“ Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya”
(Riwayat At-Thabarani)
Nak share sedikit pasal kelebihan solat sunat dhuha ni dgn semua org. Selain dapat mendekatkan diri dengan ALLAH s.w.t untuk menjadi seorang hamba yang di redhai dan di rahmati, solat sunat dhuha juga di katakan pembuka pintu rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w “ Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan “.. Tapi, kita kena lah istiqamah dalam melakukan solat sunat dhuha ni, buat kebaikan kan kenalah sentiasa istiqamah (nasihat untuk diri sendiri yg selalu lalai dgn urusan duniawi ni)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “ Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuha nya nescaya diampuni ALLAH baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan “
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Sayang nya ALLAH s.w.t pada umatnya kan ..
saya still ingat lagi, suami kerap melakukan solat sunat dhuha dan kami suami isteri dapat banyak berita menggembirakan dalam satu bulan tuh.. yang pertama nya incik suami dapat pekerjaan baru di negeri sembilan dan antara berita yg paling menggembirakan ialah ktorg bakal dapat cahaya mata..insyaALLAH semoga di permudahkan segala nyaaa..semua tu rezeki dari ALLAH.
Walau apa pun ganjaran nya, elok lah kita buat sesuatu tuh dengan niat nak mendekatkan diri kita pada ALLAH :)
7 comments:
akan cuber utk buat. insyaallah :)
i ingt lagi arwah nenek selalu pesan dulu...kalau nk hidup senang, rajin2 la solat dhuha
Amin..semoga terus menjadi amalan
eb : sama lah kita :)
nana : betul tuh, ibu ayah sy pon selalu pesan. diri ni je kdg2 mls
mimahAjil : aminn..
yer..betul sangat! by d way, comelnye umah baru:)
hehehe. terajin nak tukar rumah aritu :)
Allah Maha Pemurah..tinggal usaha sahaja..insyaallah
Post a Comment