Thursday, July 12, 2012

Ibadah Aqiqah


"Ramai ibu bapa yang bertungkus-lumus mengumpul wang utk bayi yang bakal lahir ( beli mcm2 pakaian etc) tapi sgt sedikit jumlahnya yang bertungkus lumus menyimpan wang untuk ibadah aqiqah" 

Saya tak igt saya terbaca dari mana kenyataan kt atas nih tapi tersentap jgk lah masa membacanya. :)
jadi peringatan buat diri sendiri dan mungkin utk org lain juga :)

meh sharing sikit :)

Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW , lalu Baginda bersabda yang maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Daging aqiqah sunat kita masak dengan masakan yang manis dan sedekah kepada orang ramai atau jiran-jiran kita.  Bukan sekadar buat kenduri jamu orang makan sahaja.


Last but not least.............................................................


hihihihi
Have a good day everyone :)






14 comments:

♥ Vna ♥ said...

thanks for sharing!

comel itu kambing hehehehee

anna alaui said...

thnks 4 sharing yer dear..;)

Rosmawani♥ said...

Insyallah ros ade spend duit dah untuk my auni :) hihihi.. Lg penting ibadah ni dr keperluan anak kan :) kna masuk dlm list ni.. Wajib bg ibubapa :p

- AZIE - said...

masa preggy dulu, dh wat saving tuk akikah baby, tp xsempat..baby pergi dulu...xpelah, mayb next time ada lagi peluang tue

mamyharraz said...

info yg bagus utk di share bersama :)

Unknown said...

cantik lak kambing tu senyum kan... nak kena aqiqah dah tu.. hehe

IntaNBerliaN said...

sy aqiqahkan alisha ms hari raya haji.. ambik sebahagian.. :-)

Unknown said...

adeiii..xsampai ati tgk senyuman incik kamben!hehehe..nanti buat ke? klo buat, jemput biras yer:)

sori..last time masa rayyan xdapek nak jemput, sbb buat di ktn:(

tgg next baby(gituuu kekdahnyee)

☾SHiemaCMa786☾ said...

btl tu..aqiqah lbg penting dari segala persiapan utk bby yg baru lahir.. :)

errr..senyum kambing?? :P

Bazilah (^0^) said...

kak elly : kamben tu comel sgt senyum gitu hehehe. insyaALLAH nk buat, nnti bila dah kompem, mmg akan jemput biras punye. dun worry hehee. tggu next baby tuh seronok dgr hehe

ctmah said...

gud info.plan nak wat majlis aqiqah baby time raya haji nnt. hopefully termakbul..amin :)

izz iizza said...

thanks 4 sharing..anak sy seingatnya atuk diorg dh buatkan tapi yg sulung jer kot..sy pun dh ingat-ingat lupa..ingat nk buat juga la semua sekali lagi..:)

Unknown said...

bagus info ni kak..

Bazilah (^0^) said...

ctmah : amin. :)

kak izz : cm best jer cdgn akk tuh. semoga berjaya :)

azizah : :)

 

Template by BloggerCandy.com