklee.



Promosi Beli 6 PERCUMA 1 ESP Shaklee datang lagi. Siapa pengguna tegar ESP mesti akan borong habes-habesan. Yang belum jadi pengguna tegar apa kata bagi peluang kt diri sendiri utk mencuba 1 tong dulu. Harga tengah istimewa bangat ni.. takkan nak lepas peluang kan?



Okey, jom baca keistimewaan dan fakta tentang ESP?


# Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

# Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian

# Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

# Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

# Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.



SIAPA YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : Sebagai penambah tenaga ataupun energy booster (Minum sebelum sarapan, jadi kita akan rasa bertenaga dan takdelah kelaparan sangat, rasa kenyang yang bertahan lama, bonus for weight management, boleh kurus tu hehe)

Para lelaki : Melindungi dari penyakit berbahaya (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil

Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

Wanita: Sangat bagus utk beri keanjalan kepada kulit.Awet muda gitu.(protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan tona warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut). Sangat setuju, sebab tu saya jatuh cinta dengan ESP ni hehehe.


Info Tambahan 

#Isoflavanes-merendahkan kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan kanser

#Genistein-mengekang pertumbuhan kanser.memusnahkan radikal bebas.Baik untuk pemulihan uterus,ovari,menopous,


#Diadzein-anti tumor,pankreas,anti estrogern berguna untuk wanita menopous.


Testimoni terbaru dari customer saya :) Kawan pon berminat terus nak cuba ESP sbb tgk perubahan pada kulit wajahnya.


Jom pakat dengan keluarga utk borong ESP! 

Apa? Nak 1 je? Bolehhhhh. Whatsapp aje k. Kalau anda bernasib baik dan saya tengah baik hati, ada yang ISTIMEWA menanti anda :)

Jadual Makan dan resepi ESP akan di beritahu kepada customer saya.

Baca lebih lanjut



Kredit : PM Shareeza


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN :

SMS/Whatsapp : 017.6790.928
Email : bazilahramly@gmail.com


Disclaimer #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan dan tips ekslusif yang berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak di jemput ke group ekslusif tertutup di facebook

Disclaimer #2 : These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, October 1, 2014

Mengenang Memori Zaman Bercinta Di PKNS Shah Alam


Wah, kemain panjang tajuk hahaha. Padahal nak cerita pasal kami suami isteri berjalan-jalan di PKNS Shah Alam ahad lepas. Ambil peluang sekali sekala datang Shah Alam utk mengenang memori indah weeehuuu. Lagi plak Cik Maryam kita tak ikut bersama, lagi lah ummi abi macam org baru berkahwin hihi.

Kami saja jalan-jalan di PKNS, nak tgk apa yang masih kekal, apa yang dah berubah. Dah banyak perubahan sejak 2010 saya meninggalkan Shah Alam. Dolu 4 tahun belajar di UiTM Shah Alam, memang PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC tu mmg kawasan saya la tuh. Kemain kawasan kannn haha. Situ lah tmpt shopping makanan minuman dan sekali tok nenek lain. Itu tempat DATING kami jgk hahaha.

Jalan-jalan aritu tgk PKNS dah ada ayam penyet, dah ada Subway (fuiyooooo). Kedai komik kami masih ada lagi.. Eh pasaraya Sri Kota tu dah tutup ke? Ke masa kami pergi je tutup hahaha.

Anyway, takde gambar nk tunjuk, sebab teruja berdating hahaha. Sekali sekala berjalan macam orang baru kawen ni BEST. Tapi teringat jugak kat anak huhu. Cita-cita nak makan ABC kat Seksyen 2 tak kesampaian sebab dah rindu anak hahaha. next time maybe :)

Korang pergi berjalan dengan suami di mana? hehehe
 

Template by BloggerCandy.com